This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Kesan Fibroid Terhadap Kehamilan


Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim.

Bagi wanita, mengetahui sesuatu yang asing sedang tumbuh dan membesar di dalam rahimnya merupakan perkara yang merunsingkan. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap 5 orang wanita di bawah umur 50 tahun.

Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20% wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid.

Kehamilan dan Fibroid

Fibroid biasanya terdapat dalam kalangan wanita pada usia subur. Maka tidak hairanlah fibroid ditemui dalam kalangan wanita hamil.



Kadang-kadang fibroid boleh menimbulkan kesan yang tidak dijangka semasa seseorang itu hamil. Ada fibroid yang dapat menimbulkan masalah dan ada yang tidak. Akan tetapi, kebanyakan fibroid tidak akan membesar ketika hamil.

Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kesan kehamilan terhadap fibroid mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga aras faktor pertumbuhan yang terdapat di dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut.

Mengikut laporan kajian yang dijalankan ke atas wanita hamil yang menghidap fibroid, imbasan ultrabunyi menunjukkan lebih kurang 70% wanita hamil tersebut tidak mengalami pembesaran fibroid semasa hamil.

Sebanyak 30% wanita pula menghadapi pembesaran fibroid, dan fibroid ini didapati membesar dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh pengaruh hormon estrogen yang berada pada aras yang tinggi ketika awal kehamilan.


Hanya segelintir wanita hamil yang diketahui mempunyai fibroid ketika menjalani ujian imbasan ultrabunyi dan kebanyakan wanita yang menghidap fibroid jarang mengalami masalah ketika hamil. Walaupun fibroid didapati membesar ketika hamil, kaum wanita tidak perlu gusar kerana fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.

Masalah Kehamilan

Pasti ramai di kalangan wanita hamil akan tertanya-tanya adakah fibroid akan menyebabkan kehamilan mereka menghadapi masalah.

Wanita hamil yang menghidap fibroid memerlukan pengawasan berkala. Perkara ini penting untuk memastikan pembesaran janin berlaku dengan baik. Ia juga untuk membantu ibu supaya tidak mengalami keguguran dan kesakitan semasa hamil serta menghindari kelahiran bayi pramatang. Ibu juga berpeluang mempunyai cara terbaik bagi kelahiran bayinya dan tidak mengalami perdarahan yang teruk selepas kelahiran bayi.

Apabila wanita hamil dan menghidap fibroid, beberapa masalah mungkin berlaku. Antaranya termasuklah kehamilan itu berisiko untuk mengalami keguguran, meningkatnya risiko untuk kelahiran pramatang, pembesaran fibroid, kelahiran yang tidak normal dan mengalami perdarahan yang banyak selepas melahirkan bayi.


Keguguran

Hal ini berlaku disebabkan oleh kesan fibroid jenis submukosa yang membesar di dalam kaviti (rongga) rahim. Apabila pembesaran berlaku, fibroid ini akan menyebabkan lapisan rahim, iaitu bahagian bagi penempelan janin menjadi nipis dan menghalang bekalan darah yang mencukupi untuk tumbesaran janin tersebut. Selain itu, fibroid juga akan menyebabkan inflamasi di lapisan penempelan dan mengakibatkan janin tidak dapat menempel dengan baik dan hal ini akan menyebabkan keguguran.

Kelahiran Pramatang

Keadaan ini berlaku kerana fibroid yang makin membesar semasa janin dalam kandungan membesar akan menyebabkan rahim membesar pada masa yang sama. Keadaan ini lebih kerap berlaku bagi fibroid yang berada di bahagian bawah rahim yang pada masa yang sama boleh menekan kepala bayi yang belum matang. Keadaan ini boleh menyebabkan wanita tersebut mengalami kontraksi (kesakitan bersalin) lebih awal sebelum waktu yang sepatutnya.


Pembesaran Fibroid

Ketika hamil, kebanyakan hormon akan dihasilkan oleh uri (plasenta) dan kebiasaannya menyebabkan peningkatan aras hormon estrogen. Peningkatan aras hormon estrogen yang tinggi akan menyebabkan pembesaran fibroid yang mungkin secara mendadak.

Jika pembesaran fibroid berlaku terlalu cepat, salur darah yang membekalkan nutrien kepada fibroid mungkin tidak boleh membekalkan oksigen yang mencukupi kepada tisu fibroid. Jadi, sebahagian fibroid yang tidak mendapat bekalan darah akan mengalami degenerasi atau dikenal sebagai 'degenerasi merah' (red degeneration).

Proses degenerasi ini akan menyebabkan wanita yang sedang hamil mengalami kesakitan. Biasanya, kesakitan ini akan hilang dalam jangka masa yang pendek tanpa rawatan dan tidak akan mendatangkan masalah kepada kandungan. Bagi wanita yang tidak dapat menahan kesakitan, mereka boleh diberikan ubat penahan sakit jika perlu.


Kelahiran Yang Tidak Normal

Kelahiran normal terganggu jika fibroid berada pada bahagian bawah rahim. Bentuk rahim juga mungkin akan berubah disebabkan kewujudan fibroid. Hal ini akan meningkatkan risiko kedudukan bayi tidak normal seperti melintang atau songsang.

Bayi yang berada dalam keadaan melintang atau songsang terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean. Wanita yang mempunyai masalah sebegini akan diberikan tarikh tertentu bagi pembedahan caesarean secara terancang.

Pendarahan Yang Banyak Selepas Kelahiran

Rahim akan mengalami masalah untuk mengecut. Keadaan ini merupakan salah satu penyebab utama tumpahan darah selepas bersalin. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pakar perbidanan akan memberikan suntikan ubat yang kuat untuk memastikan rahim tersebut dapat mengecut.


Rawatan Fibroid Ketika Hamil

Bagi wanita hamil, doktor hanya akan memberikan rawatan seperti ubat penahan sakit, jika perlu. Ubat penahan sakit selalunya diberikan dalam bentuk suntikan. Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui pembedahan caesarean, sebarang pembedahan membuang fibroid (miomektomi) tidak dilakukan pada masa yang sama.

Perdarahan yang banyak ini mungkin agak sukar dikawal. Keadaan ini berlaku kerana ada saluran darah yang agak banyak dan besar di bahagian rahim ketika hamil berbanding sewaktu tidak hamil.

Pembedahan hanya boleh dilakukan selepas ibu melahirkan anaknya, sekiranya fibroid tersebut berbahaya jika tidak dibuang. Oleh itu, lazimnya saiz fibroid akan diawasi lagi selepas tempoh pantang apabila aras hormon kembali normal.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Dapur Tempat Paling Kotor


oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah

Benarkah dapur adalah tempat paling kotor jika dibandingkan dengan tandas? Persepsi ini bakal berubah andainya anda didedahkan dengan realiti bahawa barangan terkotor di rumah rupa-rupanya bukan di tandas tetapi dapur anda. Ini kerana setiap orang akan membersihkan tandas berulang kali tetapi kurang melakukannya di dapur.

Satu kaji selidik Kebersihan Global Dettol baru-baru ini mendedahkan, kain pengelap di dapur merupakan antara barangan universal paling tercemar dalam sesebuah isi rumah. Di Malaysia pula, 100% kain pengelap di dapur didapati sangat tercemar.

Cuba bayangkan apa akan berlaku apabila kain pengelap yang sama digunakan untuk kerja-kerja membersih? Alamatnya, risiko tempat-tempat yang dibersihkan itu terkena sebaran bakteria turut bertambah.

Si ibu atau suri rumah pula tidak mengendahkan perkara tersebut sehingga meningkatkan risiko jangkitan pada kanak-kanak.


Penyakit Berjangkit

Menurut laporan Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lebih kurang 1.1 juta kematian kanak-kanak di seluruh dunia adalah akibat penyakit berjangkit yang menyebabkan cirit-birit. Tidak hairanlah penyakit berjangkit dan parasitik berada di tempat keempat dalam senarai penyebab utama kemasukan ke hospital di Malaysia pada tahun 2010.

Selain itu, kes-kes keracunan makanan, tuberkulosis (tibi) dan HFMD (penyakit tangan, kaki dan mulut) adalah antara penyakit berjangkit tertinggi di negara ini. Penyebaran penyakit berjangkit di Malaysia memerlukan pemahaman yang lebih mendalam mengenai sifat bakteria, dekontaminasi yang berkesan dan pencetus bagi mengekalkan amalan kebersihan yang betul.

Kajian Bakteria Hidup Dettol

Pakar kebersihan Dettol berkerjasama dengan Majlis Kebersihan Global bagi mengumpul maklumat mendalam daripada kajian dan memberi cadangan praktikal untuk meningkatkan taraf kebersihan dan kesihatan.


Kajian Bakteria Hidup Dettol menunjukkan bahawa kuman seperti E. coli dan Salmonella, yang mengakibatkan keracunan makanan serius boleh hidup di atas permukaan di rumah bagi tempoh yang lama. Kuman S. aureus berupaya untuk hidup selama 48 jam.

Tambahan pula, bakteria akan kekal hidup 2 atau 3 kali lebih lama dalam kain yang lembap berbanding dengan kain yang kering, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan.

Hasil kajian daripada Kajian Bakteria Hidup Dettol menekankan bahawa permukaan yang kelihatan bersih mungkin masih mengandungi kuman-kuman berbahaya. Bakteria boleh meningkatkan risiko jangkitan di antara lokasi-lokasi utama kebersihan seperti permukaan di dapur, tombol pintu dan span cucian yang mana jangkitan berlaku melalui tangan atau kain lap.


Membasuh Tangan

Secara khususnya, adalah terbukti bahawa membasuh tangan selepas menggunakan tandas atau sebelum mengendalikan makanan boleh mengurangkan insiden cirit-birit di kalangan kanak-kanak sebanyak hampir 50%.

Menyahkuman dan membasuh tangan dengan kerap adalah perlu untuk membasmi bakteria berbahaya. Kajian Dekontaminasi Dettol mendapati bahawa produk-produk anti-bakteria adalah paling berkesan untuk menyahkuman bakteria patogenik daripada permukaan-permukaan biasa dalam rumah berbanding sabun atau detergen biasa atau air semata-mata. Kajian kebersihan yang diarahkan oleh Dettol sebelum ini menunjukkan bahawa membasuh tangan dengan sabun anti-bakteria dan air telah terbukti dapat mengurangkan penyakit.

Didik Generasi Muda

Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa keprihatinan memainkan peranan dalam mengekalkan kesihatan yang lebih baik di kalangan warga Malaysia.


Selain itu, rakan sebaya turut mempengaruhi tabiat-tabiat kebersihan. Anehnya, usia adalah pengaruh terbesar ke atas tingkahlaku kebersihan di Malaysia yang mana warga tua dilaporkan lebih kerap membasuh tangan dan membersih permukaan berbanding warga muda. Maka, usia juga turut dikaitkan dengan kesihatan yang lebih baik.

Daripada Kajian Tingkahlaku Dettol, terdapat perbezaan dari segi tingkahlaku berkaitan kebersihan antara generasi tua dan muda di Malaysia. Ia menunjukkan hanya warga tua yang lebih cenderung untuk menjaga kebersihan.

Maka, adalah perlu untuk mendidik generasi muda daripada kanak-kanak lagi dan menggesa mereka untuk menjaga kebersihan bagi mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit di negara ini.


Lagi info tentang DAPUR di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu