Teratai Menyingkirkan Panas

Selain memberikan pemandangan yang cantik, teratai menawarkan khasiat kesihatan yang pelbagai kepada tubuh manusia.

Tumbuhan akuatik ini sangat unik. Tiada tumbuhan lain sepertinya. Hidup di dalam air, memekarkan kuntuman bunga yang indah, tetapi kebaikannya bukan sekadar menawarkan suasana romantik bagi pasangan bercinta. Atau simbol kepada kesucian atau digunakan dalam ritual keagamaan.


Ada yang lebih senang memanggilnya lotus dan ada pula yang menggelarnya teratai. Tetapi yang pasti apa jua panggilan anda untuk tumbuhan daripada famili nymphaeaceae, ia sebenarnya menawarkan khasiat perubatan dan kesihatan yang sangat besar.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Daripada daun, bunga dan biji teratai, semuanya mempunyai khasiat tersendiri. Tetapi bahagian rahsianya yang menawarkan khasiat yang lebih pelbagai terletak pada rizom atau ubinya.

Menurut buku Vegetables for Health and Health, rizom segar lotus mengandungi 80 hingga 85% air, 10 hingga 12% karbohidrat, 2 hingga 3% protein, 0.5 hingga 1% fiber, asid askorbik, riboflavin, kalsium dan thiamine.

Walaupun teratai dikatakan berasal sama ada dari Timur Tengah atau India, yang jelas, kebaikan teratai menyebabkan populariti tumbuhan akuatik itu tersebar ke seluruh dunia. Orang Jepun dan Cina antara yang sudah sekian lama mengeksploitasi nikmat kesihatan teratai.

Ubi teratai biasanya diambil dalam bentuk diet sup selain dijadikan kuih atau tepung.

Buktinya dalam kebanyakan mereka terutamanya sup, teratai menjadi bahan utama. Malah, kini penggunaan ubi teratai itu dipelbagai termasukkan digoreng, diperap masam atau dijadikan tepung.

Dalam buku Vegetables for Health and Health juga menyatakan, daun teratai baik untuk merawat cirit-birit, pening dan demam manakala bunga teratai baik untuk merawat pendarahan dan impetigo (jangkitan kulit kerana bakteria). Tidak kurang menariknya bunga teratai juga didakwa baik untuk kaum lelaki kerana ia merawat ejakulasi pramatang.

Sementara itu, antara khasiat yang diberikan rizom teratai kepada tubuh termasuklah pendarahan usus, kolera, cirit birit, pendarahan hidung dan demam. Kemampuan teratai merawat beberapa penyakit itu dikaitakan dengan fungsinya yang menghilangkan panas dalam tubuh.

Salah satu kegunaan biji dan rizom teratai ini ialah menghilangkan panas dalam tubuh. Tetapi pengambilannya tidaklah boleh terlalu berlebihan kerana ia tinggi dengan protein.


Lagi info tentang TERATAI di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu