Kelemumur Rosakkan Rambut dan Kulit Kepala


Kelemumur atau nama saintifik pityriasis capitis merupakan satu fenomena biasa yang dialami oleh 50% manusia di seluruh dunia.

Keadaan ini disebabkan oleh kehadiran sejenis yis iaitu malassezia globosa di permukaan kulit kepala yang memakan sebum kulit (lipid) dan kemudiannya mengeluarkan sejenis molekul. Molekul yang dirembes ini punca kulit kepala menjadi berkuping dan terjadinya kelemumur.

Gatal

Kelemumur boleh membuatkan seseorang itu menggaru kulit kepala secara berlebihan untuk menghilangkan kegatalan.

Ia boleh menyebabkan kulit kepala rosak. Apabila seseorang menggaru kulit kepala, ia menyebabkan lapisan yang melindungi rambut akan terhakis dan lama-kelamaan pecah.


Gugur

Kajian klinikal juga menunjukkan bahawa rambut di sekitar kawasan berkelemumur tidak begitu berkilat atau anjal, yang merupakan tanda bahawa kualiti rambut merosot dan juga struktur yang semakin lemah.

Ini bermakna rambut yang lemah senang putus dan akan menyumbang kepada masalah rambut gugur di kalangan lelaki dan wanita.


Lagi info tentang KELEMUMUR di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu