Mamogram 3 Dimensi (3D) Tomosintesis


oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah

Jika anda pernah menjalani ujian mamogram, ia mungkin satu pengalaman yang agak menyakitkan. Ini kerana payudara perlu dihimpit untuk mendapatkan imej yang diperlukan.

Kini proses mamogram tidak lagi menyakitkan dengan adanya Mamogram 3 Dimensi (3D) Tomosintesis. Mesin ini sangat berbeza dan tidak menyakitkan.

Gambar Jelas

Dengan Mamogram 3 Dimensi (3D) Tomosintesis, pakar radiologi dan doktor sudah boleh mengesahkan kehadiran kanser atau tidak.


Dengan mesin ini, jarang berlaku pemeriksaan susulan. Gambar yang terhasil adalah lebih baik dan jelas berbanding dahulu. Ia juga tidak menyakitkan payudara wanita.

Ia mampu menghasilkan imej 3D payudara daripada pelbagai sudut dan yang paling penting, ia mampu memberi imej tisu payudara dengan lebih jelas.

Senipis Satu Milimeter

Antara kelebihan mesin ini ialah ia menggunakan teknologi Digital Breast Tomosynthesis (DBT) yang membolehkan imej 2D dilihat daripada pelbagai sudut. Dengan DBT, imej payudara dipotong dengan ketebalan senipis satu milimeter.

Ia membolehkan pakar radiologi meneliti setiap lapisan imej yang diingini. Imej juga boleh diimbas daripada pelbagai sudut berbanding dengan mesin 2D lama yang hanya boleh mengimbas secara atas ke bawah atau kiri ke kanan.

Dengan sekali tekanan, sebanyak 15 imej boleh dihasilkan berbanding mesin konvensional mamogram iaitu terhad kepada 2 imej untuk setiap 2 tekanan.

Tak Perlu Pemeriksaan Susulan

Berbanding dengan mamagrom 2D, pesakit memerlukan pemeriksaan susulan seperti melakukan mamogram pada arah yang lain atau pemeriksaan ultrabunyi bagi memastikan kehadiran kanser payu dara adalah positif. Proses ini bukan sahaja lambat tetapi menyebabkan masa dan wang terbuang.

Ini kerana, imej imbasan yang diterima dengan menggunakan mesin mamogram 2D adalah leper, manakala imej terhasil sering menimbulkan kekeliruan dengan imej mimik kanser dan kelenjar susu.

Dengan sekali imbasan oleh mesin 3D Mamogram Tomosintesis, tiada lagi pemeriksaan susulan bagi mengesahkan kehadiran sel kanser sekaligus meningkatkan pengesanan awal kanser.


Tidak Sakit

Ia tidaklah menghilangkan kesakitan 100% tetapi ia boleh memberi keselesaan kepada wanita. Tekanan pada payu dara dikurangkan dan boleh dikatakan tidak menyakitkan. Justeru, semua wanita perlu ada kesedaran untuk melakukan pemeriksaan tanpa rasa takut.

Bagi wanita yang berumur 35 hingga 40 tahun, disarankan pemeriksaan dilakukan sekali dalam tempoh itu. Manakala wanita 40-an, perlu membuat pemeriksaan satu kali dalam tempoh satu tahun.

Pertama di Malaysia

Mesin ini merupakan yang pertama digunakan di Malaysia dan kelima di dunia. Ia boleh didapati di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) - cancer.org.my/our-services-2

Bayaran yang dikenakan amat murah iaitu antara RM250 hingga RM300 untuk membuat pemeriksaan kanser payu dara.


Lagi info tentang KANSER PAYUDARA di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu