DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!



------------------

Nak tau DISKAUN & PROMOSI terkini
di Kedai SIHATSELALU? Dapatkan maklumat di
FB SIHATSELALU! << Klik!

Parkinson : Deep Brain Stimulation


Pada ketika ini pesakit Parkinson mungkin boleh menimbangkan rawatan yang melibatkan pembedahan iaitu pembedahan otak dalaman (Deep Brain Stimulation (DBS)). Dianggarkan lebih 30,000 pesakit Parkinson di seluruh dunia sudah mendapat manfaat rawatan DBS yang dimulakan sejak 1995.


Dalam pembedahan DBS, satu elektrod (wayar halus) dimasukkan ke dalam otak selepas pemeriksaan teliti dilakukan bagi menentukan kedudukan sebenar pada otak untuk meletakkan elektrod berkenaan. Ada dua tempat di dalam otak yang boleh diletakkan elektrod ini dan penentuan dilakukan pakar pembedahan neuro dan pakar neurologi berdasarkan gejala yang ingin dikawal.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Elektrod ini akan disambung pada neurostimulator (seperti pacemaker bagi pesakit jantung) yang akan diletakkan di bawah kulit dada. Ia berukuran 7.5 sentimeter (tiga inci) lebar dan 1.3 sentimeter (setengah inci) tebal yang mengandungi bateri kecil dan cip komputer yang diprogram untuk menghantar rangsangan elektrik bagi mengawal gejala Parkinson.

Pembedahan DBS membabitkan bukaan kecil iaitu kira-kira 2.5 sentimeter (satu inci) saja dan dilakukan dengan sangat teliti melalui kaedah stereotaktik. Ini bermakna, bingkai kepala stereotaktik akan dipasang pada kepala pesakit ketika pembedahan.

Dua Bahagian

Pembedahan DBS ada dua bahagian. Pertama, pakar bedah akan menggunakan teknik pengimejan (seperti Pengimejan Resonan Magnetik, MRI) atau tomografi komputer bagi membuat 'peta' otak dan mencari kedudukan yang perlu dirangsang. Pesakit sedar ketika pembedahan dilakukan supaya doktor boleh berinteraksi dengannya dan melalui cara ini kedudukan tepat meletakkan elektrod dapat dikesan.

Pada peringkat kedua iaitu untuk memasang alat neurostimulator, pesakit akan diberikan bius menyeluruh (tidak sedarkan diri). Tempoh pembedahan bergantung kepada bilangan elektrod yang diletakkan dalam otak yang mungkin mengambil masa sehingga 5 jam.

Syarat DBS

Walaupun kesan DBS sangat memberangsangkan tetapi rawatan ini hanya akan diberikan kepada pesakit yang memenuhi syarat iaitu :

* Penyakit sudah sampai ke tahap serius.
* Sudah menunjukkan kesan positif terhadap ubat levodopa (ubat yang kuat untuk penyakit Parkinson). Kajian menunjukkan DBS kurang berkesan bagi pesakit yang tidak memberi reaksi positif pada levodopa.
* Gejala tidak dapat dikawal dengan pengambilan ubat.
* Pesakit mesti cukup sihat untuk menjalani pembedahan dan boleh berinteraksi dengan doktor (menjawab soalan doktor ketika pembedahan).

Banyak kesan sampingan yang berkaitan rangsangan boleh dikawal dengan mengubah sedikit rangsangan yang diberi. Untuk tujuan ini pesakit perlu beberapa rawatan susulan supaya kesan sampingan ini dapat dikurangkan dan memberikan keputusan yang lebih baik.

DBS adalah langkah akhir untuk merawat Parkinson. Sebaik disahkan menghidap Parkinson pesakit perlu mematuhi jadual pengambilan ubat dan kerap berjumpa doktor bagi rawatan susulan. Paling penting ialah pesakit mesti kuat semangat untuk menjalani rawatan dan meneruskan kehidupan sebaik mungkin.


Lagi info tentang PARKINSON di sini.






Jom bincang artikel di atas...


Blog Widget by LinkWithin

ShareThis

DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!




- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


ANGEL FOOT

Merawat kulit kaki kasar, keras dan merekah
Kulit menggelupas dalam 2 minggu
Hasilnya kulit kaki baru yang lebih lembut!!


Dapatkan di Kedai Maya Sihat Selalu


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


Top 20 Artikel Bahasa Melayu

1. Masalah Perut Kembung/Berangin
2. Tanda dan Rawatan Gastrik
3. Teknik Membesarkan Saiz Zakar
4. Kegunaan dan Khasiat Halia
5. Punca dan Rawatan Buasir
6. Khasiat Tomato - Cantikkan Wajah/Kulit
7. Cara Merawat Buasir
8. Waktu Subur Wanita
9. Khasiat Betik
10. Khasiat Tomato
11. Fahami Fakta Payudara Wanita
12. Orgasma Pengukur Kepuasan Seks
13. Cacar Air (Chicken Pox)
14. Sel Darah Putih Punca Leukimia
15. Hidung Berdarah
16. Isteri Pura-pura Orgasma
17. Labu Kaya Khasiat
18. Punca Kulit Kusam dan Rawatan Laser
19. Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah
20. Kencing Manis Punca Sakit Jantung


Top 20 English Articles

1. Sex During Pregnancy
2. Androgens - Male Sex Hormones
3. Hitting G-Spot
4. Gender Identity Disorder
5. Girl's First Period
6. Body Adiposity Index Better Than BMI
7. FAQ on Rabies
8. Water for Health
9. Lumps in the Neck
10. Top 10 Causes of Bleeding After Sex
11. FAQ on Kawasaki's Disease
12. What Is Vaginitis?
13. FAQ on Thalassemia
14. Care for Chickenpox
15. Haemophilia - Royal Disease
16. Baby Fever
17. Abortion (Pictures)
18. Common Myths About Suicide
19. Blood Donation Tips
20. Types of Milk