DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!



------------------

Nak tau DISKAUN & PROMOSI terkini
di Kedai SIHATSELALU? Dapatkan maklumat di
FB SIHATSELALU! << Klik!

Keberkesanan Ubat Bergantung Kepada Genetik


oleh Hafizah Iszahanid

Sejenis ubat mungkin mujarab bagi seorang pesakit namun ubat sama mungkin memudaratkan yang lain pula. Mengapakah boleh berlaku sedemikian?

Antara puncanya disebabkan perbezaan genetik kedua-dua pesakit berkenaan. Generasi baru ubat-ubatan bukan lagi lambakan ubat yang dihasilkan untuk keuntungan. Jika projek pemetaan genetik diambil kira, penghasilan ubat-ubatan farmakogenetik (kajian bagaimana perbezaan genetik mempengaruhi tindak balas atau reaksi manusia bertindak balas terhadap sesuatu ubat) akan memonopoli pasaran ubat dunia.

Bagi tempoh 1990 hingga 2003, pemetaan genetik yang dikenali sebagai Projek Genom Manusia (Human Genome Project - HGP) sudah bermula. Di Amerika Syarikat, HGP berjaya merekodkan antara 20,000 ke 25,000 gen dalam DNA manusia. Sejak itu banyak penyelidikan berkaitan pemetaan genetik dilakukan di seluruh dunia.


Projek Variasi Manusia

Selepas HGP, satu lagi projek genetik menyusul iaitu Projek Variasi Manusia atau Human Variome Project (HVP). HVP dicetuskan oleh Profesor Richard Cotton dan berpangkalan di Australia. Ia adalah satu inisiatif global bagi mengumpul data-data genetik manusia bagi tujuan merawat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan mutasi gen.

Malaysia tidak terkecuali menyertai projek ini. Menerusi projek ini, ia akan memberi impak yang besar kepada kesihatan penduduk di sesebuah negara khususnya menerusi bidang farmakogenomik dalam mengkaji maklumat genetik sama ada ubat yang digunakan berkesan atau tidak.

Bukan itu saja, penghasilan peta genetik menerusi HVP juga akan memberikan maklumat yang lebih tepat mengenai sejarah penghijrahan penduduk dan mendedahkan tahap profil genetik pelbagai penduduk.


Variasi Genomik

Variasi genom dalam jujukan DNA mempengaruhi kecenderungan penyakit dan tindak balas individu terhadap ubat-ubatan, jangkitan dan vaksin.

Satu daripada variasi genomik itu ialah 'single nucleotide polymorphism' atau SNP yang berlaku apabila ada satu nukleotid (A, C, T atau G) yang berbeza antara individu-individu dan berlaku pada sekurang-kurangnya 1% daripada penduduk atau kumpulan etnik berkenaan.

Dengan mengenalpasti variasi-variasi genomik ini, akan membolehkan penyelidik menjalankan kajian perbandingan antara kumpulan berpadanan yang berpenyakit dan yang tidak berpenyakit.

Penemuan variasi-variasi ini akan memberi pengertian baru yang penting mengenai patogenesis, diagnosis, rawatan penyakit manusia dan pembangunan terhadap perubatan kepada sesebuah populasi.

Penemuan variasi genom memberi petunjuk penyebab kecenderungan penyakit yang dialami manusia dan sekali gus memberi jalan terbaik untuk menanganinya. Hal ini selaras dengan matlamat HVP bagi membolehkan rawatan yang lebih berkesan kepada pesakit berdasarkan kecenderungan penyakit yang dialami.


Ubat Berdasarkan Genetik

Dengan kajian kecenderungan penyakit berdasarkan genetik, pesakit akan diberikan ubat berdasarkan ciri genetiknya. Ia membantu memberi rawatan lebih berkesan kepada pesakit selain mengurangkan risiko berlakunya tindak balas kesan sampingan terhadap sesuatu ubat yang diberikan.

