Tongkat Ali Tingkatkan Testosteron


oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

"Kebanyakan lelaki atau suami tidak bersetuju jika isteri mempertikaikan kehebatannya. Lelaki seboleh mungkin menyalahkan sebab lain termasuk penat bekerja atau isteri semakin kurang menarik, jika gagal beraksi.

Kegagalan atau 'hilang selera' ini sebetulnya petanda awal masalah kesihatan lain kerana tumpuan terhadap hubungan intim bergantung sepenuhnya kepada kesihatan, pemikiran serta fokus".

Kata-kata itu dilontarkan Perunding Klinikal Andrologi, Dr Mohd Ismail Tambi, yang menyifatkan keegoan lelaki itu boleh memudaratkan hubungan antara suami dan isteri.

Beliau berkata, kesihatan seksual lelaki, sebetulnya dapat ditentukan oleh isteri yang lebih arif serta tulus, mengenai coraknya, berbanding suami yang selalunya gemar menafikan sesuatu hakikat.


Andropaus

Katanya, sekiranya sekali dua suami hilang selera mungkin boleh dikaitkan dengan penat disebabkan tugasan harian, tetapi sekiranya berlarutan, suami perlu mendapatkan penawarnya dengan berjumpa pakar sakit tuan untuk mencari punca sebenar keadaan itu berlaku, termasuk kemungkinan petanda awal andropaus.

Tidak seperti wanita berhadapan menopaus, yang menunjukkan tanda jelas iaitu haid tidak lagi berkunjung, andropaus tidak menunjukkan 'rupa' nyata dan sering dikaitkan dengan proses penuaan yang berlaku secara semula jadi.

Andropaus disebabkan kejatuhan hormon lelaki dikenali testosteron. Walaupun ia dikaitkan dengan dengan lelaki berusia 40 tahun ke atas, tetapi ada juga kes ia membabitkan lelaki pada usia lebih muda atau ketika usia seharusnya sedang produktif.

Ramai memikirkan penurunan paras testosteron hanya membabitkan aspek seksual semata-mata, hakikatnya ia turut mempengaruhi badan untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat dan otot yang kuat, membentuk sel darah merah dan mengekalkan keseimbangan mental. Ia turut membantu memperkukuhkan memori serta aspek tumpuan.


Paras Testosteron

Memetik kajian, paras testosteron jatuh kira-kira 10%, selepas mencecah usia 30, sedekad setiap dan selepas 50, purata paras testosteron jatuh sebanyak satu peratus setahun.

Sekiranya wanita menopaus memerlukan terapi penggantian hormon untuk mengembalikan kecergasan, untuk andropaus ada terapi penggantian testosteron (TRT) yang berfungsi mempertingkatkan lagi tubuh termasuk penumpuan yang seterusnya membantu suami untuk kembali bertenaga bersama isteri.

Tongkat Ali

Dalam usaha memperbaiki, Dr Ismail berkata, pengambilan herba tongkat ali atau eurycoma longifolia jack diyakini dapat membantu meningkatkan testosteron seterusnya tenaga lelaki melalui kehidupannya.

Pengambilan herba ini dilakukan sejak ratusan tahun lalu dan diambil namanya sempena sahabat Nabi, Saidina Ali yang gagah perkasa. Ketika itu orang dulu mungkin mengambilnya menerusi rebusan akarnya.

Kajian ilmiah terhadap kehebatan herba itu hanya bermula pada tahun 90-an. Sejak itu ia semakin berkembang dan diterima ramai dan digunakan dalam pelbagai jenis produk. Menariknya, herba itu boleh digunakan lelaki dan wanita untuk mempertingkatkan tenaga.

Pohon Tongkat Ali dikenali sebagai penawar kerana ia amat pahit tetapi mujarab untuk pelbagai masalah kesihatan dan penyakit. Ia juga dikenali sebagai Pasak Bumi kerana akar umbinya yang menjalar lurus ke dalam bumi dan kukuh amat sukar untuk dicabut. Terdapat beberapa spesies Tongkat Ali, tapi spesies yang mengandungi banyak ramuan perubatan ialah dari spesies longifolia dan apiculata.

Senarai Kajian

Mengikut kajian Prof Arif Adimoleja dari Universiti Surabaya, Indonesia, spesies Tongkat Ali dari Semenanjung Malaysia mengandungi lebih banyak ramuan kesihatan, terutama sekali ramuan yang membantu tenaga batin lelaki jika dibandingkan dengan spesies yang ada di Indonesia atau negara Asia lain.

Kajian Pusat Perubatan di Kuala Lumpur mendapati ada peningkatan hormon testosteron dan hormon DHEA sekali gus dengan penurunan Ikatan Protein Globulin (dengan molekul testosteron) dan peningkatan hormon testosteron yang bebas (testosteron bebas ikatan yang boleh digunakan badan) dengan pengambilan 200mg ekstrak berkenaan.


Kajian pada tikus

Kajian awal kepada tikus menunjukkan ekstrak larutan air tongkat Ali yang mengandungi elemen glycoprotein dapat meningkatkan hormon testosteron sebanyak 4 kali ganda. Kajian kepada tikus tua dengan ekstrak tongkat ali larutan air membuatkan tikus tua aktif dan agresif.

Tiada kesan toksik

Ekstrak Tongkat Ali, tidak meninggalkan kesan toksik kepada hati dan buah pinggang. Malah kajian klinikal kepada manusia dijalankan pada penghujung 1999 di beberapa Pusat Pengkajian Perubatan tempatan dan antarabangsa. Hasil kajian itu, ekstrak tongkat ali larutan air yang menjalani pelbagai proses piawaian kini mendapat pengiktirafan dan dipatenkan pada 2004.

Kesan kepada atlit

Mengulas lanjut, katanya kajian dilakukan di Fakulti Perubatan Bahagian Sains Sukan dengan sekumpulan atlit yang mengambil 200mg ekstrak yang sama juga menunjukkan yang atlit dapat membina kekuatan tenaga otot dan penurunan lemak badan yang mana kedua-duanya ada kaitkan dengan kesan androgen.

Kajian susulan yang dilakukan di Amerika Syarikat oleh Prof Talbott kepada atlit penunggang basikal mendapati ekstrak berkenaan dapat menambahkan testosteron sebanyak 16.5% dalam masa 24 jam dan mengurangkan tahap hormon tekanan iaitu kortisol sebanyak 33% dalam masa 24 jam.


Kajian ini jelas menunjukkan kemujaraban ekstrak premium ini meningkatkan testosteron dan mengurangkan tekanan badan.

Kajian yang sama yang dijalankan oleh Professor Ruxiang Wang diLioning, China kepada beberapa atlit berusia yang mengambil 200mg ekstrak, mendapati mereka merasakan rasa diri mereka lebih aktif dan agresif dengan peningkatan tahap hormon tumbesaran dan testosteron serta mereka dapati proses pemulihan lenguh otot selepas senaman berkayuh itu cepat.

Meningkatkan kualiti sperma

Kajian dilakukan kepada lelaki yang mengalami masalah sperma dengan pengambilan ekstrak premium itu mendapati peningkatan kepada bilangan dan keaktifan sperma dengan sekali gus peningkatan kualiti sperma yang dapat menghasilkan kehamilan spontan sebanyak 17%.

Banyak lagi kajian klinikal dan biomedikal sedang dijalankan kepada ekstrak tongkat ali premium ini untuk meningkatkan lagi keyakinan diri pengamalnya yang sudah sedia maklum yang tongkat ali ini bukan sekadar memantapkan fungsi syahwat lelaki yang biasa diwar-warkan tukang ubat tradisional, tapi ia lebih daripada itu - ia memantapkan kesihatan, mengurangkan tekanan, mempunyai kebaikan untuk kesuburan lelaki serta memantapkan kesejahteraan lelaki. Ia benar-benar suatu mukjizat untuk lelaki.


Tanda Kurang Testosteron

* Sakit sendi dan sakit otot
* Berpeluh berlebihan
* Masalah tidur seperti tidak cukup tidur atau tidur berlebihan
* Mudah meradang
* Cepat penat
* Kurang bertenaga melakukan hubungan seksual, selalunya sebelah pagi tidak lagi berlaku ereksi

Fakta Tongkat Ali

* Nama saintifik Eurycoma longifolia. Nama lain pasak bumi, setunjang bumi daun halus
* Tenaga batin, memulihkan otot, malaria (air rebusan akar dikeringkan dan diminum)
* Luka kecil (pupurkan daun di kawasan bermasalah)
* Selepas bersalin (air rebusan akar dan daun dikeringkan dan diminum)
* Kenan, gatal (air rebusan akar dan daun yang dikeringkan digunakan untuk membasuh dan menggosok tempat bermasalah)
* Patukan ular (akar diasah pekat dan disapu pada tempat patukan untuk menawarkan bisanya)




Dapatkan TONGKAT ALI PHYTO PLUS
untuk kesihatan lelaki di

Kedai Online SihatSelalu!!




Lagi info tentang TONGKAT ALI di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu