DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!



------------------

Nak tau DISKAUN & PROMOSI terkini
di Kedai SIHATSELALU? Dapatkan maklumat di
FB SIHATSELALU! << Klik!

Salmonella thypi Penyebab Demam Kepialu


Demam kepialu merupakan sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa disebabkan oleh bakteria Salmonella thypi (S. thypi). Ia biasa ditemui di beberapa bahagian negara membangun. WHO menganggarkan, sebanyak 16 juta kes demam kepialu berlaku saban tahun. Kira-kira 600,000 daripadanya meragut nyawa.


Demam kepialu boleh dicegah melalui pemvaksinan dan biasanya boleh dirawat dengan penggunaan antibiotik bagi mengurangkan tempoh kesakitan serta mengurangkan gejala-gejalanya.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Bagaimanakah Ia Menular?

S. thypi hanya berumah di dalam tubuh manusia. Seseorang yang menghidap penyakit ini akan membawa bakteria di dalam saluran darah dan saluran pencernaan mereka. Sebilangan kecil daripada pesakit yang dinamakan sebagai pembawa, pulih daripada penyakit ini tetapi terus membawa bakteria di dalam badannya.

Apabila kedua-dua pesakit dan pembawa membuang air besar, S. thypi turut dikeluarkan bersama-sama najis.

Anda boleh jatuh sakit sekiranya memakan makanan dan meminum minuman yang dikendalikan oleh seseorang yang mengeluarkan S. thypi ataupun, jika sisa kumbahan tercemar dengan bakteria S. thypi memasuki air yang anda gunakan untuk minum atau membersihkan makanan.


Oleh kerana itu, demam kepialu sering ditemui di tempat-tempat di mana penduduknya kurang mengamalkan membasuh tangan manakala airnya mungkin tercemar dengan sisa kumbahan.

Sekali bakteria S. thypi dimakan atau diminum, ia akan membahagi dan merebak ke dalam saluran darah dan badan akan bertindak balas dengan menunjukkan beberapa gejala seperti demam.

Langkah-langkah Pencegahan

Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat mencadangkan 2 tindakan asas bagi melindungi diri anda daripada demam kepialu :


1. Rebus, masak, kupas atau lupakan sahaja

Elakkan makanan serta minuman yang berisiko. Ini mungkin mengejutkan anda tetapi melihat apa yang anda makan dan minum terutamanya semasa dalam perjalanan adalah sama pentingnya seperti anda mendapat pelalian.

Dengan menghindari makanan berisiko juga mampu melindungi diri anda daripada lain-lain penyakit seperti cirit-birit, kolera/taun, disenteri dan hepatitis A.


2. Dapatkan pemvaksinan

Jika anda menetap atau dalam perjalanan menuju ke negara yang biasa diserang wabak demam kepialu, anda perlu menimbangkan pemvaksinan menentang demam kepialu. Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan vaksin anda.

Gejala-gejala

* Demam tinggi yang berpanjangan, setinggi 39 hingga 40 Celsius
* Badan terasa lemah dan tidak bermaya
* Sakit perut dan hilang selera makan
* Sakit perut
* Dalam sesetengah kes, pesakit akan mengalami ruam bertompok warna merah jambu (seperti bunga mawar)

Satu-satunya cara untuk mengesahkan sama ada seseorang itu menghidap demam kepialu adalah dengan cara menguji sampel najis atau darah bagi mengesan kehadiran S. thypi.


Segera Berjumpa Doktor

Jika anda mengesyaki diserang demam kepialu, segeralah berjumpa doktor. Mereka yang diberikan antibiotik lazimnya akan mula menunjukkan tanda-tanda pulih dalam tempoh 2 hingga 3 hari. Kematian jarang berlaku jika pesakit mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, pesakit yang tidak mendapatkan rawatan akan terus mengalami demam sehingga berminggu dan berbulan lamanya. Sebanyak 20% daripada mereka akan meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jangkitan.


Anda Mungkin Pembawa

Sekalipun gejalanya kelihatan seperti telah tiada, namun, anda masih berkemungkinan membawa S. thypi. Jika demikian, penyakit itu mungkin datang semula dan anda dalam masa yang sama boleh menyebarkan demam kepialu kepada orang lain.

Malah, jika anda terlibat dalam kerja-kerja mengendalikan makanan dan menjaga kanak-kanak kecil, anda mungkin dilarang meneruskan tugas sehinggalah doktor benar-benar pasti anda tidak lagi membawa bakteria S. thypi.


Lagi info tentang DEMAM KEPIALU di sini.






Jom bincang artikel di atas...


Blog Widget by LinkWithin

ShareThis

DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!




- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


ANGEL FOOT

Merawat kulit kaki kasar, keras dan merekah
Kulit menggelupas dalam 2 minggu
Hasilnya kulit kaki baru yang lebih lembut!!


Dapatkan di Kedai Maya Sihat Selalu


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


Top 20 Artikel Bahasa Melayu

1. Masalah Perut Kembung/Berangin
2. Tanda dan Rawatan Gastrik
3. Teknik Membesarkan Saiz Zakar
4. Kegunaan dan Khasiat Halia
5. Punca dan Rawatan Buasir
6. Khasiat Tomato - Cantikkan Wajah/Kulit
7. Cara Merawat Buasir
8. Waktu Subur Wanita
9. Khasiat Betik
10. Khasiat Tomato
11. Fahami Fakta Payudara Wanita
12. Orgasma Pengukur Kepuasan Seks
13. Cacar Air (Chicken Pox)
14. Sel Darah Putih Punca Leukimia
15. Hidung Berdarah
16. Isteri Pura-pura Orgasma
17. Labu Kaya Khasiat
18. Punca Kulit Kusam dan Rawatan Laser
19. Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah
20. Kencing Manis Punca Sakit Jantung


Top 20 English Articles

1. Sex During Pregnancy
2. Androgens - Male Sex Hormones
3. Hitting G-Spot
4. Gender Identity Disorder
5. Girl's First Period
6. Body Adiposity Index Better Than BMI
7. FAQ on Rabies
8. Water for Health
9. Lumps in the Neck
10. Top 10 Causes of Bleeding After Sex
11. FAQ on Kawasaki's Disease
12. What Is Vaginitis?
13. FAQ on Thalassemia
14. Care for Chickenpox
15. Haemophilia - Royal Disease
16. Baby Fever
17. Abortion (Pictures)
18. Common Myths About Suicide
19. Blood Donation Tips
20. Types of Milk