This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

300,000 Belia Hidap Diabetes


23 Disember 2012

Kuala Lumpur : Seramai 300,000 orang muda di negara ini didapati menghidapi penyakit diabetes melitus jenis 2 atau dikenali sebagai 'T2DM'.

Pakar Endokrinologi Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Wan Mohamad Wan Bebakar, berkata jumlah penghidap golongan muda itu dikhuatiri meningkat sejajar jangkaan peningkatan penghidap T2DM di seluruh dunia dari 230 juta kepada 440 menjelang 2030.
Katanya, pertambahan bilangan penghidap muda T2DM bermakna risiko berdepan komplikasi penyakit itu pada usia muda juga tinggi.

"Hakikatnya, 20.8 peratus dari rakyat Malaysia ketika ini penghidap T2DM. Apa yang kami khuatiri ialah jumlah penghidap muda yang berusia dalam lingkungan 20-25 tahun meliputi 5 peratus dari jumlah itu.

"Bilangannya lebih besar jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat yang hanya mempunyai 2 peratus golongan muda menghidapi penyakit itu," katanya.


Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan 2011 katanya, seorang dari 5 penduduk di negara ini menghidapi diabetes (kencing manis) dan Malaysia adalah negara yang mempunyai penghidap diabetes dan pradiabetes tertinggi di Asia Tenggara.

"Diabetes jenis ke-2 adalah penyakit kencing manis yang kronik dan pantas merebak jika tidak dikawal.

“Dalam tempoh tertentu, penghidapnya terpaksa mengambil pelbagai jenis ubatan lain bagi merawat komplikasi yang timbul akibat penyakit ini," katanya.

Sumber : BERNAMA


Lagi info tentang INTERNET di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Memujuk Orang Bunuh Diri


Keinginan membunuh diri adalah suatu kecemasan. Ia timbul apabila seseorang berputus asa dan beranggapan kehidupan tidak lagi berguna. Bagi mereka kematian adalah satu-satunya jalan penyelesaian.

Ada pelbagai sebab seseorang mempunyai keinginan membunuh diri. Sebab yang paling utama adalah masalah perhubungan seperti putus cinta atau pertelingkahan keluarga.

Hampir separuh daripada mereka mengalami masalah kemurungan. Ada yang disebabkan penyakit mental lain seperti ketagihan dadah, judi, bipolar dan skizofrenia.

Wanita Lebih Berisiko

Risiko bunuh diri lebih tinggi kalangan mangsa yang berumur bawah 35 tahun.


Kajian menunjukkan wanita 3 kali lebih berpotensi untuk cuba membunuh diri tetapi lelaki biasanya lebih ramai melakukannya.

Kes bunuh diri di kalangan warga emas pula biasanya disebabkan ketidakupayaan akibat kesakitan berpanjangan, kesunyian dan kemurungan.

Apa Perlu Dilakukan?

Jika anda berhadapan dengan situasi di atas, janganlah teragak-agak untuk bertanya adakah rakan anda benar-benar serius memikirkan rancangannya untuk membunuh diri.

Berikan perhatian terhadap jawapannya. Jika jawapannya "ya", dapatkan bantuan dengan segera.


Lihat di sekeliling sekiranya terdapat cara mudah untuk mangsa membunuh diri. Alihkan pandangan tersebut. Ia mungkin senjata tajam, racun atau tempat tinggi yang membolehkan mangsa terjun. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan dan cuba pujuk untuk dibawa ke hospital.

Jika gagal, cuba dapatkan perhatian orang sekeliling untuk tolong menghubungi polis.

Periksa sekiranya mangsa berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

Jika anda merasakan mangsa telah pun mengambil sesuatu yang berbahaya, tanya apakah jenis racun tersebut serta kuantitinya. Maklumat ini mungkin membantu rawatan di hospital.

Banyakkan bercakap agar mangsa dapat meluahkan perasaan. Beritahu mangsa yang kehadiran anda di situ adalah untuk menolong. Yakinkan mangsa yang masalah itu akan dapat diatasi. Jangan sekali-kali berjanji yang anda akan menyembunyikan perbuatan tersebut daripada keluarganya.


Mangsa Bukan Bodoh

Berhati-hati semasa berbicara. Ada beberapa perkara yang tidak seharusnya disebut kerana mangsa mungkin menukar makna ayat dan meneruskan cubaan bunuh diri.

Anda pastinya tidak mahu menyaksikan adegan tersebut di depan mata. Ini kerana pada waktu itu, mangsa tidak lagi mampu berfikir seperti orang yang waras. Sebagai contoh, jangan beritahu ada ramai lagi orang yang bernasib lebih malang di dunia ini. Ingatlah yang mangsa bukannya bodoh.

Mangsa hanya berada dalam keadaan kemurungan yang teruk. Mangsa pastinya tahu ada ramai manusia yang kebuluran di Afrika dan askar yang terkorban semasa berperang di Afghanistan.

Ini hanya akan membuatkannya berfikir betapa tidak adilnya dunia dan mangsa akan menjadi lebih murung.


Lupa Agama

Begitu juga dengan berkata "bunuh diri berdosa besar dan mangsa gerenti akan masuk neraka".

Perlu diingat sekiranya mangsa seorang yang jahil, adakah dia akan percayakan kata-kata anda? Tetapi sekiranya mangsa seorang yang beragama, pasti penderitaannya begitu hebat sekali sehingga sanggup mempertimbangkan pilihan membunuh diri.

Percayalah dalam keadaan waras tidak ada seorang pun yang mahu membunuh diri. Kemurungan akan menghilangkan kewarasan seseorang.

Orang seperti ini sukar dijangka dan mampu melakukan apa yang tidak ingin dibuat oleh manusia biasa. Berdoalah agar kita tidak termasuk di dalam golongan ini.


Lagi info tentang BUNUH DIRI di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Psoriasis Penyakit Kulit Bersisik


oleh Nadia Hamid

Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan.

Laporan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Psoriasis menyebut, penyakit kronik berkaitan imuniti ini biasanya muncul pada peringkat umur antara 15 hingga 25 tahun. Namun, ia boleh bermula pada sebarang peringkat umur.

Kesan Sosial

Mengikut laporan Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), kira-kira 3% rakyat Malaysia menderita akibat psoriasis – penyakit kulit kronik yang dikaitkan dengan berbagai beban fizikal dan emosi. Pesakit psoriasis di seluruh dunia pula dianggarkan mencecah 125 juta orang.

Daripada jumlah itu, dianggarkan hampir 1/4 daripada mereka menghidap psoriasis peringkat sederhana hingga serius serta perlu diberi perhatian. Secara psikologi, derita akibat psoriasis menyebabkan pesakit kurang yakin dengan imej sendiri, rendah diri, kemurungan, hilang identiti serta berdepan konflik pemencilan sosial.


Berdasarkan kajian Persatuan Pesakit Psoriasis Persekutuan Eropah terhadap 18,000 pesakit psoriasis, 77% daripada mereka mengakui psoriasis membawa impak besar serta mengganggu kehidupan harian.

Dapat Dikawal

Pesakit perlu sedar psoriasis bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh sembuh. Namun, ia dapat dikawal melalui rawatan jangka panjang.

Walaupun simptom psoriasis hanya ada pada kulit badan, namun ia bukan penyakit di luar badan sahaja. Sebaliknya, ia berpotensi tinggi menyebabkan penyakit kardiovaskular dan arthritis psoriatik (gejala sakit atau bengkak pada sendi).

Kulit kepala, lutut dan siku termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dihidapi dan penumbuhan plak pada tangan dan kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti.


Jenis Psoriasis

Psoriasis terbahagi kepada beberapa jenis iaitu psoriasis bertompok (paling lazim) dan guttate psoriasis (biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak).

Ada juga psoriasis tahap kronik sehingga memerlukan rawatan di hospital antaranya erythrodermic psoriasis, lampin psoriasis, pustular psoriasis (teruk hingga menimbulkan kesakitan), guttate psoriasis dan plaque psoriasis (bertompok dan timbul).

Rawatan

Sehubungan itu, masyarakat dinasihat mendapatkan pemeriksaan perubatan menyeluruh dari pakar kulit atau mencuba kaedah rawatan inovatif biologik dan berkualiti tinggi.

Salah satu pilihan yang ada ialah inovasi terbaru syarikat farmaseutikal, Janssen. Ubat baru ini dikenali sebagai Ustekinumab (atau dulu dikenali sebagai Stelara) iaitu sejenis ubat preskripsi untuk merawat plak psoriasis sederhana hingga serius.


Ustekinumab atau Stelara dikatakan menyediakan pilihan rawatan yang selamat dan berkesan untuk kulit yang lebih licin dan kelegaan daripada simptom seperti ketebalan plak, kulit bersisik dan kemerahan. Stelara adalah rawatan biologi bagi psoriasis yang boleh diterima dalam dos suku tahunan (setiap 12 minggu) iaitu sebanyak 4 suntikan setahun selepas dua dos permulaan.

Simptom

* Keguguran sisik pada kulit
* Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
* Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Tip Penjagaan

Pelembap. Penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Gunakan pengganti sabun seperti krim akueus atau salap pelembap.

Gunakan sarung tangan. Potong pendek kuku jari tangan dan kaki bagi mengelakkan menggaru dan kulit tidak rosak.

Ubatan dan krim. Saranan doktor antaranya - krim berasaskan coal tar (arang), kortison atau jenis pelembap; methotrexate, neotigason, cyclosporine and calcipatriol; cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA.


Kunjungi klinik berdekatan dan berjumpa doktor bagi menilai keadaan anda. Mulakan rawatan bersesuaian dan jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada tahap kronik penyakit anda.

Perlu diingati! Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ia tidak boleh sembuh namun, dapat dikawal menerusi rawatan jangka panjang.


Lagi info tentang PSORIASIS di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Kuning dan Jingga Kaya Karotenoid


Memilih buah-buahan dan sayur-sayuran daripada pelbagai warna adalah salah satu strategi untuk memastikan tubuh mendapat nilai khasiat pemakanan yang baik.

Dalam kebanyakan kes, lebih gelap warna buah-buahan atau sayuran berkenaan, lebih banyak jumlah khasiatnya. Pada masa sama, setiap buah-buahan dan sayuran juga mempunyai gabungan vitamin, galian serta pelbagai khasiat yang unik.

Bagi mereka yang menggemari buah-buahan dan sayuran berwarna kuning dan jingga, ia banyak mengandungi antioksidan seperti vitamin C serta khasiat lain. Secara umumnya, bahan terbabit membantu untuk meningkatkan kesihatan jantung dan penglihatan serta sistem ketahanan tubuh.

Karotenoid

Buah-buahan dan sayuran berwarna kuning dan jingga biasanya diwarnai oleh pigmen semula jadi tumbuhan dipanggil karotenoid. Beta carotene dalam labu, lobak dan kentang manis ditukar kepada vitamin A yang membantu untuk mengekalkan membran mukus yang sihat serta penglihatan yang lebih baik.


Saintis turut melaporkan bahawa makanan yang kaya dengan karotenoid boleh membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung serta meningkatkan fungsi sistem ketahanan tubuh.

Buah-buahan sitrus seperti oren bukanlah sumber vitamin A yang baik. Tetapi ia sumber yang baik untuk vitamin C dan folat (membantu untuk mengurangkan risiko kecacatan ketika kelahiran).

Buah dan Sayur

Antara pilihan buah-buahan berwarna kuning dan jingga yang banyak khasiat serta mudah didapati termasuk mangga, oren, betik, pic, pear kuning, nanas serta tembikai kuning.

Sayuran dalam kategori ini pula termasuk lobak, jagung, lada benggala kuning, kentang, labu serta tomato kuning.


Lagi info tentang KAROTENOID di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Pembedahan Torakoskopik Dibantu Video


Sebut saja rawatan yang membabitkan pembedahan, ramai pesakit menjadi gusar. Mentaliti ini sering menahan mereka daripada mendapatkan rawatan awal hingga semuanya terlambat.

Bagaimanapun, dengan peningkatan teknologi dunia perubatan, pembedahan torakoskopik dibantu video atau video-assisted thoracoscopic surgery (VATS) adalah sejenis pembedahan torasik untuk paru-paru yang boleh mengubah persepsi ini.

Video Dalam Dada

Dibangunkan sekitar 1990, prosedur ini secara teknikalnya memasukkan kamera video ke dalam dada pesakit menerusi skop. Kaedah ini membolehkan doktor melihat isi kandungan rongga dada dengan hanya membuat belahan atau bukaan yang sangat kecil.


Proses ini juga membolehkan pakar bedah mengeluarkan bahagian yang berdekatan dengan tepi paru-paru serta mengujinya untuk mengesan kehadiran kanser menggunakan peralatan pembedahan yang lebih kecil.

Prosedur membabitkan VATS berguna untuk mendiagnosa jangkitan pneumonia tertentu, diagnosa jangkitan atau tumor di dinding dada serta merawat paru-paru yang gagal secara berulang.

Berbanding kaedah thoracotomy yang lebih terbuka, VATS tidak membabitkan banyak otot dinding dada yang dipisahkan manakala rusuk tidak dibuka. Ini menyebabkan kurangnya keperitan, tiada kesan sampingan dan tempoh kesakitan pasca pembedahan serta membenarkan pesakit kembali sihat dan aktif lebih cepat.

Kurang Risiko

Pembedahan tradisional seperti thoracotomy dan sternotomy memerlukan pakar bedah membuat bukaan 15 hingga 20 sentimeter tetapi menerusi VATS, hanya bukaan kecil diperlukan cukup untuk memuatkan kamera bersaiz 5 milimeter atau skop gentian optik berukuran 10 milimeter.


Berikutan skop yang dimasukkan kecil, kemungkinan dinding dada mendapat jangkitan dan terjejas juga dapat dikurangkan. Pesakit dapat mengelak daripada masalah otot dan retak tulang sekali gus kurang sakit, tempoh menginap di hospital yang singkat serta sembuh dengan cepat selain mampu kembali kepada rutin harian.

Bagaimanapun, kedua-dua jenis bukaan insisi berpotensi menyebabkan kesakitan berpanjangan dan boleh menyebabkan tulang retak yang memerlukan sekurang-kurangnya 6 minggu untuk sembuh.

Sehubungan itu, pesakit juga perlu mengurangkan aktiviti berat serta terlalu aktif.

Tidak Semua Sesuai

Bagaimanapun, tidak semua pesakit sesuai menjalani prosedur ini, seperti pesakit yang pernah melalui pembedahan paru-paru. Ini kerana prosedur ini mungkin menyebabkan pelbagai komplikasi, selain pesakit yang mampu bertahan dengan satu paru-paru sementara sebelah lagi mengalami kegagalan sewaktu pembedahan.


Pesakit yang menjalani pasca operasi kemoterapi atau radioterapi untuk paru-paru juga bukanlah calon sesuai untuk VATS.

Kurang Pakar

Biarpun kaedah rawatan VATS makin dikenali di Malaysia, masih ramai yang memerlukan latihan bagi membiasakan diri dengan instrumen yang perlu dikendalikan ketika prosedur itu.

Antara punca mengapa masih ramai pakar kurang berminat ialah kerana rasa tidak selesa dengan kaedah berkenaan atau terlalu biasa dengan pembedahan tradisional terbuka yang membolehkan mereka melihat sendiri organ.

Ketika ini, tidak ramai pakar bedah yang menjalankan VATS. Prosedur ini bagaimanapun sudah dikendalikan di PPUM. Sayangnya, biarpun teknologi sedia wujud di sini, tetapi masih ramai pesakit yang sesuai menggunakannya, didapati terlewat mendapatkan rawatan.


Rasa Takut

Sememangnya adalah lumrah bahawa naluri manusia pasti akan merasa takut dengan sesuatu yang di luar pengetahuan mereka. Apa yang dapat dilakukan oleh pakar ialah cuba mengurangkan kebimbangan dan rasa takut pesakit melalui kaedah rawatan yang tidak invasif, kurang sakit dan cepat sembuh.

Sebaik sembuh, diharapkan pengalaman ini dapat dikongsi bersama lebih ramai insan yang mungkin memerlukan rawatan supaya lebih ramai lagi pesakit boleh mendapat manfaat.


Lagi info tentang TORAKOSKOPIK di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Gila Meroyan Selepas Bersalin


Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Walaupun ia lebih sinonim diperkatakan oleh masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namun ia juga sebenarnya turut menimpa wanita profesional.

Gila Meroyan

Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.

Pendapat terkini mengatakan penyakit gila meroyan (postpartum psychosis) juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita selepas bersalin.

Cara Berpantang

Sebenarnya tiada kaitan yang kukuh antara cara berpantang mengikut orang tua dan risiko untuk mendapat meroyan. Mungkin elok untuk dikongsikan pengalaman daripada satu kajian di Kelantan terhadap wanita yang hamil dan dalam masa berpantang.


Daripada kajian, ada sedikit sebanyak kesan positif bagi ibu-ibu muda yang mengamalkan urutan selepas bersalin dan bertungku semasa dalam pantang kerana ia dapat mengurangkan risiko kemurungan.

Kajian tersebut turut mendapati ibu muda berpeluang berbual-bual sambil meluahkan perasaan semasa menjalani prosedur tersebut yang pada kebiasaannya berlangsung selama 2 jam sehari dalam jangka masa 2 minggu pertama selepas bersalin. Perbualan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan stres yang dialami oleh ibu muda tersebut.

3 Peringkat

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan. Bagaimanapun, dalam segelintir 10% wanita, gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan.

Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat mengikut tahap keterukannya iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum psychosis (gila meroyan).


Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Perubahan emosi ini memuncak pada hari ke-3 hingga ke-5 selepas bersalin. Ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sediakala.

Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza. Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan.

Kemurungan

Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan pakar. Ia lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan.

Ia boleh berlaku satu dalam setiap lapan (1:8) ibu yang melahirkan anak atau 10% hingga 20% daripada ibu yang mengandung. Ia lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan.

Ibu-ibu yang menghidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues.


Psikosis

Psikosis selepas bersalin atau postpartum psychosis juga di panggil gila meroyan merupakan peringkat paling teruk yang jarang berlaku selepas bersalin. Ia berbeza daripada masalah psikosis yang biasa berlaku kepada masyarakat umum kerana kaitannya dengan proses bersalin, manifestasi yang lebih mirip masalah emosi dan prognosisnya adalah lebih baik.

Dalam kalangan 1,000 ibu yang melahirkan anak, 1 hingga 2 orang (1-2: 1000) boleh diserang psikosis selepas bersalin. Ia biasanya bermula 3 hingga 5 hari selepas bersalin dan 2/3 daripada pesakit mendapat psikosis dalam 2 minggu pertama selepas kelahiran.

Punca

Pakar perubatan tidak berapa pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan gila meroyan. Ramai berpendapat bahawa perubahan hormon (penurunan paras estrogen dan progesteron secara mendadak) mungkin merupakan punca utama.

Perubahan fizikal wanita selepas bersalin mungkin juga menyumbang. Mereka mungkin merasa rendah diri dengan penampilan yang tidak lagi langsing dan 'tegang', gagal mengurangkan berat badan dan tidak lagi selincah seperti sebelum bersalin.


Faktor emosi juga memainkan peranan. Mereka mungkin merasakan belum bersedia untuk menjadi seorang ibu. Ditambah lagi jika pasangan mempunyai masalah kewangan untuk membesarkan bayi. Kurang sokongan daripada suami atau keluarga pastinya akan memburukkan lagi keadaan si ibu.

Gejala

Gejala psikosis selepas bersalin boleh berlaku sehingga 1 atau 2 tahun selepas bersalin. Ia bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang. Mereka tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur lena. Mereka sering merasa keletihan.

Kemudiannya, ibu yang menghidap psikosis selepas bersalin ini akan mengalami emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah. Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis.

Psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras. Separuh daripada mereka mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.


Ada kalangan pesakit yang beranggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anak mereka, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya. Satu perempat daripada mereka (25%) mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh pesakit membunuh bayi dan sebagainya.

Terdapat ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi mereka sendiri. Kadar bunuh diri dalam kalangan ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin juga adalah tinggi.

Panduan

Bagi mengurangkan masalah tersebut, pelajarilah tanggungjawab sebagai ibubapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.


Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika merasa tertekan. Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.

Rehat yang cukup juga adalah penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang. Beri masa untuk diri anda sendiri. Pengambilan diet dan pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas.


Lagi info tentang GILA MEROYAN di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Ujian Rabun Warna


Tau tak, kalau rabun warna, tak boleh ambil lesen memandu, jadi jurutera, doktor, askar dan macam2? Ambil test ni utk cek rabun warna - http://bit.ly/ujian-rabun-warna






Jom bincang artikel di atas...



testing

Buku Panduan Diet Bahasa Melayu


Percuma! Dapatkan 2 buku PANDUAN DIET berilustrasi warna dalam BAHASA MELAYU - http://bit.ly/panduan-diet

1. Pemakanan Sihat Lebih Mudah Dengan Panduan Diet Malaysia
2. Makan Sihat, Nikmati Kehidupan






Jom bincang artikel di atas...



testing

Buku Panduan Menyusu Bahasa Melayu


Percuma! Dapatkan 2 buku PANDUAN MENYUSU berilustrasi warna dalam BAHASA MELAYU - http://bit.ly/panduan-menyusu

1. Menyusu Dengan Yakin - Tip-tip Praktikal Untuk Ibu Moden
2. Penyusuan Susu Ibu Secara Mudah - Panduan Praktikal Untuk Ibu Moden






Jom bincang artikel di atas...



testing

Tongkat Ali Tingkatkan Testosteron


oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

"Kebanyakan lelaki atau suami tidak bersetuju jika isteri mempertikaikan kehebatannya. Lelaki seboleh mungkin menyalahkan sebab lain termasuk penat bekerja atau isteri semakin kurang menarik, jika gagal beraksi.

Kegagalan atau 'hilang selera' ini sebetulnya petanda awal masalah kesihatan lain kerana tumpuan terhadap hubungan intim bergantung sepenuhnya kepada kesihatan, pemikiran serta fokus".

Kata-kata itu dilontarkan Perunding Klinikal Andrologi, Dr Mohd Ismail Tambi, yang menyifatkan keegoan lelaki itu boleh memudaratkan hubungan antara suami dan isteri.

Beliau berkata, kesihatan seksual lelaki, sebetulnya dapat ditentukan oleh isteri yang lebih arif serta tulus, mengenai coraknya, berbanding suami yang selalunya gemar menafikan sesuatu hakikat.


Andropaus

Katanya, sekiranya sekali dua suami hilang selera mungkin boleh dikaitkan dengan penat disebabkan tugasan harian, tetapi sekiranya berlarutan, suami perlu mendapatkan penawarnya dengan berjumpa pakar sakit tuan untuk mencari punca sebenar keadaan itu berlaku, termasuk kemungkinan petanda awal andropaus.

Tidak seperti wanita berhadapan menopaus, yang menunjukkan tanda jelas iaitu haid tidak lagi berkunjung, andropaus tidak menunjukkan 'rupa' nyata dan sering dikaitkan dengan proses penuaan yang berlaku secara semula jadi.

Andropaus disebabkan kejatuhan hormon lelaki dikenali testosteron. Walaupun ia dikaitkan dengan dengan lelaki berusia 40 tahun ke atas, tetapi ada juga kes ia membabitkan lelaki pada usia lebih muda atau ketika usia seharusnya sedang produktif.

Ramai memikirkan penurunan paras testosteron hanya membabitkan aspek seksual semata-mata, hakikatnya ia turut mempengaruhi badan untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat dan otot yang kuat, membentuk sel darah merah dan mengekalkan keseimbangan mental. Ia turut membantu memperkukuhkan memori serta aspek tumpuan.


Paras Testosteron

Memetik kajian, paras testosteron jatuh kira-kira 10%, selepas mencecah usia 30, sedekad setiap dan selepas 50, purata paras testosteron jatuh sebanyak satu peratus setahun.

Sekiranya wanita menopaus memerlukan terapi penggantian hormon untuk mengembalikan kecergasan, untuk andropaus ada terapi penggantian testosteron (TRT) yang berfungsi mempertingkatkan lagi tubuh termasuk penumpuan yang seterusnya membantu suami untuk kembali bertenaga bersama isteri.

Tongkat Ali

Dalam usaha memperbaiki, Dr Ismail berkata, pengambilan herba tongkat ali atau eurycoma longifolia jack diyakini dapat membantu meningkatkan testosteron seterusnya tenaga lelaki melalui kehidupannya.

Pengambilan herba ini dilakukan sejak ratusan tahun lalu dan diambil namanya sempena sahabat Nabi, Saidina Ali yang gagah perkasa. Ketika itu orang dulu mungkin mengambilnya menerusi rebusan akarnya.

Kajian ilmiah terhadap kehebatan herba itu hanya bermula pada tahun 90-an. Sejak itu ia semakin berkembang dan diterima ramai dan digunakan dalam pelbagai jenis produk. Menariknya, herba itu boleh digunakan lelaki dan wanita untuk mempertingkatkan tenaga.

Pohon Tongkat Ali dikenali sebagai penawar kerana ia amat pahit tetapi mujarab untuk pelbagai masalah kesihatan dan penyakit. Ia juga dikenali sebagai Pasak Bumi kerana akar umbinya yang menjalar lurus ke dalam bumi dan kukuh amat sukar untuk dicabut. Terdapat beberapa spesies Tongkat Ali, tapi spesies yang mengandungi banyak ramuan perubatan ialah dari spesies longifolia dan apiculata.

Senarai Kajian

Mengikut kajian Prof Arif Adimoleja dari Universiti Surabaya, Indonesia, spesies Tongkat Ali dari Semenanjung Malaysia mengandungi lebih banyak ramuan kesihatan, terutama sekali ramuan yang membantu tenaga batin lelaki jika dibandingkan dengan spesies yang ada di Indonesia atau negara Asia lain.

Kajian Pusat Perubatan di Kuala Lumpur mendapati ada peningkatan hormon testosteron dan hormon DHEA sekali gus dengan penurunan Ikatan Protein Globulin (dengan molekul testosteron) dan peningkatan hormon testosteron yang bebas (testosteron bebas ikatan yang boleh digunakan badan) dengan pengambilan 200mg ekstrak berkenaan.


Kajian pada tikus

Kajian awal kepada tikus menunjukkan ekstrak larutan air tongkat Ali yang mengandungi elemen glycoprotein dapat meningkatkan hormon testosteron sebanyak 4 kali ganda. Kajian kepada tikus tua dengan ekstrak tongkat ali larutan air membuatkan tikus tua aktif dan agresif.

Tiada kesan toksik

Ekstrak Tongkat Ali, tidak meninggalkan kesan toksik kepada hati dan buah pinggang. Malah kajian klinikal kepada manusia dijalankan pada penghujung 1999 di beberapa Pusat Pengkajian Perubatan tempatan dan antarabangsa. Hasil kajian itu, ekstrak tongkat ali larutan air yang menjalani pelbagai proses piawaian kini mendapat pengiktirafan dan dipatenkan pada 2004.

Kesan kepada atlit

Mengulas lanjut, katanya kajian dilakukan di Fakulti Perubatan Bahagian Sains Sukan dengan sekumpulan atlit yang mengambil 200mg ekstrak yang sama juga menunjukkan yang atlit dapat membina kekuatan tenaga otot dan penurunan lemak badan yang mana kedua-duanya ada kaitkan dengan kesan androgen.

Kajian susulan yang dilakukan di Amerika Syarikat oleh Prof Talbott kepada atlit penunggang basikal mendapati ekstrak berkenaan dapat menambahkan testosteron sebanyak 16.5% dalam masa 24 jam dan mengurangkan tahap hormon tekanan iaitu kortisol sebanyak 33% dalam masa 24 jam.


Kajian ini jelas menunjukkan kemujaraban ekstrak premium ini meningkatkan testosteron dan mengurangkan tekanan badan.

Kajian yang sama yang dijalankan oleh Professor Ruxiang Wang diLioning, China kepada beberapa atlit berusia yang mengambil 200mg ekstrak, mendapati mereka merasakan rasa diri mereka lebih aktif dan agresif dengan peningkatan tahap hormon tumbesaran dan testosteron serta mereka dapati proses pemulihan lenguh otot selepas senaman berkayuh itu cepat.

Meningkatkan kualiti sperma

Kajian dilakukan kepada lelaki yang mengalami masalah sperma dengan pengambilan ekstrak premium itu mendapati peningkatan kepada bilangan dan keaktifan sperma dengan sekali gus peningkatan kualiti sperma yang dapat menghasilkan kehamilan spontan sebanyak 17%.

Banyak lagi kajian klinikal dan biomedikal sedang dijalankan kepada ekstrak tongkat ali premium ini untuk meningkatkan lagi keyakinan diri pengamalnya yang sudah sedia maklum yang tongkat ali ini bukan sekadar memantapkan fungsi syahwat lelaki yang biasa diwar-warkan tukang ubat tradisional, tapi ia lebih daripada itu - ia memantapkan kesihatan, mengurangkan tekanan, mempunyai kebaikan untuk kesuburan lelaki serta memantapkan kesejahteraan lelaki. Ia benar-benar suatu mukjizat untuk lelaki.


Tanda Kurang Testosteron

* Sakit sendi dan sakit otot
* Berpeluh berlebihan
* Masalah tidur seperti tidak cukup tidur atau tidur berlebihan
* Mudah meradang
* Cepat penat
* Kurang bertenaga melakukan hubungan seksual, selalunya sebelah pagi tidak lagi berlaku ereksi

Fakta Tongkat Ali

* Nama saintifik Eurycoma longifolia. Nama lain pasak bumi, setunjang bumi daun halus
* Tenaga batin, memulihkan otot, malaria (air rebusan akar dikeringkan dan diminum)
* Luka kecil (pupurkan daun di kawasan bermasalah)
* Selepas bersalin (air rebusan akar dan daun dikeringkan dan diminum)
* Kenan, gatal (air rebusan akar dan daun yang dikeringkan digunakan untuk membasuh dan menggosok tempat bermasalah)
* Patukan ular (akar diasah pekat dan disapu pada tempat patukan untuk menawarkan bisanya)




Dapatkan TONGKAT ALI PHYTO PLUS
untuk kesihatan lelaki di

Kedai Online SihatSelalu!!




Lagi info tentang TONGKAT ALI di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Bulimia : Sengaja Muntahkan Makanan


oleh Hidayatul Akmal Ahmad

Memiliki bentuk badan cantik dan langsing seperti Victoria Beckham, Jennifer Aniston, Kate Moss dan Paris Hilton sering menjadi idaman wanita di seluruh dunia. Tidak hairan kaum Hawa sanggup melakukan apa saja bagi memastikan impian mereka tercapai.

Ada yang sanggup membelanjakan banyak wang semata-mata mahu mendapat bentuk badan idaman, tidak kurang juga ada yang tidak kisah diri mereka 'sakit' asal cita-cita tercapai.

Tabiat pemakanan tidak sihat seperti makan terlalu banyak pada satu-satu waktu dan diikuti dengan usaha membuangkan apa dimakan, sama ada memuntahkan semula atau menggunakan ubat bagi membuang makanan dengan kadar cepat, sering dilakukan pesakit yang terlalu obses terhadap bentuk badan. Keadaan ini dipanggil bulimia.

Makan dan Muntah

Bulimia adalah gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan yang baru dimakan. Ia berasal daripada perkataan Latin (Bous Limos Nervosa) iaitu lapar dan juga gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan.


Meskipun bulimia dialami lelaki dan wanita, ia lebih cenderung kepada kaum Hawa. Bulimia berlaku seawal usia 13 tahun, bahkan golongan ini dikenal pasti mempunyai kecenderungan tinggi mengambil dadah, alkohol dan merokok.

Pesakit bulimia masih boleh diselamatkan berbanding pesakit aneroxia yang sememangnya membawa maut.

Pesakit bulimia tidak mengehadkan jumlah makanan diambil, bahkan mereka makan tanpa berhenti tetapi memuntahkan semula selepas beberapa ketika, berbeza dengan aneroxia yang langsung tidak makan dan memudaratkan diri hingga membawa maut.

Anggap Gemuk

Mereka juga sering menganggap diri gemuk dan mempunyai bentuk badan kurang menarik. Penghidap bulimia turut menghadapi masalah psikologi kerana fikiran mereka hanya tertumpu kepada persoalan mengenai penampilan kurus, berat badan dan makanan.


Penghidap bulimia biasanya makan dengan banyak tetapi akan cepat pula ‘memuntahkan’ kembali apa yang mereka makan dengan kaedah menjolok anak tekak.

Namun, ada juga yang sanggup menggunakan ubat laksatif atau diuretik supaya cepat membuang air besar, berpuasa panjang untuk mengurangkan berat badan dan senaman keterlaluan.

Golongan ini juga sering dikaitkan dengan suka berbelanja (boros) dan paling mengejutkan, turut memiliki masalah seksual selain disebabkan faktor keturunan.

Simptom dan Gejala

Simptom yang biasa dilihat pada penghidap bulimia ialah kegagalan mengawal nafsu pemakanan, malah makan dalam kuantiti banyak sebelum berhenti apabila perut terasa tidak selesa.

Selain itu, pesakit bulimia kerap dilihat melakukan senaman dengan kadar berlebihan dalam tempoh singkat yang mampu menyebabkan degupan jantung tidak terkawal, malah ia juga dikesan penyebab penyakit gastrik refluks paling kronik.


Ramai tidak tahu, bulimia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan penyakit lain. Pesakit turut berisiko mendapat trauma mulut (oral trauma). Ia berlaku apabila pesakit menjolok makanan menggunakan jari berkuku panjang dan menyebabkan kecederaan dalam tekak.

Gejala penyakit bulimia pula meliputi :

* Makan terlampau mengikut nafsu dan tidak henti-henti
* Tabiat makan yang tidak dapat dikawal
* Usaha dilakukan bagi mengurangkan berat badan, sama ada secara memuntahkan apa yang dimakan, menggunakan ubat julap, berlapar, berpuasa atau bersenam secara keterlaluan selepas makan secara melampau
* Memberi tumpuan tidak sihat kepada isu berkaitan bentuk dan berat badan
* Kekeringan badan atau dehidrasi
* Letih, lesu dan tidak bermaya
* Sembelit
* Gigi dan gusi rosak disebabkan kesan asid perut yang keluar bersama bahan muntah
* Pipi bengkak akibat sering muntah

Risiko Kesihatan

Mengakibatkan kerosakan gigi dan gusi akibat kesan asid perut dalam bahan yang dimuntahkan. Dehidrasi badan dan penurunan paras kalium akibat kerap muntah boleh menyebabkan gangguan degupan jantung, selain badan menjadi tidak bermaya.
Pembuangan bahan daripada usus secara kerap menyebabkan keradangan pada dinding saluran pemakanan dan sembelit.

Pencegahan

Memaparkan bentuk dan susuk badan wanita secara realistik pada media massa sangat penting kerana ia mempunyai pengaruh kuat terhadap remaja dan dewasa muda. Memiliki susuk badan terlalu kurus tidak harus digalakkan untuk paparan di media. Keyakinan dan harga diri yang baik serta hubungan kekeluargaan yang positif dapat membendung masalah kecelaruan gaya pemakanan tidak sihat.


Ciri-ciri Penghidap Bulimia

* Bermula dengan berdiet dan bersenam secara berlebihan
* Makan banyak tetapi memuntahkan semula semua makanan
* Mudah rasa bersalah selepas makan
* Mengambil ubat laksatif atau diuretik serta pil lain
* Pipi kembung akibat pembesaran kelenjar liur kerana selalu muntah dan kerosakan enamel gigi sebelah dalam

Kesan Buruk Bulimia

* Berat badan sentiasa turun naik atau lebih sedikit daripada berat normal
* Boleh menyebabkan kematian akibat penghasilan asid gastrik berlebihan
* Muntah berulang kali
* Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan
* Kerosakan lapisan perut
* Degupan jantung tidak seragam
* Kerosakan buah pinggang
* Enamel gigi rosak kerana selalu muntah
* Kerongkong berdarah
* Kerap terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol
* Gangguan fikiran, resah dan murung

Rawatan Bulimia

* Menentukan jenis makanan yang ditakuti pesakit
* Pendedahan dan maklumat tabiat pemakanan dan makanan yang betul
* Pengambilan makanan 1,500 kalori sehari
* Pengambilan makanan berlemak dapat melambatkan penghasilan asid gastrik dan menimbulkan rasa lebih kenyang


Lagi info tentang BULIMIA di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Gula Punca Gigi Reput


Pereputan gigi berlaku apabila asid memusnahkan lapisan keras gigi dipanggil enamel. Asid ini terhasil daripada plak. Plak mempunyai kuman yang hidup dengan makanan bergula. Proses menghadam gula menjadikan asid bertindak balas terhadap permukaan gigi.

Lama-kelamaan, pereputan gigi boleh menyebabkan lubang pada permukaan gigi. Sekiranya dibiarkan, kaviti akan menjadi besar dan akan memusnahkan gigi. Sekiranya anda mempunyai kaviti, berjumpalah doktor gigi. Doktor gigi akan menampal gigi anda untuk mengelak kaviti menjadi lebih besar.

Asid mulut sentiasa menyerang permukaan gigi anda. Akan tetapi, pereputan gigi tidak berlaku secara serentak. Ini kerana terdapat elemen lain di dalam mulut yang memperkuatkan dan menghalang pereputan gigi. Satu daripada elemen itu ialah air liur.


Air liur mempunyai mineral yang membantu memperkuatkan gigi. Florida, mineral semulajadi yang terdapat dalam air dan ubat gigi, juga membantu memperkuatkan gigi.

Berikut adalah beberapa tip untuk menghalang pereputan gigi:

* Elakkan daripada sering makan makanan bergula. Kurangkan kudapan selepas waktu makan. Ini akan menghalang plak daripada menghasilkan asid. Ia juga akan mengurangkan tempoh gigi anda terdedah kepada asid

* Minum banyak air terutamanya jika anda mengambil ubat tertentu. Sesetengah ubat mengurangkan air liur di dalam mulut. Ini boleh meningkatkan risiko pereputan gigi


* Gunakan ubat gigi dan cecair pembersih dengan florida. Florida membantu menguatkan permukaan gigi

* Kunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Mereka akan membersihkan gigi dan memeriksa sekiranya terdapat kaviti


Lagi info tentang GIGI di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Punca Melatah Faktor Psikologi dan Genetik


oleh Rosmah Dain

Melatah didefinisikan sebagai satu fenomena tingkah laku dikaitkan dengan kaum tertentu di Asia Tenggara khususnya kaum Melayu.

Berlaku kebanyakannya di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Singapura dan Indonesia, tingkah laku melatah ini dikatakan tidak ketara (mungkin ada) di negara-negara Eropah kerana tidak 'digalakkan' oleh masyarakatnya.

Ini kerana bagi mereka fenomena tersebut dianggap pelik atau seperti satu jenis penyakit.

Bukan Dibuat-buat

Tingkah laku melatah bukan satu perbuatan yang dibuat-buat, sebaliknya, ia berlaku spontan kerana sudah tertanam dalam diri individu berkenaan. Namun sekiranya pada permulaan seseorang itu melakukannya secara berulang kali, lama-lama ia akan menjadi satu kebiasaan iaitu tingkah laku yang akan dilakukan berulangan.

Ini bermakna ia satu situasi yang sukar untuk ditinggalkan apabila tingkah laku baru (perkara yang menjadi kebiasaan) mengambil tingkah laku lama dan perkara itu akan dilakukan berulangan.


Tumpuan Hiburan

Suatu waktu dahulu (kira-kira 20 hingga 30 tahun sebelum ini) khususnya di negara ini, individu yang melatah akan menjadi tumpuan hiburan terutama di majlis-majlis keramaian.

Individu yang melatah suatu waktu dahulu boleh dijadikan sebagai 'kerjaya' kerana mereka diundang ke majlis-majlis untuk memeriahkan suasana keraian. Mereka diundang atas fungsi tertentu dan ada peranan dalam masyarakat sebagai penghibur, khususnya di kawasan luar bandar.

Psikologi

Dari segi statistik, fenomena melatah ini melibatkan 80 hingga 90% daripadanya adalah golongan wanita yang telah agak berumur.

Dari segi aspek psikologi, orang melatah ini sebenarnya ada ciri personaliti tertentu iaitu neurotik.

Biasanya dari aspek peribadi, individu yang suka mendapat perhatian dan menonjolkan diri seperti terlibat dalam bidang seni adalah antara mereka yang suka melatah.


Selain itu mereka yang tergolong dalam perlakuan ini dianggap mempunyai personaliti yang celaru, resah atau darah gemuruh, cepat terkejut dan lemah semangat (easily hyperstartle response) termasuk apabila melihat berita yang menggerunkan serta mudah mendapat serangan panik (panic attack).

Faktor Genetik

Melatah juga dikaitkan dengan faktor genetik turun-temurun dalam keluarga kerana ia ada unsur berjangkit.

Mungkin bukan daripada ibu atau bapa yang melatah tetapi pakcik atau makcik yang melatah juga dapat dijangkiti oleh anak saudara mahupun cucu mereka.

Ahli keluarga akan terdedah kepada tingkah laku melatah sekiranya mereka berdepan dengan masalah psikologi. Ia juga boleh dikaitkan dengan aspek keturunan dan persekitaran yang mendorong kepada berlakunya keresahan, kesedihan dan kecenderungan mewarisi personaliti cepat gemuruh.

Tidak Digalakkan

Perilaku melatah sepatutnya tidak lagi digalakkan dalam masyarakat sekarang kerana ia boleh menjejaskan harga diri si pelatah. Seharusnya ketika situasi latah sedang berlaku, orang di sekeliling hendaklah meredakan si pelatah dengan menenangkan dirinya.


Caranya ialah dengan menampar bahu si pelatah lalu mengajarnya mengucap dan beristighfar beberapa kali sehingga fikirannya kembali tenang dan tenteram.

Orang melatah ini sebenarnya tidak suka dijadikan bahan ketawa dan ia boleh menyebabkan mereka rasa tertekan. Orang melatah akan memberi hiburan kepada orang lain tetapi pada dirinya ia rasa tidak elok, selain mengundang panik di kalangan awam dan menyebabkan kejatuhan harga diri.

Dari aspek pengurusan, jangan galakkan ahli keluarga mengusik individu yang ada ciri-ciri melatah jika mereka tahu seseorang itu berpotensi untuk melatah. Juga jangan tambah usikan berkenaan sekiranya si pelatah sedang melatah sehingga menyebabkan proses berkenaan berlarutan.

Tiada Ubat

Tiada sebarang ubat untuk merawat latah, namun ia boleh dikawal menerusi sesi kaunseling psikoterapi perkara-perkara yang boleh menjadi pencetus kepada latah yang berhubung dari aspek kognitif dan tingkah laku.

Ketika melatah, individu ini seolah-olah terpisah dari alam sekeliling, tidak sedar apa yang berlaku yang membentuk keadaan di bawah sedar (trance state). Pada ketika ini tahap kesedarannya amat rendah bagaikan bermimpi, ralit atau seolah-olah dipukau seperti yang berlaku pada pengangkat kavadi ketika Thaipusam, pemain wayang kulit, penari kuda kepang dan sebagainya.


Hipnosis

Individu yang melatah boleh menggunakan cara hipnosis untuk menyelami keadaan di bawah sedarnya yang menyebabkan punca-punca berlakunya latah.

Minda manusia terdiri daripada pemikiran sedar (12%) dan pemikiran di bawah sedar (88%). Justeru kaedah hipnosis ini akan mencungkil kisah lalu pengalaman di bawah sedarnya yang mempengaruhi tabiat melatahnya.

Ini kerana emosi seseorang dipengaruhi dengan apa yang berlaku kepada individu tersebut lama dahulu, ia seolah-olah data yang tersimpan dalam pemikiran minda tidak sedar.

Individu yang melatah ini juga perlu belajar teknik pernafasan yang betul seperti senaman yoga atau berzikir untuk menangani masalah ini.

Semakin Berkurangan

Fenomena melatah ini semakin berkurangan di negara ini khususnya di majlis-majlis keraian kerana persekitaran yang masyarakat tidak lagi menggalakkan perlakuan berkenaan.

Ramai masyarakat sekarang sudah tidak 'menggalakkan' perlakuan melatah ini. Sekiranya mereka tahu individu berkenaan melatah, mereka tidak akan cuba mengusiknya. Bahkan generasi muda mungkin ramai yang tidak tahu apa itu melatah kerana sudah jarang terlihat dalam masyarakat sekarang.


Lagi info tentang MELATAH di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu