300,000 Belia Hidap Diabetes


23 Disember 2012

Kuala Lumpur : Seramai 300,000 orang muda di negara ini didapati menghidapi penyakit diabetes melitus jenis 2 atau dikenali sebagai 'T2DM'.

Pakar Endokrinologi Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Wan Mohamad Wan Bebakar, berkata jumlah penghidap golongan muda itu dikhuatiri meningkat sejajar jangkaan peningkatan penghidap T2DM di seluruh dunia dari 230 juta kepada 440 menjelang 2030.
Katanya, pertambahan bilangan penghidap muda T2DM bermakna risiko berdepan komplikasi penyakit itu pada usia muda juga tinggi.

"Hakikatnya, 20.8 peratus dari rakyat Malaysia ketika ini penghidap T2DM. Apa yang kami khuatiri ialah jumlah penghidap muda yang berusia dalam lingkungan 20-25 tahun meliputi 5 peratus dari jumlah itu.

"Bilangannya lebih besar jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat yang hanya mempunyai 2 peratus golongan muda menghidapi penyakit itu," katanya.


Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan 2011 katanya, seorang dari 5 penduduk di negara ini menghidapi diabetes (kencing manis) dan Malaysia adalah negara yang mempunyai penghidap diabetes dan pradiabetes tertinggi di Asia Tenggara.

"Diabetes jenis ke-2 adalah penyakit kencing manis yang kronik dan pantas merebak jika tidak dikawal.

“Dalam tempoh tertentu, penghidapnya terpaksa mengambil pelbagai jenis ubatan lain bagi merawat komplikasi yang timbul akibat penyakit ini," katanya.

Sumber : BERNAMA


Lagi info tentang INTERNET di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu