This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sel Stem Darah Periferal


oleh Rosmah Dain

Menerusi mekanisme perubatan dan teknologi terkini, dibantu pula penggunaan peralatan dan mesin ia membolehkan pelbagai kaedah baru ditemui untuk rawatan pelbagai penyakit.

Kaedah penyimpanan stem sel misalnya banyak membantu pesakit. Kini individu boleh menyimpan 'darah' yang mengandungi sel-sel mereka sendiri untuk kegunaan pada masa depan menerusi sistem 'perbankan' yang ditawarkan.


Pastinya ramai di kalangan kita pernah mendengar mengenai kejayaan perubatan dan faedah yang didapati menerusi penyimpanan sel stem menerusi bank darah tali pusat yang diambil ketika bayi dilahirkan.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Darah daripada tali pusat itu akan disimpan untuk jangka masa panjang bagi kegunaan bayi tersebut pada masa depan sekiranya diperlukan.

Sekarang, bagi mereka yang telah terlepas peluang untuk menyimpan sel stem sendiri (yang hanya boleh dilakukan ketika proses kelahiran dahulu) kini boleh melakukannya menerusi proses yang serupa.

Sel stem itu boleh digunakan semula sekiranya keadaan memerlukan pada masa depan.

Peripheral Blood Stem Cells (PBSC)

Peripheral Blood Stem Cells (PBSC) atau sel stem darah periferal yang diambil merupakan darah sel stem dewasa.

PBSC diperoleh daripada periferal darah dan telah menunjukkan potensi berkesan membantu keadaan darah yang rosak, kecederaan akibat bersukan, kecederaan trauma dan luka kronik.


Proses pengumpulan sel stem dilakukan ke atas pesakit dengan memastikan tiada sebarang kerosakan sel berlaku ketika proses simpanan darah itu dilakukan bagi kegunaan jangka panjang.

Prosedur itu juga akan memastikan pengumpulan sel stem dalam jumlah yang banyak sekali semasa proses itu dilakukan.

Suntikan G-CSF

Suntikan G-CSF (faktor untuk merangsang sel stem) akan dilakukan untuk merangsang sel dalam tulang sum-sum bagi mereplikakan dan menambahkan jumlah sel. Sel stem itu akan memasuki pembuluh darah di mana ia akan mudah dikumpulkan.

Ketika prosedur pengambilan darah sel stem dilakukan, anda akan diminta duduk dengan selesa dan sel stem akan dikumpulkan dalam tempoh 4 hingga 5 jam.

Darah ini akan dikeluarkan dari lengan anda, berputar dalam mesin apheresis (untuk sel stem diekstrakkan). Darah yang tinggal akan dikembalikan semula ke dalam tubuh pesakit di bahagian lengan yang sebelah lagi. Ia merupakan satu proses yang mudah dan tidak menyakitkan.

Sel stem itu kemudiannya akan dipindahkan ke makmal untuk proses selanjutnya termasuk pengiraan jumlah sel.

Kegunaan Masa Depan

Ia kemudiannya akan disediakan sama ada untuk kegunaan individu itu secara serta-merta atau disimpan untuk kegunaan bagi tempoh yang telah ditetapkan.

Sel stem akan disimpan dalam tangki simpanan cryogenic dengan suhu di paras negatif 196 darjah celcius.

Kaedah penyejukbekuan ini memastikan sel stem anda kekal dengan kualiti dan kuantiti yang sama ketika ia diekstrakkan. Jika ia diperlukan, sel ini akan dikeluarkan untuk kegunaan anda pada saat ia diperlukan.



Lagi info tentang SEL STEM di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Sakit Sendi Kronik


oleh Hafizah Iszahanid

Adakah anda sering sakit pada sendi pinggul/tulang belakang setiap kali duduk dalam tempoh yang lama, tidur terlentang malah menyukarkan pergerakan? Lebih sukar lagi, kesakitan anda itu seakan-akan tidak berkesudahan meskipun sudah berjumpa ramai doktor dan memakan pelbagai jenis ubat.

Jika kesakitan yang anda alami itu berlarutan melebihi 6 bulan dan doktor yang merawat pula tidak mengetahui apa sebenarnya penyakit anda, kemungkinan besar anda mengalami apa yang dikenali sebagai kesakitan kronik.


Kesakitan itu mungkin sakit tulang belakang, migrain atau apa-apa kesakitan yang gagal dikenal pasti atau diagnosis tepat oleh doktor dan menyebabkannya berpanjangan melebihi 6 bulan.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Saraf Luarkawal

Kesakitan itu dipercayai berpunca daripada perubahan biokimia dan morfologi pada saraf pusat (neuroplasticity) yang sukar difahami hingga menyebabkan fungsi saraf di luar kawalan.

Kajian di Malaysia, misalnya menunjukkan antara 20 ke 30% kesakitan kronik ini tidak dirawat dengan tepat oleh doktor. Tersilap diagnosis menyebabkan rawatan yang diberikan tidak tepat dan kesakitan akan berpanjangan.

Antara kesakitan yang kerap menjadi kesakitan kronik ialah sakit pada bahagian belakang. Ia boleh terjadi disebabkan disk yang tergelincir, sendi faset (sindrom sendi faset) atau akar saraf yang terkeluar.


Sindrom Sendi Faset

Sendi faset adalah penghubung antara vertebra dalam tulang belakang. Sama seperti sendi lain misalnya lutut atau siku, ia membolehkan pergerakan seperti membengkok.

Masalah terjadi jika sendi itu radang disebabkan kecederaan atau arthritis yang menyebabkan rasa sakit dan ketegangan. Ia boleh terjadi pada tahap yang kronik atau akut dan kesakitan itu boleh datang dan pergi mengikut aktiviti yang dilakukan.

Jika kesakitan terjadi di bahagian pinggang, pesakit akan berasa sakit apabila duduk atau berdiri. Kalau duduk lama, dia berasa lenguh pada pinggang dan hanya lega apabila berbaring. Rasa sakit bertambah jika mendongak dan memusingkan badan ke belakang. Misalnya apabila duduk tahiyyat ketika bersolat.

Sakit Leher

Kesakitan bahagian leher pula menyebabkan sakit belakang tulang tengkuk, pening pada bahagian belakang kepala hingga ke ubun-ubun dan sakit pada otot leher, bahu atau belikat.

Biasanya penyakit ini juga disusuli dengan kekejangan otot leher atau belakang. Jika berlarutan (kronik) ia dikenali dengan sindrom sakit miofasia.


Rawatan

Ada lebih daripada satu teknik rawatan dan lebih daripada satu jenis ubat untuk menangani masalah begini. Umumnya, pesakit akan diberikan ubat, atau menggunakan kaedah rawatan lain misalnya tampalan koyok atau fisioterapi.

Bagaimanapun, jika semua kaedah ini gagal, suntikan radio frekuensi akan dilakukan. Kaedah rawatan ini selamat dengan syarat ia dikendalikan oleh pakar yang betul. Walaupun ia hanya membabitkan suntikan, namun ia perlu dilakukan oleh pakar penyakit kronik yang terlatih.

Di Malaysia, hospital kerajaan yang memiliki kepakaran dalam bidang ini adalah HUSM.

Tiga langkah keselamatan utama akan dibuat bagi memastikan saraf yang bakal disuntik adalah saraf yang tepat. Kesilapan diagnosis dan kesilapan saraf boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang lain pula.


Suntikan Radio Frekuensi

Prosedur suntikan radio frekuensi (radio frequency ablation (RFA)) menggunakan arus elektrik berfrekuensi tinggi yang disalurkan melalui jarum. Ia bertindak melumpuhkan saraf yang sakit dengan menghalang transmisi isyarat kesakitan.

Suntikan ini berfungsi untuk membantutkan isyarat sakit berpunca daripada sendi faset. Jadi pesakit akan berasa lega serta-merta. Ia dilakukan dalam dewan bedah di bawah kawalan sinar-X dan mengambil masa antara 40 minit hingga satu jam bergantung kepada sendi yang disuntik.

Prosedur suntikan radio frekuensi juga membantu pesakit yang berhadapan dengan sakit kronik yang berkaitan dengan penuaan sendi disebabkan arthritis. Tahap kelegaan kesakitan pelbagai bergantung kepada punca dan lokasi. Namun 70% daripada pesakit yang dirawat dengan RFA berjaya menangani kesakitan.


Sindrom Kesakitan Kronik

* Mengadu sakit yang tidak pernah lega.

* Mengadu sakit yang pada beberapa tempat di tubuh badan.

* Kesan sampingan dari berbagai ubat yang digunakan yang ketara.

* Emosi yang terganggu seperti marah, kemurungan dan kurang semangat/motivasi.

* Tidur yang terganggu.

* Fizikal tubuh badan dan fungsi yang makin merosot. Tubuh jadi lemah, kurang stamina dan fleksibel (physical deconditioning).

* Cemas dan cuba elakkan pergerakan yang akan mengembalikan rasa sakit.

* 'Perilaku kesakitan' seperti suka berehat, suka mencuri perhatian, suka bercakap pasal kesakitan yang dirasai.

* Konflik keluarga dan perkahwinan.

* Berpindah dan berjumpa dengan banyak doktor.

# Tidak mampu bekerja ataupun mengalami kesukaran untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja.

# Kurang memahami masalah kesakitan yang dialami.

# Masalah kewangan dan isu pampasan dengan syarikat insuran.


Penyebab Kesakitan Kronik

# Sakit tulang belakang, sama ada pinggang dan tengkuk.

# Sakit sendi (osteoarthritis, rheumatoid arthritis).

# Sakit kepala (migrain atau bukan migrain).

# Sakit saraf (neuropathic pain).

# Sakit yang berpunca daripada kanser.

# Sakit otot dan fasia (myofascial pain syndrome, fibromyalgia).

# Sakit selepas pembedahan atau kecederaan.

# Sakit yang berpunca daripada faktor psikologi.



Lagi info tentang SAKIT SENDI di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

FAQ on Panic Disorder


by Dr. Y.L.M

I’ve heard about panic disorders. What are they? Does it mean a disorder where one panics easily all the time?

First of all, we must understand what a panic attack is. A panic attack is what you experience in a period of intense fear or discomfort. It comes on suddenly, and you don't really understand why, because it is often in a place you are familiar with and there seems to be nothing threatening around.


But when the panic attack comes, it is as though you are really being threatened by something. So your body's adrenaline starts flowing. In a panic attack, you may experience:



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


* Sweating

* Shortness of breath or difficulty breathing

* Feeling of a rapid or pounding pulse/heart beat (palpitations)

* Chest pain or discomfort

* Feeling unsteady

* Choking sensation

* Numbness or tingling in your hands, feet or legs

* Chills or hot flashes

* Faintness

* Trembling or shaking

* Nausea or abdominal pains, cramping

* Feeling unreal or disconnected

* Fear of losing control, going crazy, or dying

It's of course rare to experience all of these at one go. But people who have panic attacks sometimes think they have a heart attack.




Is a panic attack something to be worried about? Can't I just let it go away and pretend it never happened?

No. If you have a panic attack, you must seek a doctor's advice. This is because you're at risk of:

* Anticipatory anxiety – This is triggered by just thinking about the possibility of having another panic attack. This can cause you to become reclusive, avoiding people.

* Avoidance – If you have panic attacks, you may feel like not doing activities that seem to trigger panic attacks, such as driving, being inside elevators, or going to work. While this may temporarily help you with the fear of the attack, it makes it very difficult for you to have a normal working or social life. It also does not stop the attacks from occurring.

* Agoraphobia – This is quite common with panic disorders. Agoraphobia is the fear of being in places or situations from which escape might be difficult or in which help might not be easily available. So because you are afraid of panic attacks, you might be too afraid to go to public places, crowds, or even to travel by bus or plane. You may be too afraid to leave your home!



What’s the difference between a panic attack and a panic disorder then?

Panic attacks are part of panic disorder – if you have more than one panic attack, and they are accompanied by at least four of the above mentioned symptoms.

Is panic disorder more common in men or in women?

Panic disorders are two times as common in women as men. It's especially common in people who are in their 20s. The first attack can sometimes be triggered by a particularly stressful event in the person's life, such as losing a loved one, or a divorce, or exams, or losing a job.

Panic disorders seems to be inherited as well. It's not such a good disorder to have because 50% of all patients are prone to depression, and also drug or alcohol abuse.


Can a panic disorder be treated?

Yes. There are two types of treatments. One is called cognitive-behavioural therapy. This has 5 fundamental stages:

# Learning – in which the disorder is taught to the patient, and the patient learns to identify the symptoms.

# Monitoring – patients keep a diary to monitor panic attacks and record anxiety-inducing situations.

# Breathing – patients are taught breathing relaxation techniques to combat the physical reactions of a panic attack.

# Rethinking – the patient is helped to change her interpretation of her physical symptoms (to something that won't hurt her).

# Exposing – the patient encounters situations in therapy that invoke the panic attacks at levels of gradually increasing intensity.

The other type of treatment involves drugs. Anti-depressants, benzodiazepines, and other medications are used.



More info on PANIC DISORDER here.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Punca dan Kesan Urat Simpul


oleh Bintu Rasyada A. Rahman

Pernahkah anda melihat wanita yang memiliki urat-urat timbul di bahagian kaki yang kadangkala kelihatan bersimpul-simpul dan berwarna biru? Atau mungkin anda sendiri mengalaminya namun sehingga kini tidak tahu rawatan sesuai yang mampu menangani masalah itu?

Jika anda penderita masalah urat simpul, setuju andai dikatakan urat-urat itu sangat merunsingkan fikiran anda sekali pun kaki bagi sesetengah daripada kita merupakan bahagian yang sering ditutup. Dan sekali pun ada sesetengah penghidap tidak berasa sakit, urat simpul tetap dianggap beban kerana ia melibatkan masalah kosmetik kekal pada individu terbabit yang semestinya tidak boleh dirawat dengan cara biasa.

Urat Membiru

Urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

Memudahkan pemahaman, vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik. Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti.

Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak berkerja. Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.

Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Terdapat juga di bahagian lain seperti vagina namun ia jarang berlaku.


Sering Dialami Wanita

Urat simpul adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita tetapi lelaki juga tidak terkecuali. Sebanyak 20% wanita mempunyai vena varikos dan 50% daripadanya disebabkan keturunan dan mengandung.

Ia mula berlaku ketika mereka berumur antara 20 dan 30 tahun atau selepas mengandung. Terdapat juga individu yang mengalami vena varikos sejak dari usia belasan tahun lagi.

Ketika mengandung, pertambahan hormon progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena. Pengambilan pil cegah hamil (mengandungi testosteron) memburukkan lagi masalah urat simpul.

Lelaki tidak terkecuali mengalami masalah urat simpul iaitu 10% yang mengalaminya disebabkan keturunan.

Mereka yang berdiri terlalu lama (pekerjaan yang memerlukan berbuat demikian seperti jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya) serta mereka yang mengalami obesiti juga terdedah menderita urat simpul akibat kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan.


Kesan Urat Simpul

Mereka yang mengalami masalah urat simpul akan berasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh. Pesakit katanya berkemungkinan mengalami kekajangan pada waktu malam dan lebih teruk lagi, ada juga pesakit yang mengalami gatal-gatal pada kulit. Disebabkan masalah tersebut, pesakit akan mula menggaru hingga terjadi ulser, dermatitis dan ekzema.

Pesakit urat simpul juga akan terasa seperti urat mereka akan pecah sekiranya berdiri terlalu lama.


Lagi info tentang URAT SIMPUL di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Pundi Kencing Terlalu Aktif (Overactive Bladder)


oleh Suzan Ahmad

Tahukah anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).


Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka - malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (incontinent) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian.

Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat. Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Silap jika ada yang beranggapan masalah ini cuma dihadapi mereka di peringkat usia lanjut kerana gadis remaja pun tidak terkecuali. Kajian yang dilakukan ke atas wanita di 11 negara di Asia mendapati 53.1% individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah itu.

Punca OAB

Apakah puncanya OAB ini? Ia disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas. Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga 2 kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk kencing.

Bagaimanapun OAB juga wujud pada individu yang mempunyai sistem saraf yang normal. Sebagai contoh jangkitan saluran kencing, batu karang atau ketumbuhan pundi kencing boleh menyebabkan aktiviti melampau pada otot 'detrusor' yang membawa gejala OAB. Apapun, punca sebenar yang menyebabkan OAB masih tidak dapat dipastikan.


Ciri Utama

OAB boleh dilihat berdasarkan 3 ciri utama iaitu kekerapan, terdesak/gesaan dan bangun malam.

Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB.

Keadaan ini bukan saja merimaskan malah menyusahkan pesakit. Bayangkan mereka terpaksa ke tandas sebegitu kerap. Malah rasa gelisah sering melanda apabila mereka terpaksa melakukan tugasan penting seperti bermesyuarat sedangkan mereka asyik ke tandas.

Selain itu, tidur dan rehat pesakit dan pasangannya juga boleh terganggu kerana sering terbangun malam untuk buang air kecil.


Jejas Kualiti Hidup

Masalah kekerapan ke tandas menyebabkan penghidap OAB terpaksa remeh memikirkan lokasi tandas berhampiran tempat dituju. Akibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas.

Ramai yang menghidap OAB keberatan untuk mendapatkan rawatan walaupun sekian lama terganggu akibat desakan untuk ke tandas. Ada yang malu untuk membincangkan secara terbuka manakala ramai yang menyangka ia adalah sebahagian daripada proses penuaan dan tidak memerlukan perhatian dari segi perubatan.


Rawatan

OAB adalah penyakit yang disahkan dan boleh dirawat dengan bantuan perubatan. Malah amalan senaman yang betul seperti senaman Kegel untuk melatih otot pelvik; melatih otot vagina; stimulasi elektrikal lantai pelvik selain terapi untuk melatih tabiat buang air kecil yang lebih sistematik boleh membantu.

Jenis ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah kesihatan ini ialah oxybutinin (ditropan), tolterodine, darifenacin dan terbaru dalam kumpulannya ialah solifenacin atau vesicare.

Faktor Risiko OAB

# Usia yang lanjut (20% populasi berusia 70 ke atas mungkin akan melaporkan tanda OAB)
# Strok
# Kecederaan saraf tunjang
# Dementia
# Penyakit Parkinson
# Diabetes
# Pembesaran prostat
# Pembedahan prostat
# Hamil kembar


Tip Tangani OAB

* Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya.

* Jauhi minuman kafein.

* Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.

* Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.

* Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.

* Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap 2 atau 3 jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.

* Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.

* Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.

* Kekalkan berat badan yang ideal.


Lagi info tentang KERAP KENCING di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Types of Headaches


by Dr. Nor Ashikin Mokhtar

There's a reason why the clich├ęd phrase, "Not tonight, dear, I have a headache", always appears in the speech bubble above a woman's head, instead of a man's.

It is not sexist to say that women suffer from headaches more often than men. It's simply a biological truth. Women's fluctuating hormone levels are the main reason for this, as the hormone levels can cause chemicals in the brain to rise and fall, leading to headaches during certain times.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


This is not to say that all women constantly suffer headaches and men do not. Environmental and social factors like stress can contribute to headaches in both men and women.

Not all headaches are the same. Different types of headaches have different causative factors. If you know what type of headache you are prone to, you can learn how to prevent or treat them when they occur.

In this article, six common types of headaches will be described.


1. Tension Headaches

This type of headache is the most common in both women and men. It results in a dull ache on both sides of your head, triggered by stress, fatigue, or hunger.

A tension headache is different from a migraine because it does not cause nausea or sensitivity to light, sound or smells, neither does it get worse with regular activities like walking.

The triggers of tension headaches are sometimes unavoidable, but fortunately, this type of headache can be treated with over-the-counter painkillers.


2. Migraines

Women are believed to be more prone to migraines than men because hormonal changes are one of the triggers of migraines, which is why it can occur more frequently during menstruation.

The vast range of other triggers includes certain types of food and drink (e.g. aged cheeses, red wine, and coffee), nicotine and cigarette smoke, sudden changes in weather, over-sleeping, strong smells and, for some, even sex.

Like tension headaches, migraines can also be triggered by stress, lack of sleep, and emotional upsets. But the difference with migraines lies in the symptoms – the pain is sometimes only on one side of the head, it causes nausea and/or vomiting, and there is sensitivity to light, sounds, and motion.

Some people with migraines notice a warning 'aura' before the migraine occurs, while others don't. The aura takes the form of flashing lights, or spots and lines floating in front of the eyes.

As the migraine triggers are very specific for each person, you can prevent them or reduce the severity by identifying the triggers and avoiding them. You can also see your doctor for specific pain-prevention medications.


3. Sinus Headaches

The sinuses are air-filled cavities in the skull that help insulate the skull. A sinus infection can cause a headache or pressure in the eyes, nose, cheek area, or on one side of the head.

Sinus headaches are treated with decongestants that contain painkillers. Sometimes, your doctor may prescribe antibiotics if there is an infection present.

Sometimes, sinus headaches can be mistaken for migraines, and vice versa. One way to distinguish it is to see whether the headache is accompanied by a fever and thick greenish or yellow mucous. This distinction is important because if you take decongestants for what is actually a migraine, you could make your headache worse.


4. Cluster Headaches

This type of headache is actually more common in men than in women. It is called a cluster headache because it occurs in cluster periods, such as for several days, weeks, or months at a time, followed by a remission where the attacks stop completely.

Cluster headaches cause a sharp, penetrating or burning pain, generally located in or around the eye, that may radiate to other areas of the face, head, neck and shoulders, and is usually one-sided.

Unlike migraines, cluster headaches lead to restlessness, because the person may feel that lying down makes the pain worse.

Unfortunately, over-the-counter painkillers often do not work for cluster headaches. You should see a doctor for prescription medications, such as triptans, or other specific medications.


5. Rebound Headaches

Ironically, popping too many painkillers can set you up for a never-ending cycle of headaches. These are called rebound or medication-overuse headaches.

You may be getting rebound headaches if you're taking over-the-counter painkillers or sinus headache formulas with a decongestant at least 15 days a month, or prescription painkillers at least 10 days a month.

What happens is that your threshold for pain is lowered as your body's pain receptors become overly sensitive when the dose of painkiller wears off.

It won't be easy to wean yourself off the pain medications. But you have to, because the vicious cycle could go on and on, with no relief. Ask for your doctor for help, and explore other remedies for relieving pain, such as acupuncture, yoga, or medication.

Most importantly, do not self-medicate rebound headaches by trying other medications on your own.


6. Exercise Headaches

Some women suffer from headaches right after physical activity, particularly strenuous exercise. These are actually called exertional headaches, which are a group of headaches associated with some form of physical strain, such as exercise or even sex.

This type of headache is closely related to migraines, as it often occurs in those who have inherited a tendency for migraines. Most exercise or exertion headaches are harmless and can be treated with simple painkillers.

However, if it's a new, severe headache that occurs after exercise, especially if you're not prone to migraines, it could be a sign of something more serious, such as abnormalities in the brain or other diseases. It is better to be safe by seeing your doctor immediately.

This is no reason to stop exercising completely. Exercise reduces stress, helps you sleep, and increases endorphins (chemicals in your brain that act as natural painkillers).

What you can do is avoid activities that make your head bob up and down, such as jogging, and switch to cycling or swimming instead. Drink plenty of water before, during, and after your workout, warm up gradually, and exercise in a cool environment.

In Control

Headaches are no joking matter. They can make you want to curl up in bed and avoid the rest of the world. Learning to recognise the different types and their causes can help you to be in control of the pain.



More info on HEADACHE here.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Hapuskan Parut Jerawat


Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat. Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri. Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan.

Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Rawatan Awal

Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat.

Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting.

Doktor boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan proses remodeling kulit. Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh mempercepatkan proses remodeling kulit.

Jangan memicit jerawat atau parut jerawat. Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku.

Penggunaan krim antioksidan seperti Vitamin C juga membantu memulihkan kesan jerawat.


Rawatan Laser

Dengan kemajuan teknologi laser dermatologi/aesthetic, kini rawatan yang paling berkesan untuk rawatan parut jerawat adalah dengan menggunakan laser. Dua jenis laser yang paling berkesan adalah laser CO2 (karbon dioksida) atau Erbium Yag.

Kedua-dua laser ini adalah dalam kategori ablative. Ia bermaksud akan meratakan kawasan kulit yang dirawat dengan laser.

Ia juga akan merangsang kulit untuk membentuk kolagen. Ini menyebabkan kulit akan kelihatan lebih tegang, kesan parut jerawat kurang dalam serta pori-pori muka kelihatan lebih halus. Proses rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi di antara 6 ke 8 minggu.


Tips Jerawat

Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja. Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk.

1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur-sayuran juga mempunyai antioksidan yang tinggi.

2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan.

3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.

4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur.


Rawatan Lain

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah-langkah di atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peeling, photofacial dan rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit.

Parut di muka selalunya disebabkan oleh kesan jerawat. Namun begitu ia juga boleh disebabkan kesan kecederaan seperti terbakar atau luka.

Setakat ini belum ada produk yang boleh merawat kesan parut dengan berkesan. Jika parut itu tidak dalam, rawatan seperti chemical peeling dan micro-dermabrasion boleh membantu mengurangkan masalah parut.

Tetapi jika parut itu dalam dan banyak, rawatan yang sesuai adalah laser CO2 atau Erbium YAG. Rawatan yang diperlukan adalah sebanyak 3 ke 5 sesi. Rawatan ini adalah yang terbaik untuk masalah parut.


Jerawat di Badan

Untuk merawat jerawat di badan, anda dinasihatkan untuk mengambil antibiotik yang sesuai seperti Minocycline HCL. Ini bertujuan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat itu bengkak dan sakit.

Semasa rawatan antibiotik, anda perlu menggunakan krim Benzoyl peroxide (seperti jenama Oxy) agar rawatan lebih berkesan. Jika jerawat tersebut mempunyai blackhead, rawatan seperti krim tretinoin perlu digunakan. Namun begitu anda dinasihatkan bertemu doktor untuk mengenal pasti rawatan yang sesuai.


Rawatan Terkini

Untuk rawatan terkini, terdapat 2 jenis laser yang sangat berkesan untuk merawat jerawat iaitu Isolaz yang mendapat kelulusan untuk merawat jerawat tahap 1 hingga tahap 6 dan laser long pulse Nd:Yag. Kelebihan rawatan ini adalah ia ringkas, tidak sakit dan sangat berkesan.


Lagi info tentang JERAWAT di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Ubat Kumur Cegah Kanser Mulut


April 2011

GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan ubat kumur halal daripada akar pokok bonsai Kesinai yang boleh digunakan untuk mencuci dan mencegah penularan kanser mulut.

Penemuan dibuat Dr. Md Azman PKM Seeni Mohamed dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) itu memberi pilihan kepada orang ramai berbanding ada ubat pencuci mulut yang turut mengandungi alkohol.


Ubat kumur ciptaan Dr Md Azman yang diberi nama 'SA-Cleanse', yang dijangka berada di pasaran tidak lama lagi, dihasilkan daripada rebusan akar pokok Kesinai, sejenis tumbuhan herba.

Berdasarkan ujian makmal yang dilakukan ke atas sel manusia, bahan itu boleh membunuh bakteria mulut seperti Streptococus Sobrinus, merencatkan pertumbuhan kanser tulang dan kanser lidah serta tiada kesan membunuh sel normal atau kesan mutasi.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Pertama di Dunia

Produk itu sudah dipatenkan dan mendapat kelulusan Biro Farmaseutikal Negara. Sebuah syarikat tempatan dijangka akan mengeluarkan produk itu secara komersial tidak lama lagi dan dijangka dijual pada harga antara RM12 hingga RM20 bagi setiap botol bersaiz 250ml.

Bercakap pada sidang media di USM di sini, semalam, Dr Md Azman berkata, hasil kajiannya sejak 2009 dengan kos RM45,000 dengan bantuan pelajar peringkat sarjana, Nur Ayunie Zulkepli dan Ridhwan A Wahab (PhD), adalah pertama seumpamanya di dunia.

"Selain mematikan bakteria mulut, ubat kumur ini menghilangkan bau mulut, mengurangkan dan mencegah bengkak gusi, serta membantu mencegah kanser mulut untuk golongan berisiko tinggi seperti perokok," katanya.

Dr Md Azman berkata, produk yang dihasilkan itu juga membuka lembaran baru kepada pengguna kerana tidak perlu risau mengenai status halalnya, selain pilihan kepada mereka yang menghidap penyakit kanser mulut.

Mengikut statistik dikeluarkan pada 2005, wanita Malaysia menduduki tangga ketiga paling ramai penghidap penyakit kanser mulut di dunia.


Manfaat Pokok Kesinai

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain akar, daun dan ranting pokok Kesinai juga bermanfaat untuk perubatan pada masa depan.

Justeru, kajian akan dilakukan terhadap kegunaan daun dan ranting Kesinai bagi mencegah kanser mulut, kesihatan mulut, kanser pangkal rahim, penyakit prostat dan kesihatan wanita (kosmetik).


Lagi info tentang KANSER MULUT di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Body Adiposity Index (BAI) Better Than BMI


March 2011

CHICAGO (Reuters) - Scientists have developed a new way to measure whether a person is too fat without having people step on the scale.

The new measure, called the Body Adiposity Index, or BAI, relies on height and hip measurements, and it is meant to offer a more flexible alternative to body mass index, or BMI, a ratio of height and weight, U.S. researchers said on Thursday.




Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


BMI Flaws

BMI has been used to measure body fat for the past 200 years, but it is not without flaws, Richard Bergerman of the University of Southern California, Los Angeles, and colleagues wrote in the journal Obesity.

While there are other, more complex ways to measure body fat beyond simply stepping on a scale, BMI is widely used both by researchers and doctors. It is calculated by dividing weight in kilograms by height in meters squared.

A person who is 5 feet 5 inches tall (165 cm) is classified as overweight at 150 pounds (68 kg) and obese at 180 pounds (82 kg).

But there is a lot of wiggle room in that calculation.

For example, women and men with the same BMI might have very different levels of extra flab. BMI numbers cannot be generalized across different ethnic groups or used with athletes, who have extra lean body mass.


BAI Across Racial

The team made the index using data from a Mexican-American population study. They confirmed the scale's accuracy using an advanced device called a dual-energy X-ray absorption or DEXA scanner. Tests in a study of African Americans showed similar findings, suggesting BAI can be used across different racial groups.

BAI is a complex ratio of hip circumference to height that can be calculated by doctors or nurses with a computer or calculator.

The team says BAI still needs some fine tuning, and they still need to test it among whites and other ethnic groups, but they think it has promise as new tool, especially in remote settings with limited access to reliable scales.


"After further validation, this measure can be proposed as a useful measure of percent fat, which is very easy to obtain. However, it remains to be seen if the BAI is a more useful predictor of health outcome, in both males and females, than other indexes of body adiposity, including the BMI itself," the team wrote.

Obesity has become a global epidemic, with more than half a billion people, or one in 10 adults worldwide, considered to be obese - more than double the number in 1980. Obesity-related diseases account for nearly 10% of U.S. medical spending, or an estimated $147 billion a year. - Reuters



More info on OBESITY here.






Jom bincang artikel di atas...



testing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu