Kesan Pendarahan Haid Berlebihan


Suatu tinjauan global mendapati setiap seorang daripada 3 orang wanita mengalami aliran haid berlebihan daripada kadar purata.

Walaupun kajian mendapati 80% daripada mereka yang mengalami gejala ini menjejaskan aktiviti harian, tetapi hanya 35% sahaja yang mendapatkan bantuan perubatan.

Tinjauan sama turut mendedahkan 3 daripada 4 wanita yang didapati mengalami pendarahan haid yang berlebihan menyatakan ia menjejaskan kehidupan dan aktiviti harian.

Sebanyak 82% pula mengakui ia menjejaskan hubungan dengan pasangan dan 83% mengatakan mengganggu aktiviti sosial.


Melebihi 80 ml

Pendarahan berlebihan dari aspek perubatan bermaksud kehilangan darah haid melebihi 80 mililiter (ml) pada setiap kitaran haid.

Pendarahan haid berlebihan ini akan memberi tekanan kepada kehidupan wanita kerana ia menjadikan diri mereka sentiasa dalam kebimbangan. Ia turut mengganggu aktiviti harian, pekerjaan dan mengurangkan keyakinan diri.

Namun, ramai yang menanggung masalah itu secara senyap sebab tidak mengetahui perbezaan antara aliran haid biasa dan kehilangan darah haid berlebihan.


Cara Mengesan

Cara untuk mengesan adalah dengan mengenal pasti keadaan bila mereka perlu menggunakan satu atau lebih tuala wanita setiap jam. Tidur mereka juga terganggu sebab perlu menukar tuala perlindungan pada waktu malam.

Pendarahan haid yang berlebihan adalah punca utama menyebabkan kesihatan wanita terganggu dan menjejaskan kira-kira 9 hingga 30% reproduktif wanita.


Lagi info tentang HAID di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu