Radang Buah Pinggang (Glomerulonephritis)


Lazimnya, kegagalan fungsi buah pinggang atau ginjal seringkali dikaitkan dengan kencing manis atau tekanan darah tinggi. Bagi penyakit radang buah pinggang, ia agak jarang diperkatakan walaupun saban waktu terdapat kes ini.



Tidak hairanlah jika kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10% daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang daripada kategori ringan hingga serius. Malangnya mereka tidak mengetahuinya.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Radang buah pinggang, atau glomerulonephritis (GN) kerapkali berlaku pada golongan muda. Ia berlaku serta-merta iaitu mengambil masa hanya beberapa hari berbanding kerosakan buah pinggang yang biasanya memakan masa selama 10 hingga 15 tahun.

Punca Radang

Biasanya, penyakit buah pinggang akut disebabkan oleh penyakit yang memberi kesan kepada buah pinggang, aliran darah atau air kencing yang mengalir keluar daripadanya.


Radang buah pinggang pula berlaku apabila terdapat kerosakan pada glomeruli iaitu sekumpulan kapilari yang berfungsi sebagai penapis ketika proses menyingkirkan bahan kumuh daripada darah dan masuk ke dalam tubules buah pinggang.

Perbezaan ketara penyakit ini dengan kegagalan buah pinggang yang lain ialah radang buah pinggang tidak melibatkan faktor makanan serta darah tinggi dan kencing manis.

Antara tanda awal pesakit menghidap penyakit ini ialah mereka mengalami masalah air kencing yang mengandungi protein. Malah panyakit radang buah pinggang lebih bersifat sementara dan boleh hilang dalam jangka waktu tertentu dengan rawatan khas yang diperoleh sejak peringkat awal.


Rawatan

Mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit ginjal ini seperti pesakit kencing manis, darah tinggi dan beberapa penyakit lain perlu menjalani ujian setiap 6 bulan sekali.

Masalah kegagalan buah pinggang hanya dikesan setelah bertahun atau berbelas tahun ia bermula kerana menyerang secara senyap. Semasa diketahui, penyakit itu sudah di peringkat kronik.

Justeru, hanya dialisis atau pembedahan transplan menjadi pilihan. Namun, sekiranya dikesan awal, ia boleh dirawat menggunakan ubatan tertentu.

Masalah buah pinggang mempunyai kesan berangkai dengan organ-organ lain terutama jantung. Walaupun keadaan genetik seseorang turut mempengaruhi kehadiran penyakit ini, perubahan dalam tabiat pemakanan dan gaya hidup boleh menyelamatkan buah pinggang.

Ekstra : Fakta Buah Pinggang

* Setiap hari, kira-kira 200 liter darah ditapis atau dibersihkan oleh buah pinggang. Buah pinggang juga terlibat dalam penghasilan sel-sel darah merah, kawalan tekanan darah, kawalan keseimbangan asid-bes (alkali) dan penjagaan kesihatan tulang.

* Jika terdapat keadaan tidak normal dalam buah pinggang, contohnya tahap protein melebihi paras normal atau terdapat kesan darah dalam air kencing atau jika fungsi buah pinggang merosot, besar kemungkinan kita menghidap penyakit buah pinggang kronik.

* Pada peringkat awal, penyakit buah pinggang tidak ketara kerana pesakit masih berasa sihat. Tidak hairanlah jika ramai orang tidak sedar mereka mengalami masalah buah pinggang dan lama-kelamaan penyakit ini lebih teruk.


Ekstra : Tanda-tanda Kerosakan

# Kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam tetapi lama-kelamaan semakin berkurangan, begitu juga jumlah air kencing

# Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta mata membengkak

# Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata

# Air kencing berbuih kerana kehadiran protein

# Cepat letih dan mengantuk

# Kerap sakit kepala

# Mengalami masalah tidur

# Kurang selera makan dan penurunan berat badan

# Terasa seperti hendak muntah dan loya

# Terdapat darah dalam air kencing

Ekstra : Selebriti dan Penyakit Buah Pinggang

* Sandra Lee : Aktres yang memenangi anugerah Golden Globe bagi kategori Bintang Harapan Baru pada 1958, meninggal dunia kerana kegagalan fungsi buah pinggang pada 2005.

* George Lopez : Menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang akibat kegagalan buah pinggang selepas bertahun-tahun mengabaikan kesihatan diri. Buah pinggang tersebut didermakan oleh isterinya, Ann.


Lagi info tentang BUAH PINGGANG di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu