Lasik - Teknik Pembedahan Laser Kornea

oleh Hafizah Iszahanid

Lasik (laser assisted in situ keratomileusis) adalah teknik pembedahan laser, iaitu satu lagi alternatif untuk memulihkan penglihatan.

Pembedahan lasik memang popular dan menjadi pilihan ramai kerana menggabungkan laser untuk menukar lengkung kornea, selain cepat pulih dengan sedikit kesan sampingan dan komplikasi.



Dalam pembedahan kaedah lasik, sedikit tisu dalam kornea dikeluarkan bagi memulihkan masalah penglihatan. Ia bermula dengan menghasilkan flap kornea (lapisan nipis di atas permukaan kornea), membentuknya mengikut keperluan pesakit dan diletakkan kembali ke atasnya.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Umumnya, ada 2 teknik flap kornea dibuat iaitu :

* microkeratome - pisau kecil yang digunakan untuk memotong kornea atau menggunakan laser

* femtosecond - teknik tanpa pisau, hanya laser bagi menghasilkan tenaga dalam kornea dan memisahkan lapisannya.

Dalam teknik microkeratome, sedikit tisu di bawah kornea dibuang menggunakan laser excimer, iaitu sejenis laser yang menggunakan cahaya ultra ungu untuk membuang dan membentuk tisu kornea.

Apabila kornea dibentuk semula, ia mampu memfokus cahaya ke dalam mata dan retina sekali gus memberi penglihatan yang jelas. Flap kornea akan diletakkan ke tempatnya untuk menutup kawasan tisu kornea yang dibuang.

Pemeriksaan mata dilakukan sebelum membuat lasik.

Dalam teknik laser femtosecond pula, flap kornea dihasilkan dengan panahan laser berpandukan komputer. Sinar laser akan bergerak di kornea, menghasilkan lapisan buih nipis di laluannya. Bagaimanapun, buih itu cepat hilang dan tisu di bawah buih membentuk flap kornea yang mudah dimanipulasikan oleh pakar bedah.

Selalunya dalam pembedahan lasik, kornea akan ditekan untuk membentuk flap kornea yang rata, tapi laser femtosecond menghasilkan flap kornea yang rata dan mendatar tanpa ditekan.

Prosedur ini tidak menyakitkan. Ia lembut dan seakan-akan anda memakai kanta lekap yang lembut. Ia prosedur lengkap sebab flap kornea dan pembedahan lasik dibuat pada satu langkah. Berbanding prosedur lain, flap kornea akan dihasilkan di mesin yang lain sebelum pesakit dipakaikan dengan flap kornea baru.

Menggunakan VisuMax Femtosecond Laser

Sistem laser ini memungkinkan pakar bedah menghasilkan ukuran flap kornea yang tepat ketika pembedahan membetulkan penglihatan.

Istimewanya VisuMax Femtosecond berupaya menghasilkan flap kornea yang nipis hingga membolehkan pesakit yang dulunya tidak layak untuk menjalani prosedur lasik disebabkan masalah kornea mata semula jadi yang nipis kini boleh melakukannya.

Prosedur lasik mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk kedua-dua mata manakala kesannya bersifat kekal.

Lasik tidak disarankan kepada kanak-kanak. Bukan semua orang boleh melakukan pembedahan lasik. Justeru, jika anda ingin memilih lasik bagi memperbaiki penglihatan anda, pastikan anda melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

Siapa Yang Tidak Boleh Melakukan Lasik?

1) Mereka yang berhadapan dengan masalah auto imun, reumatoid arthritis, lupus atau Aids.

2) Hamil atau menyusukan anak yang boleh menyebabkan perubahan kornea mata untuk jangka masa pendek

3) Berhadapan dengan masalah kornea yang nipis seperti keratoconus yang boleh menyebabkan masalah serius ketika dan selepas lasik.

4) Mereka yang mengambil ubat-ubatan yang memberi kesan pada mata seperti ubat-ubatan merawat jerawat atau menstabilkan ritma jantung.

INFO : Lasik

Teknik lasik dirintis pakar mata Colombia tetapi berpangkalan di Sepanyol - Jose Barraquer pada 1950. Barraquer merintis prosedur awal micokeratome menggunakan flap kornea nipis dan membentuknya semula. Prosedur itu dikenali sebagai keratomileusis.


Lagi info tentang LASIK di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu