Laser Lipolisis Tegangkan Wajah


Pendek kata segalanya mengecut. Pemakaian tudung yang ketat turut menyebabkan bentuk wajah berubah dan bertumpu ke depan. Wajah menjadi sangat bulat dan pipi pula menonjol ke depan. Apabila tersenyum mata pun seakan tertutup kerana pipi yang terlalu bulat. Oleh itu wanita dinasihatkan agar memakai tudung yang sederhana dan tidak terlalu ketat bagi mengelak perubahan pada bentuk wajah.



Bentuk wajah juga penting bagi menyerlahkan penampilan seseorang. Apabila usia meningkat tidak dapat dinafikan bentuk wajah berubah menjadi lebar tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Masalah ini dapat dipulihkan semula dengan kaedah rawatan yang betul.


Acuan Tulang

Muka kita terbentuk daripada tulang-tulang tengkorak yang menjadi acuan kepada pembentukannya. Tulang-tulang utama yang menjadi asas pembentukan muka adalah tulang mandible iaitu rahang. Jika tulang rahang terlalu besar muka akan tampak empat segi.

Tulang lain adalah tulang mastoid yang bersambung pada tulang mandible. Tulang mastoid dapat dirasa jika kita menyentuh belakang telinga akan terasa seperti satu benjol di situ. Di dalam tulang mastoid inilah terdapatnya sebahagian daripada organ telinga yang penting.

Tulang-tulang maxilla yang membentuk pipi adalah mustahak bagi menentukan pembentukan pipi kita. Jika ia terlalu kecil pipi akan tampak kecut. Sebahagian daripada tulang cranium pula membentuk dahi. Pada kawasan orbit mata pula terdapat percantuman antara tulang-tulang kecil. Tulang pada hidung terdiri daripada tulang rawan yang lembut.


Otot Muka

Bagi melengkapkan struktur muka, terdapat juga otot-otot muka yang membantu kita memberi reaksi dan riak wajah. Seseorang yang marah, sedih, gembira dan mengantuk misalnya dapat di kesan melalui riak wajahnya. Begitu juga wajah seseorang yang meminta simpati. Garis-garis muka yang tertentu memberi raksi wajah tertentu. Reaksi sebeginilah yang digunakan oleh para pelakon bagi mempamerkan mutu lakonan yang mempersonakan.

Ekspresi wajah amat penting dalam kehidupan seharian. Kerlingan mata sahaja sudah cukup untuk memberitahu maksud yang tersirat di dalam hati tanpa perlu kita bersuara. Jelaslah bahawa ekspresi wajah adalah salah satu cara komunikasi yang berkesan sesama manusia.

Apabila seseorang itu gembira otot-otot pada pipi dan mulut akan bekerja bagi mempamerkan senyuman. Bila bersiul otot buccinators akan bekerja. Jika mengerutkan dahi pula kita menggunakan otot frontalis. Bila kita makan otot mengunyah yang bernama maseter akan mengerakkan rahang. Seseorang yang mengalami kelumpuhan otot sebagaimana yang dilihat pada pesakit strok atau angin ahmar sudah tentulah gagal melakukan semua pergerakan ini kerana otot-otot muka menjadi lumpuh.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Lapisan Lemak

Di atas lapisan otot terdapat lapisan lemak yang membalut muka, selepas itu barulah dilapik pula kulit.

Muka seolah-olah tergantung pada tulang tengkorak kita. Apabila kita meningkat usia ia akan semakin melendut disebabkan tarikan graviti. Pada masa ini kulit akan lebih kendur dan turun di kawasan dagu dan pipi kiri kanan dagu. Lemak-lemak pula akan mengisi ruang kosong tersebut lalu wajah mula kelihatan lebar dan dagu mula berlapis. Masalah ini terjadi disebabkan oleh kejatuhan lemak muka. Lemak pada muka yang berlebihan akan turun dan mengisi ruang pada bawah dagu dan juga pipi menyebabkan bentuk muka menjadi besar kerana berlemak.

Bagi mereka yang berwajah bujur atau sangat kurus, masalah ini tidak ketara. Namun bagi mereka yang berisi dan wajah pula berbentuk bulat maka ia menjadi satu fenomena yang menghodohkan wajah. Kehadiran lemak yang terlalu banyak menjadikan wajah tampak bengkak dan bentuknya tidak menarik. Tambahan pula apabila usia meningkat 40-an kesan pengurangan hormon membuatkan air berkumpul dalam kulit dan kelihatan lebih bengkak.

Teknologi

Namun teknologi baru boleh mengatasinya. Wajah yang bulat boleh dibentuk semula menjadi bujur dan dagu yang berlapis boleh dibuang lemaknya. Begitu juga pipi yang menonjol boleh dicantikkan semula. Kedudukan pipi juga boleh diangkat semula dengan teknik serdev.

Laser lipolisis adalah kaedah yang baik bagi pembentukan wajah. Laser jenis ini akan menghancurkan lemak dan merangsang sel-sel kulit longgar menjadi ketat semula.


Bagaimana Laser Lipolisis Bertindak?

Laser merupakan satu jalur cahaya dengan jarak gelombang yang tertentu. Jarak gelombang ini membolehkan pancaran laser menembusi sel-sel lemak dan menukarkannya menjadi cair.

Tenaga laser yang kuat bertindak dengan sangat selektif. Ia hanya memecah lemak tanpa mengganggu sel-sel lain. Justeru ia selamat digunakan dan akan menyebabkan pengecutan dalam jalinan kolagen. Ini menjadikan kulit ketat dan tegang semula. Penggunaan laser seperti ini adalah selamat, cepat dan hasilnya dapat dilihat dalam jangkamasa yang singkat.

Perubahan pada wajah menjadi lebih ketara selepas seminggu. Selepas sebulan wajah menunjukkan perubahan yang menakjubkan. Dalam tempoh 3 hingga 5 bulan pula seseorang kelihatan lebih muda dan berseri-seri.


Proses Laser

* Wajah akan dibersihkan dengan povidone iodine dan disapu dengan krim bius. Selepas satu jam krim akan mula bertindak. Doktor akan menandakan kawasan yang akan dirawat.

* Suntikan ubat bius dibuat.

* Laser dimasukkan ke bawah kulit dan dipancarkan, lemak akan bertukar menjadi air.

* Selepas seminggu wajah akan menjadi lebih baik

Perubahan akan dilihat beransur-ansur dan dalam masa 2 minggu wajah kelihatan menarik dan terbentuk semula.


Kelebihan Rawatan

* Tidak menyakitkan

* Tidak perlu masuk ke hospital untuk menjalani rawatan

* Hasil yang baik

* Tiada parut yang merosakkan kulit

* Boleh pergi bekerja seperti biasa sejurus menjalani rawatan

* Satu rawatan sahaja sudah berkesan tidak perlu berkali-kali melakukannya

* Selepas rawatan tiada kesan bengkak yang ketara


Lagi info tentang LASER LIPOLISIS di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu