Punca Muntah Darah


oleh Dr. Liew Yin Mei

Darah dalam muntah kadangkala perkara kecil, tetapi ia juga boleh menandakan masalah kesihatan terpendam yang lebih besar dan lebih serius.

Darah yang ada mungkin hanya sedikit (jalur-jalur kecil, satu atau dua tompok) atau banyak. Darah dalam muntah boleh mungkin berwarna merah terang, atau nampak hitam atau perang gelap.

Punca

Darah dalam muntah ada kalanya boleh disebabkan oleh darah yang ditelan, seperti dari pendarahan hidung, atau batuk kuat.

Antara punca darah dalam muntah ialah pendarahan dalam bahagian atas saluran gastrousus (mulut, esofagus, perut, dan bahagian atas usus kecil), daripada ulser peptik, atau saluran darah terkoyak.


Bagaimanapun, muntah darah menandakan sesuatu yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan secepat mungkin.

Kekerapan muntah darah, dan jumlah darah dalam muntah mungkin berbeza, bergantung pada punca pendarahan. Jika anda mengalami masalah perubatan yang mengakibatkan pendarahan teruk, anda mungkin mendapati banyak darah dalam muntah.

Jika kehilangan darah berterusan dengan cara ini, pesakit boleh mengalami pening kepala, gayat, pitam, atau kesukaran bernafas. Gejala lain termasuk penglihatan kabur, selsema, kulit pucat, dan kurang kencing.

Pemeriksaan/Ujian

Jangan cuba rawat sendiri dengan ubat biasa atau ubat yang dibuat di rumah, kerana darah dalam muntah mungkin menandakan masalah perubatan yang amat serius.


Pesakit yang muntah darah secara berlebihan akan diperiksa menerusi beberapa ujian darah, seperti kiraan darah penuh (CBC), kimia darah, ujian pembekuan darah, dan ujian fungsi hati.

Ujian lain yang mungkin dijalankan untuk mencari punca pendarahan mungkin termasuk esofagogastroduodenoskopi (EGD), pemeriksaan rektum (dubur), dan/atau pemeriksaan x-ray.

Masalah muntah darah mesti diberi perhatian perubatan dengan secepat mungkin dan dinilai oleh pakar penjagaan kesihatan profesional.


Lagi info tentang MUNTAH DARAH di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu