DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!



------------------

Nak tau DISKAUN & PROMOSI terkini
di Kedai SIHATSELALU? Dapatkan maklumat di
FB SIHATSELALU! << Klik!

Keracunan Makanan

Acute Gastroenteritis atau AGE adalah satu penyakit yang sering melanda ketika majlis-majlis perayaan besar ataupun sekadar majlis kenduri kahwin kecil-kecilan. Ia menyerang tidak kira peringkat usia, tua, remaja sehinggalah ke budak kecil. Ada yang menggelarkannya keracunan makanan. Hakikatnya tiada racun di dalam makanan itu tetapi ia adalah 'makhluk halus' atau mikroorganisme yang menyebabkan anda mengalami gejala penyakit.

AGE didefinisikan sebagai penyakit yang menyebabkan gejala cirit-birit yang kerap dengan atau tanpa gejala-gejala lain seperti loya, muntah, demam dan sakit perut. Cirit birit ialah konsistensi najis yang cair dengan kekerapan yang lebih daripada biasa.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Punca AGE

Penyebab utama penyakit ini merebak adalah daripada sumber makanan yang tercemar ataupun sentuhan individual yang terkena virus, bakteria atau parasit yang berkenaan. Virus yang selalu dikaitkan dengan AGE ialah rotavirus. 60%-70% kes AGE adalah disebabkan rotavirus. Antara bakteria yang menyebabkan AGE ialah Salmonella, E.Coli dan Shigella, manakala parasit yang menyebabkan AGE ialah Giardia Lamblia.

Air yang tidak dimasak seperti dalam kiub ais boleh menjadi penyebab utama kepada AGE. Pernah suatu ketika di Kelantan, penyebaran penyakit demam kepialu oleh Salmonella Typhi berasal daripada sebuah kilang ais yang tercemar. Makanan yang telah lama dimasak dan sudah sejuk seperti rendang (yang juga kaya dengan santan dan minyak) merupakan tempat yang baik bagi bakteria membiak. Kuman juga boleh merebak dari seseorang yang lain melalui sentuhan seperti bersalam-salaman ataupun berkongsi makanan yang tercemar.

Rotavirus

Komplikasi AGE

Kebiasaannya, pesakit yang terkena AGE ini akan selalu ke tandas kerana cirit birit. Kadangkala dia akan muntah 3-4 kali dan dalam masa yang sama mengalami kesakitan perut yang teramat sangat. Kesakitan perut yang seperti kekejangan perut ini akan datang setiap 5-10 minit. Ini adalah disebabkan proses peristalsis otot di saluran usus sebagai timbal balas terhadap virus atau bakteria tadi. Demam yang sangat tinggi mungkin disebabkan oleh bakteria.

Pesakit AGE akan mengalami masalah ini selama 1 hari sehingga 5 hari. Tanda pemulihan boleh dilihat sekiranya najis sudah tidak lagi cair dan tiada lagi gejala-gejala yang disebutkan di atas.

Untuk kanak-kanak kecil terutamanya, AGE boleh menyebabkan kekurangan air yang serius. Demam yang tinggi, muntah-muntah dan cirit-birit boleh mendatangkan dehidrasi yang boleh membahayakan nyawa mereka. Dehidrasi menjadi bertambah dengan ketakutan untuk meminum air dikhuatiri menyebabkan muntah yang berterusan sekiranya mereka makan atau minum.

Mereka akan kelihatan tidak bermaya, asyik terbaring dan mata bertambah cengkung. Sekiranya dehidrasi teruk berlaku, adalah lebih baik mereka di hantar ke hospital untuk dimasukkan air melalui saluran darah.


Rawatan dan Pencegahan

Sekiranya cirit-birit atau muntah tidak begitu teruk, maka pengambilan air yang bersih adalah digalakkan. Ini termasuk pengambilan Oral Rehydration Salt (ORS), bergantung kepada kekerapan pembuangan najis. Kanak-kanak mungkin boleh mengambilnya sedikit-sedikit di dalam beberapa sudu selama selang 3 minit sekiranya kerap muntah.

Untuk orang dewasa, pengambilan ubat seperti loperamide/lomotil di dalam kes cirit berdarah adalah tidak dibenarkan. Buscopan boleh mengurangkan gejala sakit perut dengan berkesan.

Membasuh tangan sebelum dan makan adalah salah satu cara yang sangat efektif untuk mengelakkan daripada AGE. Ini adalah kerana contohnya di majlis-majlis, setelah bersalaman dengan ramai tetamu di kalangan saudara mara dan sahabat handai, anda tidak mahu kuman-kuman yang baru melekat di tangan anda itu masuk sekali ke dalam mulut anda bersama-sama dengan juadah.


Lagi info tentang KERACUNAN MAKANAN di SINI.






Jom bincang artikel di atas...


Blog Widget by LinkWithin

ShareThis

DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!




- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


ANGEL FOOT

Merawat kulit kaki kasar, keras dan merekah
Kulit menggelupas dalam 2 minggu
Hasilnya kulit kaki baru yang lebih lembut!!


Dapatkan di Kedai Maya Sihat Selalu


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


Top 20 Artikel Bahasa Melayu

1. Masalah Perut Kembung/Berangin
2. Tanda dan Rawatan Gastrik
3. Teknik Membesarkan Saiz Zakar
4. Kegunaan dan Khasiat Halia
5. Punca dan Rawatan Buasir
6. Khasiat Tomato - Cantikkan Wajah/Kulit
7. Cara Merawat Buasir
8. Waktu Subur Wanita
9. Khasiat Betik
10. Khasiat Tomato
11. Fahami Fakta Payudara Wanita
12. Orgasma Pengukur Kepuasan Seks
13. Cacar Air (Chicken Pox)
14. Sel Darah Putih Punca Leukimia
15. Hidung Berdarah
16. Isteri Pura-pura Orgasma
17. Labu Kaya Khasiat
18. Punca Kulit Kusam dan Rawatan Laser
19. Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah
20. Kencing Manis Punca Sakit Jantung


Top 20 English Articles

1. Sex During Pregnancy
2. Androgens - Male Sex Hormones
3. Hitting G-Spot
4. Gender Identity Disorder
5. Girl's First Period
6. Body Adiposity Index Better Than BMI
7. FAQ on Rabies
8. Water for Health
9. Lumps in the Neck
10. Top 10 Causes of Bleeding After Sex
11. FAQ on Kawasaki's Disease
12. What Is Vaginitis?
13. FAQ on Thalassemia
14. Care for Chickenpox
15. Haemophilia - Royal Disease
16. Baby Fever
17. Abortion (Pictures)
18. Common Myths About Suicide
19. Blood Donation Tips
20. Types of Milk