Keburukan Pil Tidur

Pengambilan pil tidur yang kronik boleh menjejaskan refleks ketika sedar, upaya penilaian, upaya ingatan dan kecerdasan keseluruhannya. Ironinya, pengguna pil tidur menyangka ia membantu membetulkan rutin malam mereka sedangkan ia sebenarnya menambahkan kesan buruk.

Pil tidur hanya membantu sedikit atau langsung tidak memperbaiki masalah tidur yang kronik sebaliknya menyebabkan kebergantungan kimia untuk jangka masa panjang. Selain mengurangkan aktiviti sel otak pada siang hari, ia juga merosakkan memori jangka pendek dan mengakibatkan rasa pening dan mabuk.

Seseorang yang terlebih dos pil tidur untuk jangka masa yang lama bukan sahaja merosakkan mekanisme saraf dalam tubuh, malah berisiko mendapat asfiksia (lemas akibat oksigen tidak dapat disampaikan ke tisu tubuh) dan juga maut.


Mereka yang berusia lebih daripada 40 tahun perlu berhati-hati dengan pengambilan pil tidur, manakala mereka yang berumur lebih daripada 65 tahun tidak patut mengambilnya. Sama seperti kesan alkohol atau barbiturat, pil tidur mencetus kesan hipnotik dan ketagihan yang berpanjangan.

Seterusnya ia merendahkan tahap kesedaran seseorang terhadap rasa sakit atau kemungkinan buruk. Sebab itulah pengguna pil tidur menyumbang kepada statistik kemalangan lalu lintas dan kes jatuh dari tempat tinggi kerana tidak berasa bimbang atau mahu menjaga diri mereka.

Lagi info tentang PIL TIDUR di SINI.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu