This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Trombositopenik Purpura Idiopatik - Kekurangan Platelet


Trombositopenik Purpura Idiopatik (Idiopathic Thrombocytopenic Purpura - ITP) adalah sejenis penyakit darah yang jarang ditemui tetapi ia sangat serius kerana boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan yang membawa kepada kematian.

Pesakit ITP akan mengalami bengkak dan pendarahan berlebihan. Dalam beberapa kes, pesakit mengalami pendarahan serius seperti di otak yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.


Kekurangan Platelet
Seseorang dikatakan menghidap ITP apabila jumlah platelet dalam darahnya terlalu rendah iaitu kurang daripada 150,000 bagi setiap mikro liter. Jumlah normal platelet ialah antara 150,000 hingga 400,000 semikro liter.

Seseorang pesakit dikategorikan dalam kumpulan serius jika jumlah plateletnya kurang daripada 10,000 semikro liter. Jumlah platelet kebanyakan pesakit ITP ialah 30,000 semikro liter dan jumlah ini cukup untuk menghalang pendarahan.

Bagaimanapun reaksi badan pesakit terhadap keadaan kekurangan platelet ini berbeza.


Sistem Imun Musnahkan Platelet

Tiada siapa tahu penyebab sebenar ITP tetapi ia dipercayai berpunca daripada kecelaruan sistem imun badan. Dalam kes ITP, sistem imun menyerang dan memusnahkan platelet serta sel yang menghasilkan platelet (megakariosit) yang dianggap sebagai benda asing.

Sistem imun pesakit akan sentiasa memerangi dan memusnahkan platelet dan megakariosit sehingga jumlah platelet dalam badan pesakit menjadi terlalu kecil.

Keadaan ini menyebabkan pesakit berisiko mengalami lebam, pendarahan mukosa (lapisan sel yang melapik rongga dalam badan) dan dalam sesetengah kes teruk, berlaku pendarahan pada dalam tengkorak secara tiba-tiba.

Wanita Lebih Berisiko

Siapa yang terdedah kepada penyakit ini? Sesiapa saja. Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur; biasanya kanak-kanak perempuan dan wanita muda lebih ramai mengalami penyakit ini (2 kali ganda) berbanding lelaki.

ITP pernah dianggap penyakit orang muda tetapi kini pakar perubatan mendapati ia lebih kerap menyerang orang berusia sekurang-kurangnya 60 tahun.

Kanak-kanak mudah mengalami IPT terutama selepas jangkitan virus seperti virus selesema atau beguk. Begitupun keadaan mereka dikelaskan sebagai IPT akut; yang hanya berlaku pada ketika itu dan tidak berlanjutan sehingga dewasa. Pada kebanyakan kanak-kanak, ITP akan hilang sendiri dalam masa 2 hingga 8 minggu.

Jarang Ditemui

ITP adalah penyakit yang jarang ditemui dengan kelaziman 9.5 kes bagi setiap 100,000 orang. Di Malaysia, jumlah sebenar pesakit tidak diketahui tetapi dianggarkan seramai 2,500 orang dengan 500 kes baru setahun.

Jumlah kematian dalam tempoh 5 tahun ialah 2% bagi pesakit kanak-kanak dan 48% bagi pesakit dewasa. Risiko kematian akibat ITP pula dianggarkan 1.2% bagi pesakit berumur 40 hingga 60 tahun dan 13% bagi pesakit melebihi 60 tahun.


Tanda dan Gejala ITP

Antara tanda dan gejala ITP ialah :

* Lebam (akibat berlaku pendarahan pada salur darah halus di bawah kulit pecah)
* Bintik merah atau ungu pada kulit (petekia)
* Bagi pesakit wanita, haidnya lebih banyak

Selain itu, pesakit ITP juga akan mengalami beberapa komplikasi seperti lebam, hidung berdarah, gusi berdarah terutama ketika rawatan gigi atau pendarahan lain yang sukar dihentikan. Pendarahan otak jarang berlaku tetapi boleh membawa maut.

Bukan semua pesakit ada tanda atau gejala ITP dan keadaan kekurangan platelet biasanya dikesan apabila mereka menjalani ujian darah bagi tujuan lain. Doktor biasanya mengesyaki pesakit menghidap ITP jika tiada masalah kesihatan lain dikesan. Pengesanan penyakit dilakukan berdasarkan sejarah perubatan pesakit, pemeriksaan fizikal, ujian darah dan bagi sesetengah kes mungkin memerlukan ujian sumsum tulang.

Oleh kerana ITP tidak mempunyai tanda dan gejala yang nyata, maka ia sukar dikesan jika tidak melakukan ujian darah. Antara pendekatan yang disarankan bagi pesakit yang disyaki menghidap ITP ialah :

* Pemeriksaan kesihatan menyeluruh
* Sejarah perubatan pesakit dan ahli keluarga
* Pemeriksaan fizikal
* Pemeriksaan paras immunoglobulin
* Pemeriksaan sumsum tulang
* Ujian kumpulan darah (Rh)
* Ujian langsung antiglobulin
* Ujian untuk jangkitan bakteria Helicobacter pylori, virus HIV


Rawatan

Sehingga kini tiada kaedah dikenalpasti yang boleh menyembuhkan ITP tetapi ia boleh dirawat dan jumlah platelet boleh ditingkatkan dengan pengambilan ubat. Antara kaedah rawatan yang digunakan sekarang ialah :

Ubat

Ubat seperti steroid dan immunoglobulin adalah ubat pertama yang akan diberikan kepada pesakit. Ia boleh membantu menambah jumlah platelet dalam darah dengan mengubah aktiviti sistem imun.

Bagaimanapun ubat ini mempunyai banyak kesan sampingan dan masalah boleh berulang. Pengambilan ubat steroid yang berpanjangan boleh menimbulkan banyak kesan sampingan seperti pertambahan berat badan, ciri sindrom cushing (leher berlapis), kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis, emosi tidak stabil dan cepat berubah, katarak, glaukoma, risiko jangkitan meningkat dan haid yang tidak menentu.

Pembedahan pembuangan limpa (splenektomi)

Kebanyakan pembedahan dilakukan pada pesakit dewasa jika pengambilan ubat steroid tidak menampakkan sebarang kesan. Pembuangan limpa akan menghentikan kemusnahan platelet di dalam limpa tetapi pada masa sama, pesakit terdedah kepada risiko jangkitan sepanjang hayat mereka. Bagaimanapun risiko jangkitan ini boleh dikurangkan dengan mendapatkan vaksinasi sebelum pembedahan.


Pilihan lain

Dalam sesetengah kes, pesakit ITP yang teruk dan boleh mengalami pendarahan yang mengancam nyawa mungkin memerlukan transfusi platelet dan perlu tinggal di hospital sepanjang rawatan. Walaupun jangka hayat platelet sangat pendek (akibat kesan antibodi antiplatelet), ia tetap diberikan kepada pesakit sebelum pembedahan.

Bagi individu yang mengalami masalah kekurangan platelet akibat jangkitan, rawatan untuk melawan jangkitan berkenaan boleh membantu menambah jumlah platelet dan mengurangkan gejala pendarahan.

Masalah Kekurangan Platelet

Selain ITP, isu kekurangan platelet adalah masalah besar dalam pelbagai kes yang dirujukkan ke hospital. Sekurang-kurangnya satu pertiga kes yang dirujukkan kepada pakar darah (hematologi) di hospital besar adalah berkaitan dengan kekurangan platelet.

Kira-kira 5 hingga 10% pesakit yang dimasukkan ke ICU berikutan masalah ini dan jumlahnya kini meningkat kepada 35%. Apa yang membimbangkan ialah kadar kematian pesakit yang kekurangan platelet lebih tinggi (2 kali ganda) berbanding pesakit lain.


Lagi info tentang TROMBOSITOPENIK PURPURA IDIOPATIK di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Toxoplasmosis - Cat Scratch Disease

by Dr. Y.L.M

My friend loves to eat sushi and sashimi. In fact, every time we go out for a meal, he always likes to go to a Japanese restaurant. Recently, he called me and said he contracted toxoplasmosis. I thought that was a disease brought on by cats?

Toxoplasmosis is a type of infection that is caused by a protozoa type of parasite called Toxoplasma gondii. It is also known as 'cat scratch disease'. Cats are the primary host of this parasite.

It is true that toxoplasmosis is most commonly associated with cats and contact with their faeces, but you can also acquire it with raw meat or undercooked meat.


Is it very common? Now I'm worried because not only do I love to eat sashimi, I have 3 cats in my house!

Toxoplasmosis is far more common that most people think. In fact, it is estimated that 5.2 million people in Malaysia are seroprevalent!

In the US, the CDC estimates that more than 60 million people carry the parasite! And in Europe, it is estimated that some countries have 90% of their populations as carriers.


If it is so common, then why don't more people know about this?

This is because very few people have symptoms. 80 to 90% of people who are seropositive for toxoplasma are completely unaware and display no symptoms.

They may carry the parasite around, but it rarely causes disease because our body's immune system keeps the parasite at bay.

Why do some people get toxoplasmosis then and not others?

You are more at risk to get toxoplasmosis if :

* You have contact with cats. Having a cat on its own is not a problem, but if you do not maintain high standards of hygiene when it comes to keeping cats, you are more at risk. Example, if you touch the cat's faeces during cleaning of its litter box and thereafter, you touch your hands to your mouth before washing up.

* If you like eating raw or partially cooked meat. Yes, Japanese raw food like sashimi or sushi is included. However, raw fish is not as risky as raw pork, raw lamb, or raw venison in transferring the toxoplasma parasite.

* If you prepare raw food and do not eat it yourself (such as preparing a meal for your pets), but touch your mouth before washing up.

* You may also acquire the toxoplasma parasite after an organ transplant or blood transfusion, though this is rare.

* A pregnant woman who has toxoplasmosis has a 40% chance of transmitting it to her baby. This has very dire consequences for the baby.


How will I know I have toxoplasmosis?

Most people who get toxoplasmosis are unaware they have the disease. But symptoms include flu-like symptoms such as mild fever, body aches, lethargy, headache, and also swollen lymph nodes that appear on both sides of your body (symmetrical).

This can last from several days to weeks. If your immune system is healthy and intact, there should be no problem and you will recover quickly. Once you get toxoplasmosis, you are immune to it for life if your immune system continues to be healthy.

People with a compromised immune system however are at severe risk. Your immune system can be compromised if you have AIDS, or are on chemotherapy or immuno-suppressive drugs (such as those patients who have had an organ transplant). Those with a compromised immune system can get toxoplasmosis again and again. Toxoplasmosis can then invade the eye (ocular toxoplasmosis), brain, lungs, and heart and severely damage the tissues.

Ocular toxoplasmosis is particularly dangerous because the toxoplasma cysts then become invasive, and cause the retina of your eye to be damaged, thus causing varying degrees of blindness.

Do babies who get toxoplasmosis from their mothers die?

It's possible, because the immune system of a foetus is not fully mature until after birth. But most infants do not get any symptoms after birth. A certain percentage do however, and the infants can have convulsions, cerebral palsy and spasticity, deafness, mental retardation and blindness.

The infant may also have a small head (microcephaly) or an abnormally large head due to increased fluid accumulation (hydrocephalus).


Is it treatable? Should I get rid of my cat?

Pyrimethamine plus sulphadiazine are used to treat toxoplasmosis. Clindamycin or azithromycin can also be used.

Of course you can keep your cat if you are a healthy person! But if you are immuno-compromised, then you should help prevent your cats from getting toxoplasmosis by feeding them dry or canned food only and keeping them indoors. Wear gloves when you change their litter box.


More info on TOXOPLASMOSIS here.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Jaga Kebersihan Elak Lelehan Keputihan


Sekiranya ada perkara yang merumitkan wanita dari aspek kesihatan dirinya, perkara itu ialah keputihan. Oleh kerana masalah keputihan itu ada kaitan dengan anggota kemaluan wanita maka ia tidak dikendalikan dengan terbuka dan wanita terus mengalaminya dan menderita dalam senyap.

Wanita perlu peka dengan gejala keputihan, mengenali dan dapat membezakan keputihan semula jadi daripada keputihan akibat jangkitan.

Wanita menghasilkan lelehan daripada faraj, keputihan semula jadi dalam pusingan haid, cuma keadaan lelehan itu sama ada daripada sedikit atau tiada langsung kepada lelehan yang banyak dan merunsingkan. Kuantiti lelehan itu dianggarkan daripada 20 gram ke 150 gram sehari.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Lelehan Luarbiasa

Lelehan semulajadi datangnya dari mukosa faraj, lelehan daripada pangkal rahim dan saluran fallopio. Sekiranya wanita itu dalam keadaan terangsang, lelehan juga akan keluar daripada pundi Bartholin dan pundi urethral.

Oleh kerana lelehan itu mengandungi sel mati, asid laktat dan zat galian/mineral serta kuman semulajadi, maka ia menjadi tempat penginapan kulat dan kuman yang wujud di kawasan itu. Kawasan yang dimaksudkan ialah pada bahagian perineum, permukaan anggota kemaluan (vulva) dan permukaan lubang najis (anus). Jika kontaminasi berlaku, kulat dan kuman itu boleh membiak dalam faraj dan memberi tekanan kepadanya yang menyebabkan pengeluaran lelehan meningkat secara luarbiasa.

Lelehan luarbiasa yang dimaksudkan itu ialah cecair yang warnanya berbeza dengan lelehan semula jadi, seperti warna :

* kekuningan - akibat jangkitan kuman dari lubang najis

* kehijauan - akibat jangkitan kuman parasit trikomonas), atau

* keputihan - akibat jangkitan kulat kandida atau yis dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan seperti bau bangkai ikan (disebabkan jangkitan kuman Bacillus dari lubang najis) atau bau bangkai tikus (kuman parasit trikomonas) atau bau asam (jangkitan kulat yis atau kandida)

Punca Keputihan

Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, didapati 99.9% wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida kerana kulat ini wujud dari lubang najis dan lubang kencing. Faktor utama ialah tidak peka dengan kebersihan kendiri, terutamanya kecuaian ketika membersihkan kemaluan seperti mencuci lubang najis (anus) dengan air/tisu yang kemudiannya (air/tisu yang sama) dibawa ke kemaluan.

Jangkitan juga boleh berlaku apabila kuman semula jadi dalam faraj yang menghasilkan asid laktat terbunuh dengan bahan pencuci yang dimasukkan ke dalam faraj (sebenarnya pencuci pembersih itu digunakan bagi membersihkan bahagian luar kemaluan).

Memakan antibiotik untuk jangka masa lama juga boleh membunuh kuman semula jadi dalam faraj dan mendedahkan faraj kepada jangkitan dari luar. Didapati juga wanita hamil dan berpenyakit kencing manis mudah dijangkiti kulat kandida. Apabila tahap keasidan wanita pulih, kulat itu tidak dapat membiak dan jangkitan akan reda!

Pakai Pantyliner

Dari segi penjagaan kesihatan anggota kelamin, wanita digalakkan menggunting bulu roma di permukaan bibir besar berdekatan pembukaan interoitus atau kawasan lubang kencing dan faraj. Pakai pakaian dalam yang selesa dan 100% kapas. Pada waktu lelehan banyak keluar seperti pada peringkat kesuburan (lendir keluar seperti hingus yang bertali), pakai pantyliner dan pastikan bahan itu diganti dari semasa ke semasa. Bersihkan kemaluan dengan air biasa (jangan gunakan sabun kerana ia tidak sesuai, malah mengeringkan kulit kemaluan).

Pada waktu itu, elak memakai seluar ketat kerana kelembapan tadi boleh menyebabkan kulit mengalami radang dan mudah melecet atau kering.

Amalkan pemeriksaan kendiri vulva atau anggota kelamin bahagian luar, lebih-lebih lagi jika wujud ketidakselesaan anggota kemaluan. Gunakan cermin tangan dan amati kemaluan dengan menggunakan lampu terang.

Jika ada sesuatu yang luar biasa seperti kemelecetan, keperitan dan ruam, sebaik-baiknya rujuk kepada doktor. Jangan cuba rawat sendiri.




Dapatkan Fadara Keputih
untuk mengubati keputihan di

Kedai Maya SihatSelalu!!



Lagi info tentang KEPUTIHAN di sini.


Artikel berkaitan :

What is Viginitis?
Vaginal Yeast Infection






Jom bincang artikel di atas...



testing

Keperluan Iodin Ketika Hamil


oleh Zuhayati Yazid

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka tetapi pada masa sama tidak mengetahui jenis nutrisi yang perlu diambil agar mendapat kesihatan yang optimum.

Bagi ibu mengandung, makanan yang terbaik diperlukan bukan untuk dirinya sendiri bahkan untuk bayi yang dikandung. Justeru itu, ibu seharusnya makan mengikut keperluan bermula pada awal kehamilan bagi memastikan kandungan dan berat badan yang ideal.


Pemakanan yang sihat sangat penting bagi mengelakkan kandungan mengalami masalah. Makanan yang seimbang dapat membekalkan ibu dan bayi dengan nutrien-nutrien bagi memastikan pertambahan berat badan yang mencukupi sepanjang kehamilan.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Perkembangan Otak dan Saraf

Banyak kajian telah membuktikan bahawa kesan kekurangan nutrien asas di kalangan ibu mengandung boleh menjejaskan perkembangan otak bayi yang akan dilahirkan. Sebagai contoh, kekurangan iodin dalam badan akan mengganggu proses pembesaran dan perkembangan saraf dan pembentukan sel-sel otak.

Iodin adalah amat penting untuk normal otak dan sistem saraf bayi, terutamanya semasa hamil dan dalam tempoh 2 hingga 3 tahun pertama kehidupan bayi tersebut.

Ramai beranggapan bahawa iodin sebagai larutan kuning cerah yang hanya digunakan untuk menyembuh luka, tetapi hakikatnya berdasarkan banyak kajian, mineral ini jauh lebih penting dalam kesihatan lebih-lebih lagi kepada ibu mengandung dan perkembangan bayi yang dikandung.


Mengurangkan Masalah

Selain itu, pemakanan yang baik juga dapat mengurangkan masalah semasa kehamilan seperti muntah-muntah, pedih ulu hati dan sembelit.

Keperluan untuk nutrien meningkat ketika hamil terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga (iaitu minggu ke-12 hingga melahirkan). Terutamanya pengambilan makanan yang mengandungi tenaga, protein, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, folat, vitamin A, vitamin C, vitamin E, kalsium, iodin dan zink.

Peningkatan keperluan untuk zat besi juga terlalu tinggi sehingga tidak dapat dipenuhi melalui diet yang biasa sahaja. Selain itu, keperluan asid lemak (asid linoleik dan alfa-linoleik) perlu ditingkatkan untuk pembentukan janin sempurna.

Prestasi Mental

Kekurangan iodin semasa hamil dan semasa pertumbuhan kanak-kanak boleh menyebabkan kelewatan perkembangan yang mengakibatkan penurunan dalam prestasi mental. Hal ini penting bagi hormon-hormon tiroid yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan iodin akan menyebabkan bayi yang dilahirkan akan menjadi terencat akal, pembesaran terbantut, pekak, bisu serta mengakibatkan lemah anggota badan. Ia juga merupakan salah satu sebab utama gangguan kemahiran motor, kelemahan otot, kecelaruan koordinasi dan kemahiran manual.

Oleh kerana iodin diperlukan untuk perkembangan otak, adalah penting untuk memastikan bahawa fetus, bayi dan kanak-kanak mendapat keperluan iodin yang mencukupi. Bagaimanapun, oleh kerana iodin tidak disimpan dalam badan, ia perlu diambil setiap hari.

Keperluan iodin adalah lebih tinggi bagi wanita hamil dan menyusu bayi. Wanita hamil dan menyusukan bayi memerlukan lebih banyak iodin berbanding orang biasa.

Akibat Kekurangan Iodin

Sebahagian wanita tidak mendapat iodin dalam jumlah yang mencukupi dalam diet mereka semasa mengandung dan ketika menyusukan bayi. Kekurangan mineral ini boleh menyebabkan muka sembap atau bengkak, goiter (bengkak kelenjar tiroid), hipotidosrisme dan menjejaskan fungsi mental.

Selain itu, akibat kekurangan iodin yang paling buruk adalah ia boleh menjejaskan fetus dan perkembangan bayi. Malah menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kekurangan iodin merupakan insiden yang paling tersebar luas di dunia bagi kerosakan otak, tetapi yang mudah dicegah.

Justeru, pengambilan iodin sepanjang tempoh mengandung merupakan satu keperluan sama ada melalui diet pemakanan atau suplemen tambahan. Selain suplemen iodin, sumber lain yang menyumbang iodin dalam badan ialah ikan, daging, telur, susu, ayam, itik dan rumpai laut.


Lagi info tentang IODIN di sini.


Artikel berkaitan :

Pedih Ulu Hati Ketika Hamil
Elak Dehidrasi Ketika Mengandung

Pregnancy Planning
Sex During Pregnancy
Diabetes and Pregnancy
Travel During Pregnancy
Multiple Pregnancies Challenges
Seeing Unborn Baby Using Ultrasound






Jom bincang artikel di atas...



testing

Inflammatory Bowel Disease


by Dr. Tan Huck Joo

Inflammatory bowel disease (IBD) comprises a group of disorders characterised by inflammation in the digestive tract. When this happens over a period of time, the intestinal lining is damaged and develops ulcers, which may bleed or produce mucous.

The two main disorders under IBD are Crohn’s disease (CD) and ulcerative colitis (UC), which are characterised by recurrent episodes of abdominal pain, often with diarrhoea and rectal bleeding.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Vagina Kembali Anjal (Vaginal Rejuvenation)


oleh Noraini Abd. Razak

Sejak zaman nenek moyang kita lagi, perihal penjagaan vagina amat dititikberatkan lantaran hubungkaitnya dengan keharmonian rumahtangga.

Apatah lagi di kalangan masyarakat rantau Asia. Orang Melayu misalnya amat terkenal dengan ramuan akar kayu untuk penjagaan vagina, baik untuk mengetatkan mahupun dari sudut penjagaan kebersihan. Ambil sahaja contoh mudah - bersihkan vagina dengan air daun sirih dan amalkan air akar kayu serta pengambilan jamu selepas bersalin untuk mengetatkan vagina.

Manakala herba tertentu dikatakan mampu mengetatkan vagina. Begitu juga teknik urutan yang dikatakan mampu memudakan vagina.

Perubatan Moden

Trend wanita alaf baru mahukan kesempurnaan dari hujung rambut ke hujung kaki. Apatah lagi dalam dunia moden yang memungkinkan segala-galanya termasuk dalam hal menganjalkan semula vagina atau memudakan vagina yang dalam dunia perubatan estetik popular dengan nama vaginal rejuvenation atau vaginal reshaping.


Prosedur itu kini menjadi kegilaan wanita yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit termasuk ke negara jiran untuk memulihkan vagina demi kepuasan diri biarpun ia tiada kaitan dengan penampilan luaran.

Prosedur menganjal dan memudakan vagina ini telah lama melanda dunia Hollywood dan salah seorang pakar terkenal yang menjadi rujukan dalam bidang tersebut adalah Profesor Nicola Zibernati.

Teknologi V2LR

Teknologi V2LR (Vulvo-Vaginal Laser Reshaping) digunakan dalam prosedur untuk menganjalkan vagina. Biarpun kedengaran agak baru di negara ini, namun secara diam-diam semakin banyak pakar menawarkan perkhidmatan tersebut.

Vulvo bermaksud bahagian luar organ wanita manakala vagina pula merujuk bahagian dalaman. Oleh itu prosedur V2LR bermaksud rejuvenasi bahagian luar dan dalam organ wanita.

Sehebat mana keanjalan yang boleh dicapai bergantung kepada jenis laser dan teknik yang digunakan.

Teknik laser berkuasa rendah langsung tidak menyakitkan namun mampu memberi kesan yang sama dengan cara kuasa tinggi yang kuat dan sering mengundang kesakitan. Dengan kuasa rendah pesakit akan berasa sangat selesa. Aktiviti harian dapat dilakukan serta merta dan hanya perlu mengelak hubungan seks selama 3 hari sahaja selepas rawatan. Selepas 3 hari kita akan pulih sepenuhnya.


Vagina Lebih Cerah dan Kuat

Teknik V2LR memerlukan 3 kali rawatan yang diulang sebulan sekali untuk mendapatkan kesan maksimum. Ia bukan saja meningkatkan keanjalan pada vagina tetapi membuatkan warna kulit sekitarnya menjadi kemerahan dan tidak gelap lagi. Dengan kata lain warna sekitar vagina tampak cantik dan menarik.

Apabila usia meningkat dan setelah melahirkan anak, kesan regangan terhadap dinding vagina menyebabkan keanjalan tisu-tisunya hilang. Vagina menjadi kendur, kurang elastik dan warnanya sekitarnya menjadi gelap. Pengaruh hormon juga mejadikan keadaan lebih teruk dengan pengumpulan pigmen di situ.

Apabila laser dipancarkan, warna sekitar vagina berubah menjadi cerah semula.

Selain kecantikan, otot dinding vagina juga akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah mengalami masalah kelonggaran. Nikmat hubungan seks juga meningkat selepas rawatan seumpama itu.


Popular di Eropah

Penggunaan laser dalam bidang kecantikan dan perubatan semakin mendapat tempat di Malaysia. Namun masyarakat di China, Korea, negara-negara Eropah dan Amerika sudah terdedah dan menerima bahawa rawatan laser adalah sebahagian daripada kaedah terkini yang berkesan dan selamat.

Kaedah V2LR yang sangat popular di Eropah disebabkan dua faktor iaitu berkesan dan proses penyembuhan yang cepat.

Menjahit Semula Selaput Dara

Cara lain untuk meremajakan semula vagina ialah dengan prosedur menjahit semula selaput dara yang dikatakan mampu mengembalikan kegadisan seseorang wanita.

Selaput baru itu dibina dari kulit tipis pada vagina namun kaedahnya rumit dan tidak semudah teknik laser. Mungkin pada suatu masa nanti kaedah ini akan menjadi pilihan wanita yang inginkan kesejahteraan rumahtangga.


Lagi info tentang VAGINA di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Sex For Health


by Dr. Nor Ashikin Mokhtar

We have come a long way since the days when sex was thought of as a duty. Today, sex has entered the mainstream consciousness and is becoming a normal part of culture and media. Increasingly, medical and commercial advances are finding ways to make sex better and to resolve sexual problems for people.

Sex serves a fundamental purpose in holding the fabric of society together – it is not only for reproduction, but also encompasses people's emotional and social behaviours, and our relationships with each other.

Now, there is another argument for the benefits of sex – the health argument. We may have already had some idea that sex is good for our physical, mental and emotional health, but there is more scientific evidence to back this up now.



Good for Stress

Studies have shown that semen can act as an anti-depressant. In a study of college students in New York, it was found that women in the study who had sex without condoms showed fewer signs of depression than women who used condoms or abstained from sex.

However, this is in no way meant to encourage women and men to have unprotected sex, unless they are married. Otherwise, unprotected sex with many different partners will cause more damage to the health through the risk of sexually transmitted diseases.

Semen aside, however, the release from orgasm is also believed to be a calming factor that can help reduce stress and promote better sleep.

There is also reason to believe that women will benefit more from physical intimacy and sex with a partner, compared to achieving orgasm without a partner.

It also has a cyclical effect – sex will lead to less stress and a better mood, which will then lead to more sex.


Good for Pain

Orgasm is a natural and powerful painkiller because it induces the body to release a hormone called oxytocin, as well as endorphines, before and during orgasm. These natural chemicals reduce anxiety and fear, as well as suppress pain signals from the brain.

A study has shown that when women experience orgasm, their thresholds for tolerating and detecting pain increased significantly by 74.6% and 106.7%, respectively. This is good news for women who often suffer from headaches, premenstrual syndrome (PMS) or arthritis pain.

In relation to pain, sex is also believed to help wounds heal faster, due to the role of oxytocin in regenerating certain cells.


Good for the Heart

When it comes to sex and the heart, people always think that sex is more likely to cause heart attacks, especially in older men.

This is a bit of an urban legend because it very rarely happens and is not purely caused by sex. In fact, research shows that sex helps to lower blood pressure and may even protect against stroke because of its ability to reduce stress levels.

Men's cardiovascular health can also benefit from sex, as shown in a British study in men which concluded that frequent sexual intercourse may offer some protection from fatal heart attacks.

Like any other form of physical activity, sex also burns calories. 30 minutes of sex burns 85 calories or more. It may not sound like much, but think of it as a bonus for an enjoyable activity, and a good reason to increase the frequency and duration of intercourse!


Good for the Prostate

Here's another benefit for men: protection from prostate cancer. The more that men ejaculate, the lower the risk of prostate cancer.

A big epidemiological study of 30,000 men in the US found that men who ejaculate between 13 and 20 times a month had a 14% lower risk of prostate cancer that men who ejaculated on average, between 4 and 7 times a month for most of their adult life. The risk is decreased even more among men who ejaculated upwards of 21 times a month.


Good for Staying Young

Sex is no magic potion for immortality, but if it can lead to all the benefits above, then it will probably go a long way in improving your overall physical and mental health, and helping to prevent premature ageing as well as debilitating chronic diseases.

And if you’re having good sex in a stable, happy relationship, then the benefits are immeasurable.

Above all, the healthiest type of sex is safe, protected sex, especially if you are not in a long-term monogamous relationship.




Dapatkan e-book Permata Yang Hilang
panduan seni nafkah batin di

Kedai Maya SihatSelalu!!




More info on SEX here.


Related articles :

Orgasma Pengukur Kepuasan Seks

Sex and Calories
Hitting The G-Spot
Sex During Pregnancy
10 Reasons to Have Top Sex







Jom bincang artikel di atas...



testing

Diet Tetap Gemuk Kerana Rendah BMR


Seringkali mereka yang mengidap obesiti terpaksa berpura-pura gembira dengan keadaan diri mereka. Adakalanya golongan itu cuba menunjukkan obesiti adalah jalan hidup pilihan mereka. Cepat-cepat mereka memberi alasan mengapa jadi begitu sambil di hati berazam untuk menjaga diet dan cuba kembali kurus. Namun azam dan diet sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak diikuti dengan usaha gigih dan kaedah yang betul untuk merealisasikan impian.

Tak kurang juga yang sudah enggan melakukan sebarang usaha untuk kurus. Antara alasan yang sering kedengaran :

* Lepas bersalin badan naik dan susah nak turun.

* Badan memang tak boleh kurus sebab keturunan.

* Tiada masa untuk bersenam.

* Suami tidak kisah gemuk.

Kitaran menahan makan diikuti dengan patah azam dan gelojoh makan membawa kesan yang tidak baik kepada badan dari segi kesihatan.

Kitaran Lapar dan Kenyang

Pada otak kita terdapat saraf pusat yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Badan seseorang yang menahan lapar akan mengeluarkan hormon dan transmitter dari otak sebagai tindak balas terhadap pengurangan makan. Dengan kata lain otak kita seolah-olah menuntut kembali kesedapan yang biasa diperolehi oleh tubuh kita. Ia mahukan jumlah kalori dan gula yang tinggi untuk berasa sedap dan selesa. Ini adalah sistem tubuh yang cuba menghalang lemak daripada digunakan.


Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan akan memberontak dan mengeluarkan enzim dan hormon tertentu. Ini menyebabkan berlakunya keinginan tidak terkawal atau craving terhadap sesuatu makanan. Keinginan tersebut bukan disebabkan oleh nafsu makan tetapi merupakan signal dari otak kita yang tidak mampu dikawal oleh kita sendiri.

Badan akan memberontak dan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu menyebabkan seseorang itu menjadi ghairah untuk makan. Ia ibarat seekor harimau ganas yang sukar untuk dikalahkan. Berperang dengan nafsu makan boleh menjadikan seseorang resah dan lemah.

Akhirnya dia mengikut kehendak nafsunya. Dia makan tanpa sedar bahawa makanan itu sudah berlebihan. Jadi pusingan berlapar yang diikuti dengan keghairahan untuk makan berterusan sehingga akhirnya menyebabkan seseorang tersepit dan tidak berdaya untuk keluar daripada belenggu obesiti.

Kurus Demi Kesihatan

Umum mengetahui adalah sangat perlu untuk mengekalkan berat badan yang sepatutnya bukan saja supaya agar kelihatan cantik tetapi juga demi kesihatan. Kesihatan merupakan sebab yang terpenting agar seseorang memperolehi berat badan yang sesuai dengan ukuran rangka badan iaitu berat badan unggul.

Kebanyakan teknik yang ditawarkan oleh pusat pelangsingan memperlihatkan kejayaan sementara.


Banyak kajian telah membuktikan prinsip-prinsip bagi mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukan hanya dengan berdiet semata mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan anda.

Anda perlu menyayangi diri anda dan mendengar bisikan hati nurani anda. Jika anda memberi tubuh anda apa yang ia perlukan ia akan selesa dan anda akan merasa gembira melalui hari-hari berdiet dengan penuh nikmat.

Apakah BMR?

BMR adalah Basal Metabolic Rate, iaitu penggunaan tenaga bagi tubuh semasa kita berehat. Tenaga tetap diguna meskipun kita berehat atau tidur kerana pergerakan jantung, usus dan lain-lain tetap mengguna tenaga. Namun BMR yang rendah membuatkan banyak tenaga dikumpul menjadi lemak.

Mereka yang mempunyai kadar BMR yang rendah perlu menyedari hakikat ini dan mengambil langkah-langkah meningkatkannya. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan senaman, mengambil makanan beralkali tinggi dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang mempunyai nilai glysemic rendah dan rendah kalori.


Sila perhatikan keadaan berikut. Jika anda mengalaminya, maka anda mengalami masalah BMR yang rendah.

* Apabila berdiet, berat tidak turun

* Berat naik mendadak apabila makan lebih

* Sukar senaman kerana berasa terlalu letih bila bersenam

* Gemarkan makanan berkarbohidrat dan manis

* Mudah lapar

* Makan sedikit tetapi cepat gemuk

* Tekak inginkan makanan yang manis

* Lapar pada waktu malam


Punca BMR rendah

# Tidak cukup senaman. Senaman yang dimaksudkan adalah senaman ringkas merenggangkan tubuh badan.

# Hypothyroid. Fenomena ini melanda hampir separuh penduduk dunia. Apabila hypothyroid menyerang, seseorang akan mengalami peningkatan berat badan, berasa malas, keletihan, berat badan tidak turun meskipun berdiet, setiap pergerakan menjadi lambat, rambut juga mudah berkelemumur dan fungus mula menyerang.

# Kekurangan insulin. Insulin merupakan hormon paling penting dalam penukaran gula kepada tenaga. Dalam kes ini lemak yang terhasil cenderung berkumpul pada perut dan belakang badan.

# Kesilapan memilih makanan dengan glycemic indeks tinggi menyebabkan kadar metabolisme menjadi rendah.


Lagi info tentang BASAL METABOLIC RATE di sini.


Artikel berkaitan :

Pembedahan Ikat Perut Lap-Band

10 Diet Tips
Obesity Causes Cancer
The Importance of Glycaemic Index






Jom bincang artikel di atas...



testing

Lutein and Zeaxanthin For The Eyes


Lutein and zeaxanthin are natural yellow-pigmented nutrients belonging to the carotenoid family. Carotenoids are the red, yellow, and orange pigments found in yellow-orange fruits and vegetables, dark green, leafy vegetables and corn.

But lutein and zeaxanthin do more than give plants their pretty colours. These 2 compounds form the macular pigments and are found in large amounts in the lens and retina of our eyes. Here they function as antioxidants to potentially help protect our eyes by filtering high-energy blue light. By filtering blue light, the pigments protect underlying cell layers from potential light damage.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Haematospermia - Air Mani Berdarah


Haematospermia atau campuran darah dalam air mani jarang berlaku kepada lelaki, sebilangan daripada mereka mungkin tidak sedar dan sebahagian lagi sedar dan cemas berhubung kejadian itu.

Ia boleh berlaku bila-bila masa, secara mikroskopik iaitu sel darah merah hanya kelihatan apabila air mani diteliti dengan mikroskop atau kelihatan jelas dengan warna air mani bertompok merah atau merah dan coklat secara menyeluruh.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Sakit Bila Ejakulasi

Ada kalanya lelaki yang mengalami haematospermia berasa sakit setiap kali mencapai ejakulasi dan air mani berwarna merah cerah, seolah-olah ada geselan air mani dalam salur kencing, sama ada bahagian hujung zakar atau paras pangkal zakar.

Jika terasa perit pada penghujung zakar, kemungkinan salur bahagian itu melecet, maka ada campuran darah dalam air mani. Jika lelaki itu membuang air kecil, tentu terasa perit dan mungkin ada luka pada penghujung lubang kencing. Apabila melecet itu hilang, air mani kelihatan normal.

Jika keperitan dirasai di pangkal, kemungkinan ada kaitan dengan batu karang. Mungkin ada batu karang dalam salur pundi prostat dan pundi seminal.

Air mani yang keluar bercampur darah akan berwarna lebih coklat disebabkan oleh darah beku. Keadaan ini menjadi seperti sedia kala apabila batu karang itu terlepas keluar atau hancur dalam salur pundi prostat.


Sperma Masih Aktif

Sperma dalam air mani yang mengandungi darah adalah masih aktif dan lelaki itu masih mampu membuatkan pasangan wanitanya hamil. Biasanya apabila haematospermia berlaku, pasangan akan cemas dan terfikir pelbagai perkara seperti kanser dan jangkitan.

Tak Perlu Takut

Pasangan akan rasa takut untuk meneruskan hubungan seksual dalam keadaan begitu. Ini dijangka jika haematospermia berlanjutan walaupun tidak rasa sakit.

Haematospermia bukan petanda lelaki itu mandul, membawa kuman atau mendapat jangkitan dan boleh menjangkiti pasangannya. Andainya sperma normal bercantum dengan telur wanita, janin tidak terencat walaupun lelaki itu menghasilkan sperma bercampur darah.

Simptom ini bukan petanda awal barah salur kencing atau pundi prostat atau seminal, haematospermia akan reda dan boleh kembali semula pada bila-bila masa.


Rawatan

Bagi lelaki yang mengalami haematospermia, rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan termasuklah melakukan ujian X-ray KUB (buah pinggang, salur kencing dan pundi kencing) untuk meneliti kemungkinan ada batu karang di situ.

Jika ada batu karang, doktor akan beri ubat untuk melegakan salur kencing dan salur prostat supaya batu karang boleh keluar. Biasanya tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan batu karang dalam salur prostat kerana ia sangat kecil dan mudah hancur.

Haematospermia jarang berpunca daripada keradangan pundi prostat yang kronik.




Dapatkan e-book Permata Yang Hilang
panduan seni nafkah batin di

Kedai Maya SihatSelalu!!



Lagi info tentang AIR MANI BERDARAH di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

FAQ on Rabies


by Dr. Milton Lum

I read recently of the rabies epidemic in Bali. It seems there are many rabid dogs around that are biting children and causing them to die. What is rabies? Is it common in Malaysia?

Apparently, more than 55,000 people die from rabies around the world every year, mostly in developing countries. Luckily for us, Malaysia is rabies-free, as declared by the WHO! This is because we have eliminated rabies from dogs, thereby eliminating rabies in people.


However, it is still prevalent in other South-East Asian countries, Africa, and Latin America.

Rabies is actually a disease caused by a virus and is transmitted from animals to humans via infected saliva. The virus can be transmitted only if it gets into open cuts in your skin, or your mucous membranes such as your mouth or eyes.


Bites by the infected animal are the most common way to transmit the virus. Scratches are less likely to transmit.

Is rabies transmitted only by dogs?

Actually, no. Almost any mammal can get rabies, wild or domestic. Worldwide, dogs are the most common domestic animal that carry it.

However, in US, bats are the most common animal responsible for transmission, causing half the human cases. Cats are the most common domestic animal that spreads rabies in the US. Rabies is however rare in rats and other rodents.

It is not clear that the bat has to bite you in order to transmit rabies. Apparently, close contact with a rabid bat is all it takes for you to get rabies.


How will I know I have rabies?

First, you usually develop pain, tingling or itching at the site of the bite. Then you may get flu-like symptoms, such as fever, fatigue, muscle aches. (All these are symptoms of a viral illness.)

The rabies virus usually needs one to two months to incubate, though some people get rabies within 10 days of the bite. Then you become very ill. Your fever spikes. You may have confusion, be very agitated. You may have fits and eventually fall into a coma as the rabies virus affects the brain.

A very classical symptom of rabies is developing spasms of your breathing muscles when you are exposed to water. This is called hydrophobia. The same thing may happen when you are exposed to a puff of air (aerophobia.)


There are two types of rabies :

1. Furious rabies – where you are hyperactive.

2. Dumb rabies – where you are paralysed.

In both cases, you will eventually progress to complete paralysis, a coma and death by respiratory failure.

Once you get rabies, it is 100% fatal. There is nothing anyone can do for you, even if you are put on a ventilator and given the best supportive care in the world.

Am I at risk of rabies? I have four dogs at home, and we live near Batu Caves, where there are bats!

In Malaysia, we have eradicated rabies (as far as we know). But if you travel to developing countries in Asia and Africa, be careful. Poor people in these countries, especially children, are the most at risk. Children usually play with animals and are less likely to tell you if they were bitten or scratched.

Veterinarians or people handling animals are also at risk, especially when you don't know where the wildlife animals came from.


How do I recognise a rabid animal so that I can run for my life?

You don't have to run for your life! But yes, you have to be careful. And do not pat strange animals that you are unsure of.

Look out for these symptoms and signs in an animal :

* The animal looks sick, crazy or vicious (this is what they call a 'mad dog'). However, this is not a 100% must in a rabid animal. Some rabid animals may appear normal, friendly, or merely confused,

* When you see a nocturnal animal during the day, such as a bat or a fox, or when a normally shy wild animal appears friendly, or strange.


If I do get bitten by what I suspect is a rabid animal, what do I do? Am I doomed to die?

No. What you do now is to prevent the rabies virus from spreading to your organs. There is a vaccine against rabies. You need to seek medical treatment immediately. Your wound must be cleaned and repaired, and the doctor will have to give you a rabies shot (anti-rabies vaccine). If you do this as soon as possible after the bite, prevention of rabies is 100%.

You will also have to notify the authorities where the rabid animal is, so it can be captured or shot.

Your pets must undergo the immunisation schedules mandatory for all pets, because these include the rabies vaccine.


More info on RABIES here.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Tinitus - Telinga Berdesing


oleh Bintu Rasyada A. Rahman

Sudah beberapa malam Nora tidak boleh tidur. Kepada suami, wanita berusia 40 tahun itu mengadu telinganya kerap berdesing sejak akhir-akhir ini. Ia berlaku tidak menentu dan biasanya bunyi berdesing lebih kuat jika dia berada di tempat sunyi terutama sebelum tidur.


Desingan sangat bising dan bingit seperti bunyi 'eeee' yang panjang serta frekuensi tinggi. Kadangkala ia seperti bunyi mesin gergaji yang sedang memotong batu-bata dan ada juga bunyi seperti cengkerik dan unggas yang tidak jemu memecah kesunyian malam.

Keadaan itu mengganggu aktiviti hariannya dan paling merungsingkan, desingan tersebut menyebabkan dia sukar melelapkan mata.

Pelbagai andaian bermain dalam fikiran Nora. Dia risau andai mengalami penyakit serius dalam telinga seperti gegendang pecah, bernanah dan sebagainya. Lebih merunsingkan wanita itu mula terfikir, adakah bunyi itu datangnya dari otak yang terletak bersebelah dengan telinga?



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Mengapa Telinga Berdesing?

Keadaan telinga yang sentiasa berdesing dipanggil tinitus.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah sejenis penyakit tetapi merupakan simptom yang berlaku disebabkan beberapa perkara termasuklah jangkitan telinga, objek luar atau lilin dalam telinga, alah pada bahagian hidung yang menghalang aliran cecair dan menyebabkan penghasilan lilin dengan banyak.

Tinitus juga berlaku disebabkan pendengaran terjejas sejajar dengan peningkatan usia.

Secara dasarnya, setiap individu normal mempunyai pendengaran luar dan dalam (desingan) semula jadi sejak dilahirkan.


Pendengaran luar individu normal berada pada tahap yang baik menyebabkan ia mengawal bunyi desingan semula jadi dari dalam. Kerana itu kita tidak sedar bahawa setiap orang sebenarnya mengalami keadaan telinga berdesing.

Tinitus terbahagi kepada dua iaitu subjektif di mana individu yang mengalami tinitus mendengar bunyi tetapi orang lain tidak manakala tinitus objektif berlaku apabila individu mendengar bunyi dan orang lain (biasanya doktor) turut mendengar bunyi tersebut.

Tinitus boleh berlaku di sebelah telinga atau mungkin kedua-dua belah sekali. Sesetengah individu mengalami tinitus berpanjangan, manakala setengah lagi sekali-sekala. Ia boleh berlaku tidak kira peringkat umur bermula seawal 20-an, namun kebanyakannya mengalami ketika usia melebihi 50 tahun. Dikatakan seorang daripada 5 individu berusia 55 tahun ke atas mengalami tinitus.

Tinitus juga boleh berlaku disebabkan pengambilan ubat seperti aspirin dan paras aktiviti hormon serotonin yang rendah.


Tinitus Subjektif

Kebanyakan pesakit akan mengesyaki mereka mengalami kanser otak, kerosakan pada bahagian koklea, gegendang telinga dan sebagainya.

Jika disebabkan masalah seperti tahi telinga, telinga bernanah dan sebagainya, tinitus akan hilang dengan cara tahi dan nanah dibuang serta diubati dengan antibiotik. Jika individu mengalami masalah pada koklea pula, mereka tidak akan mendengar langsung sebarang bunyi sama ada daripada luar atau dalam.

Pendengaran luar kebanyakan individu akan berkurang sejajar dengan peningkatan umur mereka. Namun tidak semua individu mengalami masalah tersebut.

Tahap masalah bergantung kepada individu itu sendiri. Jika individu tersebut lebih sensitif dengan desingan yang berlaku, maka dia akan rasa keadaan tersebut sangat serius.


Keadaan tinitus tidak boleh dirawat atau diubati tetapi individu boleh mengawalnya dengan cara menerima keadaan tersebut dengan hati yang tenang. Dalam hal ini, penghidap mungkin perlu mendapatkan bimbingan psikologi bagi membantu mereka mengawal keadaan agar tidak runsing dan risau.

Penggunaan topeng tinitus dan alat bantuan pendengaran juga mampu menangani keadaan itu namun tidak boleh mengatasi masalah sepenuhnya.

Alat bantuan pendengaran bertindak seperti mikrofon yang menguatkan bunyi luar bagi mengawal bunyi desingan dalam. Namun, ramai pesakit mengadu ia tidak berkesan kerana kadang kala terdapat masalah seperti pemakaian tidak betul menyebabkan bunyi terlalu rendah atau tinggi.


Tinitus Objektif

Apabila doktor yang merawat dapat mengesan bunyi dari dalam telinga pesakit, ini dipanggil tinitus objektif.

Ia berlaku disebabkan gerakan otot pada telinga, atau bunyi berdetik sekitar kawasan telinga tengah (dalam). Sesetengah individu mengalami bunyi yang berdetik seperti nadi (dipanggil pulsative tinnitus).

Keadaan ini adalah biasa dan ia berlaku disebabkan perubahan aliran darah atau peningkatan arus pergolakan darah berdekatan telinga (seperti dari artereosklerosis). Namun ia juga boleh bertukar menjadi tinitus subjektif disebabkan terlalu risau dengan aliran darah tersebut.

Jika pesakit itu mengalami masalah tinitus objektif, beliau akan merujuk perkara tersebut kepada pakar saraf bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.

Amat jarang penghidap tinitus objektif berkait rapat dengan masalah kesihatan serius lain. Namun terdapat kes kecil seperti carotid artery aneurysm dan carotid artery dissection.


Gaya Hidup Sihat

Dalam mengelak masalah tinitus berlaku seiring dengan peningkatan usia, disarankan agar setiap individu menjalani gaya hidup sihat.

Penyakit seperti diabetis dan darah tinggi boleh mengganggu deria pendengaran sekali gus mendedahkan penghidapnya kepada masalah tinitus.


Lagi info tentang TINITUS di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu