Bengkak/Radang Ginjal (Glomerulonephritis) Undang Maut


Lazimnya, kegagalan fungsi buah pinggang atau ginjal seringkali dikaitkan dengan kencing manis atau tekanan darah tinggi. Bagi penyakit radang ginjal, ia agak jarang diperkatakan walaupun saban waktu terdapat kes ini.



Tidak hairanlah jika kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10% daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan ginjal daripada kategori ringan hingga serius. Malangnya mereka tidak mengetahuinya.

Turut dikenali sebagai glomerulonephritis (GN), ia kerapkali berlaku pada golongan muda.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Keradangan ginjal berlaku serta-merta iaitu mengambil masa hanya beberapa hari berbanding kerosakan ginjal yang biasanya memakan masa selama 10 hingga 15 tahun.

Punca dan Tanda Awal

Biasanya, penyakit buah pinggang akut disebabkan oleh penyakit yang memberi kesan kepada buah pinggang, aliran darah atau air kencing yang mengalir keluar daripadanya.

GN berlaku apabila terdapat kerosakan pada glomeruli iaitu sekumpulan kapilari yang berfungsi sebagai penapis ketika proses menyingkirkan bahan kumuh daripada darah dan masuk ke dalam tubules buah pinggang.


Perbezaan ketara penyakit ini dengan kegagalan buah pinggang yang lain ialah GN tidak melibatkan faktor makanan serta darah tinggi dan kencing manis.

Antara tanda awal pesakit menghidap penyakit ini ialah mereka mengalami masalah air kencing yang mengandungi protein, menyebabkan air kencing berbuih.

Penyakit GN lebih bersifat sementara dan boleh hilang dalam jangka waktu tertentu dengan rawatan khas yang diperoleh sejak peringkat awal.

Tanda-tanda awal yang lain :

* Terdapat darah dalam air kencing

* Kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam tetapi lama-kelamaan semakin berkurangan, begitu juga jumlah air kencing

* Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta mata membengkak

* Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata

* Cepat letih dan mengantuk, kerap sakit kepala

* Kurang selera makan dan penurunan berat badan

* Terasa seperti hendak muntah dan loya


Rawatan

Mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit ginjal ini seperti pesakit kencing manis, darah tinggi dan beberapa penyakit lain disarankan menjalani ujian setiap 6 bulan sekali.

Masalah kegagalan buah pinggang hanya dikesan setelah bertahun atau berbelas tahun ia bermula kerana menyerang secara senyap. Semasa diketahui, penyakit itu sudah di peringkat kronik.

Justeru, hanya dialisis atau pembedahan transplan menjadi pilihan. Namun, sekiranya dikesan awal, ia boleh dirawat menggunakan ubatan tertentu. Rawatan awal amat penting memandangkan masalah buah pinggang mempunyai kesan berangkai dengan organ-organ lain terutama jantung.

Walaupun keadaan genetik seseorang turut mempengaruhi kehadiran penyakit ini, perubahan dalam tabiat pemakanan dan gaya hidup boleh menyelamatkan ginjal.


Lagi info tentang GINJAL di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu