Rawatan Alternatif Ayurveda Warisan India


oleh Bintu Rasyada A. Rahman

Dalam bahasa Sanskrit, Ayurveda berasal daripada dua perkataan iaitu 'ayur' yang bermaksud kehidupan dan 'veda' berkaitan dengan pengetahuan atau sains.

Dipercayai, perubatan jenis itu sudah wujud lebih 6000 tahun di India. Ia menggabungkan sains dan falsafah merangkumi keseimbangan fizikal, mental dan spiritual yang diperlukan untuk kesihatan melalui cara hidup, perubatan dalaman dan rawatan luaran.

Ayurveda merupakan cara hidup yang mana kita mampu mengelak perkara tidak baik dan melakukan hanya yang menggembirakan dalam kehidupan.


3 Tenaga Utama

Dalam ayurveda, terdapat 3 tenaga utama yang bergabung untuk membentuk semua benda dalam alam semesta. Begitu juga tubuh kita. Fungsi tubuh sangat luas dan boleh dikategori kepada prinsip utama yang dipanggil doshas atau angin oleh pengamal ayurveda.

Tiga perkara di dalam doshas adalah vata (udara dan ruang), pitta (api dan air) dan kapha (tanah dan air) yang memainkan pelbagai fungsi dalam badan.

Vata berperanan dalam pergerakan, pernafasan dan fungsi deria, pitta lebih kepada haba dalam badan, penghadaman dan persepsi manakala kapha mengenai keseimbangan, tenaga dan pelincir kepada badan.

Keseimbangan

Kesihatan yang baik dan fikiran yang tenang adalah penting dalam mencapai matlamat dan impian.

Oleh itu, ayurveda sebagai sistem perubatan menyediakan 2 kegunaan. Pertama, ia menyeimbangkan antara doshas dan kesihatan melalui rutin harian individu, diet dan gaya hidup yang lain.

Kedua, ia mengembalikan keseimbangan dosha yang hilang melalui kaedah pengurangan (perubatan dalaman yang bersifat ringan atau sederhana) atau menyucikan (melalui perubatan kuat dikenali sebagai panchakarma) melalui cara muntah, penyingkiran, pembersihan darah dan penyucian haba.


Rawatan Alternatif

Masyarakat kini kembali menyukai rawatan alternatif sebagai usaha mencegah penyakit. Manakala perubatan moden pula turut mengakui rawatan alternatif mampu membantu memulihkan penyakit.

Dalam bentuk asal rawatan ayurveda, ia mempunyai cabang seperti perubatan moden termasuk pediatrik, perbidanan dan sakit puan, optalmologi dan otorhinolaryngologi, geriatrik, perubatan am, pembedahan, jantina dan perubatan kesuburan, psikiatri dan toksikologi.

Namun selepas beberapa kurun, sebahagian tradisi ayurveda, terutama melibatkan pembedahan, hilang.

Dalam rawatan, kebiasaannya minyak terapi urutan yang digunakan dibuat secara tradisi dari Kerala, India. Sesetengah minyak dihasilkan di situ menggunakan herba yang mudah didapati. Ia diformulasi khas untuk memenuhi keperluan pesakit dan merawat penyakit.

Antara rawatan popular ayurveda :


Sirodhara

Menggunakan minyak terapi khas yang dituang pada satu titik di bahagian dahi yang dikenali sebagai 'mata ketiga' untuk satu tempoh tertentu. Beberapa urutan akan dilakukan di kawasan muka, kepala dan bahu. Rawatan ini dipercayai baik untuk mereka yang mengalami stres, gangguan tidur dan kesakitan pada bahagian mata, muka, leher dan kepala.

Abhyangam

Urutan ini membantu penyakit yang berkaitan sendi. Ia juga baik untuk otot kulit dan membantu meningkatkan stamina.

Mandi wap berubat

Menggunakan herba khusus, rawatan ini membantu mengeluarkan toksin melalui proses perpeluhan. Ia baik untuk meningkatkan perjalanan darah, mengurangkan kesakitan dan meningkatkan sistem imun badan.



Lagi info tentang AYURVEDA di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu