Jaga Kebersihan Elak Lelehan Keputihan


Sekiranya ada perkara yang merumitkan wanita dari aspek kesihatan dirinya, perkara itu ialah keputihan. Oleh kerana masalah keputihan itu ada kaitan dengan anggota kemaluan wanita maka ia tidak dikendalikan dengan terbuka dan wanita terus mengalaminya dan menderita dalam senyap.

Wanita perlu peka dengan gejala keputihan, mengenali dan dapat membezakan keputihan semula jadi daripada keputihan akibat jangkitan.

Wanita menghasilkan lelehan daripada faraj, keputihan semula jadi dalam pusingan haid, cuma keadaan lelehan itu sama ada daripada sedikit atau tiada langsung kepada lelehan yang banyak dan merunsingkan. Kuantiti lelehan itu dianggarkan daripada 20 gram ke 150 gram sehari.





Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Lelehan Luarbiasa

Lelehan semulajadi datangnya dari mukosa faraj, lelehan daripada pangkal rahim dan saluran fallopio. Sekiranya wanita itu dalam keadaan terangsang, lelehan juga akan keluar daripada pundi Bartholin dan pundi urethral.

Oleh kerana lelehan itu mengandungi sel mati, asid laktat dan zat galian/mineral serta kuman semulajadi, maka ia menjadi tempat penginapan kulat dan kuman yang wujud di kawasan itu. Kawasan yang dimaksudkan ialah pada bahagian perineum, permukaan anggota kemaluan (vulva) dan permukaan lubang najis (anus). Jika kontaminasi berlaku, kulat dan kuman itu boleh membiak dalam faraj dan memberi tekanan kepadanya yang menyebabkan pengeluaran lelehan meningkat secara luarbiasa.

Lelehan luarbiasa yang dimaksudkan itu ialah cecair yang warnanya berbeza dengan lelehan semula jadi, seperti warna :

* kekuningan - akibat jangkitan kuman dari lubang najis

* kehijauan - akibat jangkitan kuman parasit trikomonas), atau

* keputihan - akibat jangkitan kulat kandida atau yis dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan seperti bau bangkai ikan (disebabkan jangkitan kuman Bacillus dari lubang najis) atau bau bangkai tikus (kuman parasit trikomonas) atau bau asam (jangkitan kulat yis atau kandida)

Punca Keputihan

Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, didapati 99.9% wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida kerana kulat ini wujud dari lubang najis dan lubang kencing. Faktor utama ialah tidak peka dengan kebersihan kendiri, terutamanya kecuaian ketika membersihkan kemaluan seperti mencuci lubang najis (anus) dengan air/tisu yang kemudiannya (air/tisu yang sama) dibawa ke kemaluan.

Jangkitan juga boleh berlaku apabila kuman semula jadi dalam faraj yang menghasilkan asid laktat terbunuh dengan bahan pencuci yang dimasukkan ke dalam faraj (sebenarnya pencuci pembersih itu digunakan bagi membersihkan bahagian luar kemaluan).

Memakan antibiotik untuk jangka masa lama juga boleh membunuh kuman semula jadi dalam faraj dan mendedahkan faraj kepada jangkitan dari luar. Didapati juga wanita hamil dan berpenyakit kencing manis mudah dijangkiti kulat kandida. Apabila tahap keasidan wanita pulih, kulat itu tidak dapat membiak dan jangkitan akan reda!

Pakai Pantyliner

Dari segi penjagaan kesihatan anggota kelamin, wanita digalakkan menggunting bulu roma di permukaan bibir besar berdekatan pembukaan interoitus atau kawasan lubang kencing dan faraj. Pakai pakaian dalam yang selesa dan 100% kapas. Pada waktu lelehan banyak keluar seperti pada peringkat kesuburan (lendir keluar seperti hingus yang bertali), pakai pantyliner dan pastikan bahan itu diganti dari semasa ke semasa. Bersihkan kemaluan dengan air biasa (jangan gunakan sabun kerana ia tidak sesuai, malah mengeringkan kulit kemaluan).

Pada waktu itu, elak memakai seluar ketat kerana kelembapan tadi boleh menyebabkan kulit mengalami radang dan mudah melecet atau kering.

Amalkan pemeriksaan kendiri vulva atau anggota kelamin bahagian luar, lebih-lebih lagi jika wujud ketidakselesaan anggota kemaluan. Gunakan cermin tangan dan amati kemaluan dengan menggunakan lampu terang.

Jika ada sesuatu yang luar biasa seperti kemelecetan, keperitan dan ruam, sebaik-baiknya rujuk kepada doktor. Jangan cuba rawat sendiri.




Dapatkan Fadara Keputih
untuk mengubati keputihan di

Kedai Maya SihatSelalu!!



Lagi info tentang KEPUTIHAN di sini.


Artikel berkaitan :

What is Viginitis?
Vaginal Yeast Infection






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu