DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!



------------------

Nak tau DISKAUN & PROMOSI terkini
di Kedai SIHATSELALU? Dapatkan maklumat di
FB SIHATSELALU! << Klik!

Sindrom Williams Jarang Diketahui

Williams Syndrome Children
oleh Kurniawati Kamarudin

Kanak-kanak ini kelihatan normal, sangat peramah serta ceria. Sikap ramah mereka kadangkala menimbulkan kebimbangan keluarga kerana mereka langsung tidak takut kepada sesiapa.

Namun di sebalik keceriaan itu, mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya komplikasi jantung dan saluran usus yang sempit. Malah, ada dalam kalangan mereka berhadapan dengan masalah kalsium yang tinggi hingga boleh mengundang maut.

Dengan memiliki wajah yang unik, mereka sebenarnya adalah kanak-kanak Sindrom Williams yang jarang diketahui masyarakat Malaysia.

Berbeza dengan Sindrom Down yang kerap berlaku dengan kadar nisbah 1:670 pada setiap kelahiran, Sindrom Williams pula sebaliknya. Sindrom Williams juga tergolong dalam satu daripada ribuan Penyakit Jarang Jumpa (PJJ).

williams syndrome association
Sukar Dikesan

Di Amerika Syarikat misalnya, nisbah kelahiran bayi yang menghidap penyakit Sindrom Williams ialah 1:20,000 atau 30,000.

Sindrom Williams bukan sahaja masyarakat tidak mengetahui penyakit ini, malah doktor sendiri kurang mengetahuinya kecuali dalam kalangan pakar genetik dan jantung.

Sukar untuk mengesan Sindrom Williams kerana terdapat kombinasi ciri yang pelbagai dan tidak ada ciri khusus yang mengesahkan seseorang bayi atau kanak-kanak itu menghidap Sindrom Williams.

Dr. J. Williams

Nama Sindrom Williams diambil sempena nama seorang doktor, J. Williams, iaitu doktor pertama yang mengenalpasti ciri-ciri tertentu pada pesakit kanak-kanak yang dirawat sekitar 1965.

Melalui jurnalnya, Williams menyatakan kombinasi ciri-ciri penyakit pada kanak-kanak itu antaranya masalah jantung, saluran injap yang sempit, masalah saluran usus serta memiliki bentuk wajah yang agak unik.

williams syndrome chromosome 7
Kromosom 7

Sindrom Williams adalah penyakit genetik yang bukan berpunca daripada ibu atau bapa.

Sebaliknya ia berlaku apabila secebis bahagian pada kromosom nombor 7 telah hilang. Kromosom nombor 7 adalah kilang untuk memproses protein bagi menghasilkan elastin yang berfungsi membesarkan salur-salur darah, kulit dan rongga mengikut usia bermula dari dalam kandungan.

Kehilangan sebahagian cebisan ini menyebabkan 70 hingga 80% penghidap Sindrom Williams berhadapan dengan masalah jantung.

Setiap manusia mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang yang menyimpan 30,000 gen. Apabila terdapat sedikit kecacatan pada kromosom itu, ia akan membentuk pelbagai komplikasi dalam tubuh.

Statistik

Pengesanan Sindrom Williams pada peringkat awal adalah sukar kerana ia tidak mempunyai ciri-ciri khusus yang lebih tepat seperti mana yang mudah dikenali pada kanak-kanak Sindrom Down.

Setiap tahun dianggarkan 500,000 kelahiran di seluruh dunia dan kira-kira 20,000 bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan.

Di Malaysia dianggarkan 3 hingga 5% bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan kelahiran yang sebahagiannya ialah PJJ.

williams syndrom heart complication
Komplikasi Jantung

Jika tidak diagnosis lebih awal, Sindrom Williams boleh mengancam nyawa kerana komplikasi yang dihadapi, terutamanya membabitkan jantung.

Sekiranya doktor mendapat maklumat awal yang lengkap, Sindrom Williams boleh didiagnosis pada peringkat awal dengan menjalankan beberapa ujian khusus terutama yang membabitkan masalah jantung.

Kemudian, pesakit akan terus dirujuk kepada doktor kardiologi untuk menjalankan pembedahan jantung ataupun injap yang sempit bagi menyelamatkan bayi atau kanak-kanak Sindrom Williams.

williams syndrome awareness week
Perkembangan Otak

Perkembangan otak bayi dan kanak-kanak Sindrom Williams juga agak lambat berbanding kanak-kanak biasa. Ini menyebabkan perkembangan dan pembelajaran mereka menghadapi sedikit masalah.

Ibu bapa yang mengesan kelainan pada anak mereka ketika lahir perlu merujuk kepada doktor agar dapat diberi perhatian awal dan menjalani terapi.

Dengan rawatan awal juga anak-anak ini boleh ditempatkan di sekolah khas agar mereka boleh hidup berdikari dan tidak ketinggalan berbanding rakan-rakan sebaya yang normal.

Williams synrome face
Peramah, Mudah Ketawa

Bagaimanapun di sebalik kekurangan itu, kebanyakan pesakit Sindrom Williams mempunyai keunikannya tersendiri di mana mereka adalah seorang yang sangat peramah serta mudah ketawa.

Dikenali dengan wajah ceria (happy face), kajian menunjukkan pesakit Sindrom Williams mempunyai memori pendengaran yang lebih tinggi berbanding orang normal.

Walaupun peramah, pertuturan mereka sukar difahami. Namun, memori pendengaran mereka sangat tinggi dan ini menyebabkan kebanyakan mereka sangat menyukai muzik.



Lagi info tentang SINDROM WILLIAMS di sini.






Jom bincang artikel di atas...


Blog Widget by LinkWithin

ShareThis

DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!




- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


ANGEL FOOT

Merawat kulit kaki kasar, keras dan merekah
Kulit menggelupas dalam 2 minggu
Hasilnya kulit kaki baru yang lebih lembut!!


Dapatkan di Kedai Maya Sihat Selalu


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


Top 20 Artikel Bahasa Melayu

1. Masalah Perut Kembung/Berangin
2. Tanda dan Rawatan Gastrik
3. Teknik Membesarkan Saiz Zakar
4. Kegunaan dan Khasiat Halia
5. Punca dan Rawatan Buasir
6. Khasiat Tomato - Cantikkan Wajah/Kulit
7. Cara Merawat Buasir
8. Waktu Subur Wanita
9. Khasiat Betik
10. Khasiat Tomato
11. Fahami Fakta Payudara Wanita
12. Orgasma Pengukur Kepuasan Seks
13. Cacar Air (Chicken Pox)
14. Sel Darah Putih Punca Leukimia
15. Hidung Berdarah
16. Isteri Pura-pura Orgasma
17. Labu Kaya Khasiat
18. Punca Kulit Kusam dan Rawatan Laser
19. Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah
20. Kencing Manis Punca Sakit Jantung


Top 20 English Articles

1. Sex During Pregnancy
2. Androgens - Male Sex Hormones
3. Hitting G-Spot
4. Gender Identity Disorder
5. Girl's First Period
6. Body Adiposity Index Better Than BMI
7. FAQ on Rabies
8. Water for Health
9. Lumps in the Neck
10. Top 10 Causes of Bleeding After Sex
11. FAQ on Kawasaki's Disease
12. What Is Vaginitis?
13. FAQ on Thalassemia
14. Care for Chickenpox
15. Haemophilia - Royal Disease
16. Baby Fever
17. Abortion (Pictures)
18. Common Myths About Suicide
19. Blood Donation Tips
20. Types of Milk