Kajian dalam bidang farmakogenomik akan membantu memberikan identiti gen yang mempengaruhi tindak balas ubat-ubatan supaya ubat-ubat yang akan dibangunkan kelak lebih berkesan tanpa banyak kemudaratan yang timbul daripada penggunaannya.

Berbilang Kaum

Disebabkan Malaysia negara berbilang kaum, kajian farmakogenomik amat diperlukan untuk mengkaji sejauh mana perbezaan antara kaum mempengaruhi keberkesanan sesuatu ubat. Kajian sebegini dijangka akan membolehkan ramalan dibuat tentang keberkesanan sesuatu ubat pada masyarakat yang pesakitnya berbilang kaum seperti di Malaysia.

Ia membolehkan pembangunan ubat dan vaksin baru terhadap sesuatu penyakit yang berkaitan. Ketika ini, di peringkat global, pemberian sesetengah ubat mengambil kira ciri genetik seseorang pesakit umpamanya dalam rawatan barah.

Namun cabaran paling besar adalah syarikat farmaseutikal yang kerana sudah pasti ubat dihasilkan mungkin disasarkan kepada kumpulan majoriti. Jika berpandukan konsep farmakogenetik, untuk sesetengah jenis ubat, ia mungkin tidak akan dihasilkan lagi kerana bilangan kumpulan etnik yang berhadapan dengan penyakit itu mungkin terlalu kecil.

Info : Projek Variasi Manusia

Menyediakan kajian penduduk khusus bagi menentukan transmisi penyakit dan pola penghijrahan, seterusnya membantu meramalkan proses penyakit pada masa hadapan di kalangan rakyat Malaysia.

Hasilnya boleh digunakan untuk menubuhkan intervensi kesihatan awam yang dapat menghentikan penerimaan dan penyebaran penyakit-penyakit tropika seperti tibi, penyakit berjangkit dan penyakit genetik umum di Malaysia (seperti kekurangan G6PD dan Beta Thalasemia). Dengan itu, membantu dalam merancang seluruh komuniti dan program terapi bagi menghentikan penyebaran penyakit.



Lagi info tentang PROJEK VARIASI MANUSIA di sini.






Jom bincang artikel di atas...


Blog Widget by LinkWithin

ShareThis

DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!




- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


ANGEL FOOT

Merawat kulit kaki kasar, keras dan merekah
Kulit menggelupas dalam 2 minggu
Hasilnya kulit kaki baru yang lebih lembut!!


Dapatkan di Kedai Maya Sihat Selalu


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


Top 20 Artikel Bahasa Melayu

1. Masalah Perut Kembung/Berangin
2. Tanda dan Rawatan Gastrik
3. Teknik Membesarkan Saiz Zakar
4. Kegunaan dan Khasiat Halia
5. Punca dan Rawatan Buasir
6. Khasiat Tomato - Cantikkan Wajah/Kulit
7. Cara Merawat Buasir
8. Waktu Subur Wanita
9. Khasiat Betik
10. Khasiat Tomato
11. Fahami Fakta Payudara Wanita
12. Orgasma Pengukur Kepuasan Seks
13. Cacar Air (Chicken Pox)
14. Sel Darah Putih Punca Leukimia
15. Hidung Berdarah
16. Isteri Pura-pura Orgasma
17. Labu Kaya Khasiat
18. Punca Kulit Kusam dan Rawatan Laser
19. Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah
20. Kencing Manis Punca Sakit Jantung


Top 20 English Articles

1. Sex During Pregnancy
2. Androgens - Male Sex Hormones
3. Hitting G-Spot
4. Gender Identity Disorder
5. Girl's First Period
6. Body Adiposity Index Better Than BMI
7. FAQ on Rabies
8. Water for Health
9. Lumps in the Neck
10. Top 10 Causes of Bleeding After Sex
11. FAQ on Kawasaki's Disease
12. What Is Vaginitis?
13. FAQ on Thalassemia
14. Care for Chickenpox
15. Haemophilia - Royal Disease
16. Baby Fever
17. Abortion (Pictures)
18. Common Myths About Suicide
19. Blood Donation Tips
20. Types of Milk