DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!



------------------

Nak tau DISKAUN & PROMOSI terkini
di Kedai SIHATSELALU? Dapatkan maklumat di
FB SIHATSELALU! << Klik!

Botak, Keguguran Rambut Masalah Keturunan


oleh Siti Nor Afzan Kasiman

Masalah keguguran rambut ekstrem merupakan satu mimpi ngeri bagi seseorang wanita. Bagi individu yang berpegang kepada konsep rambut mahkota wanita, mereka pasti ghairah untuk memiliki rambut yang sihat dengan gaya terkini.


Syampu

Menjaga rambut tidak cukup dengan hanya bersyampu 3 kali seminggu. Kulit kepala juga memerlukan perapian dan vitamin yang cukup untuk kekal sihat tanpa sebarang masalah seperti kegatalan, kelemumur dan jangkitan kuman.

Ramai pihak beranggapan bahawa silap memilih syampu, pengambilan serbuk perasa (monosodium glutamate) dalam masakan serta faktor penuaan sebagai sebab utama keguguran rambut, namun itu hanya penyebab sampingan.


Punca Keguguran

Realitinya, tekanan (stres) dalam kerjaya atau kehidupan menjadi pencetus kepada masalah keguguran rambut yang serius terutama membabitkan golongan lelaki. Walaubagaimanapun, botak bukan hanya terhad kepada lelaki tetapi wanita turut mengalami fenomena sama.

Pola keguguran rambut lelaki (male pattern hair loss - MPHL) yang biasa terjadi pada kaum Adam sering dikaitkan dengan faktor genetik. Mungkin ramai tidak menyangka botak tiada kaitan dengan faktor genetik, tetapi hakikatnya, keturunan kerap menjadi punca keguguran rambut.

Ia boleh diwarisi daripada sebelah ibu atau bapa dan boleh berlaku terhadap lelaki ataupun wanita. Kedua-duanya cenderung untuk mewarisi gen botak.

Akibat daripada warisan gen rambut gugur tersebut, individu terlibat berisiko tinggi untuk berdepan masalah keguguran rambut yang mampu menipiskan rambut namun tidak semuanya berakhir dengan botak.

Namun, keadaan yang dikenali sebagai androgenetic alopeciaini boleh bermula pada usia belasan tahun, 20-an atau 30-an. Dalam satu kajian, hampir 50% anak-anak kepada lelaki atau wanita botak akan mewarisi gen tersebut.


Berperingkat-peringkat

MPHL terjadi secara berperingkat-peringkat. Masalah itu bermula dari kawasan tengah kepala, ia mampu merebak hingga ke seluruh kepala. Ramai lelaki memilih untuk berdiam diri dan tidak berasa ia satu keperluan untuk berjumpa dengan doktor hanya kerana masalah rambut semakin menipis.

Malah, lebih 80% lelaki tidak tahu apa itu MPHL dan menganggap ia berlaku kerana faktor usia sedangkan masalah ini tidak akan melarat jika dirawat daripada awal.

Individu yang mengalami MPHL disarankan mendapatkan rawatan berkesan dengan menangani punca asas masalah tersebut.

Kajian Penyelidikan

Masalah keguguran rambut yang berisiko terjadi kepada setiap orang berkenaan turut mendorong ramai penyelidik untuk tampil menjalankan kajian.

Antaranya, beberapa ahli akademik dari 2 universiti di Jerman iaitu Universiti Bonn dan Universiti Dusseldorf menjalankan kajian mengenainya. Mereka mendapati gen botak sememangnya diwarisi.


Sekumpulan penyelidik di Victoria, Australia mendapati, keguguran rambut di bahagian tengah dan hadapan kepala meningkat selari mengikut usia. Ia memberi kesan sehingga 57% wanita dan 73.5% kepada lelaki yang berusia 80 tahun ke atas.

Laman web Perpustakaan Medem Medical turut melaporkan, kira-kira 40 juta lelaki di Amerika Syarikat berdepan dengan masalah MPHL.

Menurut laman tersebut, seorang daripada 4 lelaki mulai botak pada usia 30 tahun, dua pertiga mulai botak pada usia 60 tahun ke atas. Tambah laman itu, nisbah untuk mendapat gen botak adalah 4 dalam setiap 7 orang.

Selain tekanan dan faktor genetik, faktor pemakanan tidak seimbang, penyakit tiroid, masalah sistem imunisasi, pengambilan dadah atau ubat-ubatan tertentu, kurang penjagaan rambut, trauma dan jangkitan kulit kepala boleh menyumbang kepada keguguran rambut dan botak.


Rambut Sihat

Pertumbuhan rambut individu dewasa yang dipengaruhi oleh hormon seks iaitu androgen boleh mengalami fasa pertumbuhan di antara 2 hingga 6 tahun dengan kepanjangan kira-kira 0.35 milimeter (mm) sehari. Selepas fasa tersebut, proses pertumbuhan akan berehat untuk beberapa bulan.

Rambut yang sihat dan normal memiliki beberapa ciri khas seperti berkilat, mudah lentur, tidak mudah patah dan boleh menyerap air.

Keguguran rambut di antara 50 hingga 100 helai sehari adalah normal namun jika ia tidak dipantau, keguguran mungkin akan menjadi lebih serius lebih-lebih lagi jika individu tersebut berada dalam kelompok berisiko tinggi untuk botak.

Jika terdedah kepada persekitaran kotor dan berhabuk, kulit kepala yang sering gatal boleh mendapat jangkitan kuman atau alahan kepada bahan kimia.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, ruam akan timbul dan bagi kes serius, gelembung berisi air kesan daripada radang kulit akan terbentuk. Pada peringkat ini, individu tersebut boleh mengalami kebotakan serius.


Diet dan Kebersihan

Untuk mendapatkan rambut yang sihat, amalan mengambil makanan seimbang sangat penting.

Meninggalkan diet secara keterlaluan boleh menyebabkan keguguran kerana hampir 90% komponen rambut terdiri daripada protein. Diet yang tidak sihat dan kurang mengambil protein akan menjadikan rambut lemah dan mudah gugur. Banyakkan pengambilan zat seperti kalsium dan zink kerana ia boleh menyihatkan rambut.

Penjagaan kebersihan dan kesihatan rambut juga tidak boleh diabaikan. Rutin bersyampu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan pemilihan sikat yang sesuai mampu mengurangkan risiko keguguran rambut.



Lagi info tentang KEGUGURAN RAMBUT di sini.






Jom bincang artikel di atas...


Blog Widget by LinkWithin

ShareThis

DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!




- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


ANGEL FOOT

Merawat kulit kaki kasar, keras dan merekah
Kulit menggelupas dalam 2 minggu
Hasilnya kulit kaki baru yang lebih lembut!!


Dapatkan di Kedai Maya Sihat Selalu


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


Top 20 Artikel Bahasa Melayu

1. Masalah Perut Kembung/Berangin
2. Tanda dan Rawatan Gastrik
3. Teknik Membesarkan Saiz Zakar
4. Kegunaan dan Khasiat Halia
5. Punca dan Rawatan Buasir
6. Khasiat Tomato - Cantikkan Wajah/Kulit
7. Cara Merawat Buasir
8. Waktu Subur Wanita
9. Khasiat Betik
10. Khasiat Tomato
11. Fahami Fakta Payudara Wanita
12. Orgasma Pengukur Kepuasan Seks
13. Cacar Air (Chicken Pox)
14. Sel Darah Putih Punca Leukimia
15. Hidung Berdarah
16. Isteri Pura-pura Orgasma
17. Labu Kaya Khasiat
18. Punca Kulit Kusam dan Rawatan Laser
19. Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah
20. Kencing Manis Punca Sakit Jantung


Top 20 English Articles

1. Sex During Pregnancy
2. Androgens - Male Sex Hormones
3. Hitting G-Spot
4. Gender Identity Disorder
5. Girl's First Period
6. Body Adiposity Index Better Than BMI
7. FAQ on Rabies
8. Water for Health
9. Lumps in the Neck
10. Top 10 Causes of Bleeding After Sex
11. FAQ on Kawasaki's Disease
12. What Is Vaginitis?
13. FAQ on Thalassemia
14. Care for Chickenpox
15. Haemophilia - Royal Disease
16. Baby Fever
17. Abortion (Pictures)
18. Common Myths About Suicide
19. Blood Donation Tips
20. Types of Milk