Kentang dan Keledek

Kalau bercakap tentang risiko obesiti dan diabetes akibat kentang goreng dan kerepek berperisa seperti yang banyak ditemui di para-para jualan snek dan restoran makanan segera, itu tidak termasuk dalam penerangan ini. Kentang dan keledek yang bukan diubah sifat semula jadinya adalah kaya dengan nutrien dan baik untuk manusia.

Kentang dan keledek mempunyai nilai khasiat yang tersendiri. Misalnya, keledek mempunyai lebih serat dan vitamin A, manakala kentang pula mengandungi lebih banyak mineral penting seperti zat besi, magnesium dan potasium.

Keledek yang bersaiz sederhana sudah mengandungi banyak zat vitamin A, sepertiga zat vitamin C, 15% serat dan 10% potasium yang diperlukan sehari. Bagi kentang pula, bagi setiap 100 gram kentang yang direbus, ia hanya menyumbangkan sebanyak 66 kalori.

Dua jenis ubi ini sememangnya tidak menjejaskan kesihatan selagi tidak sering dimakan dengan keju, krim masam, atau mentega. Kesemua bahan tersebut mengandungi lemak yang merendahkan indeks glisemik dalam hidangan.

Kesimpulannya, kaedah penyediaan kentang atau keledek yang sihat adalah apabila ia dimakan secara rebus atau panggang. Ia jauh lebih baik daripada ubi yang telah diproses untuk dijadikan kentang goreng atau kerepek bergaram.

Lagi info tentang KENTANG di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu