DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!



------------------

Nak tau DISKAUN & PROMOSI terkini
di Kedai SIHATSELALU? Dapatkan maklumat di
FB SIHATSELALU! << Klik!

Terapi Haba Untuk Sakit Belakang


Berdasarkan budaya perubatan Melayu, terapi haba seperti bertungku sememangnya amat digalakkan oleh orang-orang tua, terutamanya bagi wanita yang baru bersalin. Rasa panas tersebut bukan sahaja memberikan kesegaran dan rasa 'rileks', malah boleh memberikan kesan menghilangkan kesakitan (pain relief) dan penyembuhan bagi sakit belakang.

Tambahan pula ia merupakan satu kaedah yang murah dan mudah dilakukan.

Bagaimana Terapi Haba Berfungsi

Sakit belakang (bahagian bawah) biasanya terjadi akibat ketegangan (contohnya duduk dalam waktu yang lama) dan kerja berat, menyebabkan otot dan tisu lembut di sekitar tulang belakang menjadi tegang. Akibatnya, peredaran darah menjadi terhad dan tidak lancar, mengakibatkan isyarat sakit (pain signal) dihantar ke otak.

Otot yang kejang pada bahagian belakang boleh menyebabkan rasa tidak selesa yang sederhana sehinggalah sakit belakang yang amat menyeksakan. Antara kaedah yang boleh mengurangkan atau menghilangkan kesakitan ini adalah dengan cara terapi haba.


Terapi haba berfungsi dengan cara berikut :

* Terapi haba mengembangkan saluran darah pada otot disekeliling tulang belakang. Proses ini meningkatkan aliran oksigen dan nutrien kepada otot, seterusnya menolong menyembuhkan tisu yang rosak

* Haba merangsang reseptor deria rasa pada kulit. Ini akan mengurangkan transmisi isyarat sakit kepada otak dan mengurangkan rasa kesakitan

* Haba akan meregangkan tisu-tisu lembut di sekitar tulang belakang, termasuklah otot dan tisu penghubung. Kesannya, daripada terapi haba, akan mengurangkan ketegangan dan 'kekerasan' (stiffness) tisu dan juga kecederaan. Dalam masa yang sama, akan menambahkan fleksibiliti dan rasa lebih selesa. Fleksibiliti adalah sangat penting bagi tulang belakang yang sihat


Kelebihan

Terdapat beberapa kelebihan terapi haba yang menjadikannya yang terbaik. Jika dibandingkan dengan terapi yang lain, terapi haba amat murah (malah percuma - contohnya mandi air panas).

Terapi haba juga amat mudah dilakukan - ia boleh dilakukan di rumah sambil berehat. Sekarang ini dengan adanya produk-produk terapi haba yang mudahalih, bukan saja ia boleh dipakai di tempat kerja, malah semasa memandu pun boleh digunakan.

Bagi sesetengah orang, terapi haba lebih berkesan jika digabungkan dengan terapi yang lain, seperti terapi fizikal dan senaman. Jika dibandingkan dengan perubatan yang lain, terapi haba lebih sepatutnya menjadi pilihan kerana ia tidak melibatkan pembedahan/suntikan dan juga ubat-ubatan.


Jenis

Terdapat dua pilihan terapi haba, iaitu kepanasan lembab (moist heat) dan kepanasan kering (dry heat):

# Kepanasan kering, seperti pad panas elektrik (electric heating pad) dan sauna. Cara ini merupakan kaedah yang paling mudah dan memberikan kesan yang baik. Secara tradisional, biasanya kita menggunakan batu tungku

# Kepanasan lembap, seperti mandi air panas, tuala stim dan moist heating pack boleh membantu menyalurkan haba ke dalam otot. Sesetengah pesakit mungkin merasakan cara ini lebih berkesan


Kaedah

Produk terapi haba yang berkesan adalah yang boleh mengekalkan tahap kepanasan pada suhu yang sesuai. Tahap kepanasan perlu ditetapkan pada suhu yang tidak membahayakan kulit (seperti melecur). Yang perlu dipastikan ialah kepanasan tersebut 'meresap' ke dalam otot.

Lebih lama kepanasan dikenakan pada otot adalah lebih baik. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada jenis dan tahap kesakitan/kecederaan. Untuk kesakitan biasa, terapi haba yang singkat (15 hingga 20 minit) mungkin sudah mencukupi. Untuk kesakitan yang teruk, sesi yang lama mungkin lebih berkesan (30 minit ke dua jam, atau lebih lama).

Sebagai langkah berhati-hati, pastikan ada alas (seperti kain) antara kulit dan sumber haba untuk mengelakkan kepanasan melampau atau melecur. Jangan lakukan terapi haba jika belakang anda bengkak atau lebam.




Dapatkan TUNGKU ELEKTRIK
untuk rawatan terapi haba di

Kedai SihatSelalu!!




Lagi info tentang TERAPI HABA di sini.





Jom bincang artikel di atas...


Blog Widget by LinkWithin

ShareThis

DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA!
PERMATA YANG HILANG

Hadiah ISTIMEWA untuk pengunjung SihatSelalu
E-book Seni Nafkah Batin - 'KamaSutra' Versi Melayu
Lihat isi kandungan di SINI
Dapatkan secara percuma di e-mel anda!!




- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


ANGEL FOOT

Merawat kulit kaki kasar, keras dan merekah
Kulit menggelupas dalam 2 minggu
Hasilnya kulit kaki baru yang lebih lembut!!


Dapatkan di Kedai Maya Sihat Selalu


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


Top 20 Artikel Bahasa Melayu

1. Masalah Perut Kembung/Berangin
2. Tanda dan Rawatan Gastrik
3. Teknik Membesarkan Saiz Zakar
4. Kegunaan dan Khasiat Halia
5. Punca dan Rawatan Buasir
6. Khasiat Tomato - Cantikkan Wajah/Kulit
7. Cara Merawat Buasir
8. Waktu Subur Wanita
9. Khasiat Betik
10. Khasiat Tomato
11. Fahami Fakta Payudara Wanita
12. Orgasma Pengukur Kepuasan Seks
13. Cacar Air (Chicken Pox)
14. Sel Darah Putih Punca Leukimia
15. Hidung Berdarah
16. Isteri Pura-pura Orgasma
17. Labu Kaya Khasiat
18. Punca Kulit Kusam dan Rawatan Laser
19. Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah
20. Kencing Manis Punca Sakit Jantung


Top 20 English Articles

1. Sex During Pregnancy
2. Androgens - Male Sex Hormones
3. Hitting G-Spot
4. Gender Identity Disorder
5. Girl's First Period
6. Body Adiposity Index Better Than BMI
7. FAQ on Rabies
8. Water for Health
9. Lumps in the Neck
10. Top 10 Causes of Bleeding After Sex
11. FAQ on Kawasaki's Disease
12. What Is Vaginitis?
13. FAQ on Thalassemia
14. Care for Chickenpox
15. Haemophilia - Royal Disease
16. Baby Fever
17. Abortion (Pictures)
18. Common Myths About Suicide
19. Blood Donation Tips
20. Types of Milk