Elak H1N1 Gugat Hari Raya Anda!

Balik kampung! Dinantikan ramai warga kota yang merantau mencari rezeki dan juga keluarga mereka di kampung.

Namun, di sebalik kemunculan wabak Influenza A (H1N1) tahun ini, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah pencegahan supaya tidak dijangkiti mahupun menjangkiti orang tersayang.

Pulang

Virus H1N1 boleh menjangkiti kita semasa dalam perjalanan pulang, atau kita mungkin membawa pulang virus tersebut kepada keluarga di kampung.

Oleh itu, jangan alpa dan sentiasa berwaspada demi keselamatan diri dan keluarga. Pastikan anda sentiasa membawa bersama topeng mulut dan hidung serta bahan pencuci tangan antiseptik untuk waktu-waktu yang memerlukannya.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Bagi yang mempunyai gejala selsema atau tergolong sebagai individu berisiko tinggi mengalami komplikasi jika dijangkiti H1N1, anda perlu memaki topeng mulut dan hidung di tempat tumpuan umum yang sesak. Pastikan juga tangan anda sentiasa bersih.

Jika sudah mula demam atau menunjukkan gejala selsema, pastikan anda mengasingkan diri demi keselamatan ahli keluarga, saudara mara dan juga masyarakat umum.

Bersabarlah sekitar satu minggu dari hari mula mengalami gejala selsema untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga dan rakan. Jangan jadikan nyawa mereka sebagai pertaruhan.

Berhemah

Gunakan masa pengasingan diri untuk berehat dan memulihkan badan. Tetapi, jika keadaan semakin teruk atau tanda amaran mula muncul, dapatkan rawatan dengan secepat mungkin.

Jangan pentingkan diri! Jika ada mempunyai gejala selsema, elakkan ke tempat tumpuan seperti rumah terbuka, majlis kenduri mahupun sembahyang berjemaah bagi mengelakkan virus H1N1 disebarkan kepada orang lain.

Dengan amalan bersalam di musim perayaan, pastikan juga anda sentiasa membawa dan menggunakan pencuci tangan antiseptik, atau basuh tangan dengan air dan sabun sekerap mungkin selepas bersalam.

Jika tidak sihat atau gejala selsema timbul selepas pulang dari kampung halaman, anda dinasihatkan menyambung cuti dan elakkan diri pergi ke sekolah, institusi pengajian atau ke tempat kerja.

Bagi pengendali sistem pengangkutan awam pula, pastikan anda menyediakan pencuci tangan antiseptik serta topeng mulut dan hidung untuk penumpang yang memerlukannya. Jika ada penumpang yang sakit, usahakan supaya penumpang berkenaan tidak bergaul rapat dengan penumpang lain yang tiada gejala selesema.

Ingatlah, pencegahan Influenza A H1N1 bukan hanya untuk melindungi diri, malahan untuk keselamatan bersama keluarga dan sahabat handai.

Bersama kita mengawal penularan wabak ini dan melindungi diri, keluarga dan negara dari pandemik Influenza A H1N1.


Lagi info tentang H1N1 di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu