This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Kelemumur Rosakkan Rambut dan Kulit Kepala


Kelemumur atau nama saintifik pityriasis capitis merupakan satu fenomena biasa yang dialami oleh 50% manusia di seluruh dunia.

Keadaan ini disebabkan oleh kehadiran sejenis yis iaitu malassezia globosa di permukaan kulit kepala yang memakan sebum kulit (lipid) dan kemudiannya mengeluarkan sejenis molekul. Molekul yang dirembes ini punca kulit kepala menjadi berkuping dan terjadinya kelemumur.

Gatal

Kelemumur boleh membuatkan seseorang itu menggaru kulit kepala secara berlebihan untuk menghilangkan kegatalan.

Ia boleh menyebabkan kulit kepala rosak. Apabila seseorang menggaru kulit kepala, ia menyebabkan lapisan yang melindungi rambut akan terhakis dan lama-kelamaan pecah.


Gugur

Kajian klinikal juga menunjukkan bahawa rambut di sekitar kawasan berkelemumur tidak begitu berkilat atau anjal, yang merupakan tanda bahawa kualiti rambut merosot dan juga struktur yang semakin lemah.

Ini bermakna rambut yang lemah senang putus dan akan menyumbang kepada masalah rambut gugur di kalangan lelaki dan wanita.


Lagi info tentang KELEMUMUR di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Panduan Menyusu Anak Kembar


Menyusu bayi kembar adalah cabaran bagi ibu bapa yang istimewa dan hebat. Sebaik sahaja mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu bersedia dari segi fizikal dan mental menerima kehadiran 2 bayi serentak, bersedia kemungkinan bayi lahir pramatang, bersedia kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean dan membuat perancangan corak penyusuan kepada bayi.

Persediaan mental juga adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang 'susu tidak cukup'. Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran, maka salah seorang atau kedua-duanya secara bergilir-gilir mungkin perlu diberi susu formula! Ini adalah suatu persepsi yang salah.

Seawal Jam Pertama

Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang dilahirkan serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka.


Beberapa panduan yang boleh diamalkan adalah dengan menyusu bayi seawal satu jam pertama dilahirkan. Ramai ibu sudah sedia maklum tentang keperluan menyusu seawal satu jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu.

Sekiranya ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu adalah 'ubat' paling mujarab untuk menambah berat badan bayi. Ini kerana susu ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya ketika dia lahir.

Sekiranya ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan jururawat untuk memperbaiki posisi ibu ketika menyusu pada jam pertama. Sebaiknya berbincang terlebih awal dengan doktor atau jururawat yang bertugas agar hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama dapat diimplementasikan.

Sekerap Mungkin

Panduan seterusnya adalah dengan menyusu bayi sekerap mungkin. Secara puratanya bayi baru lahir menyusu antara 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu.


Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima secara positif oleh ibu kerana ia menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan.

Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi seorang, aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.

Rehat

Ibu juga perlu memperbanyakkan rehat. Ibu-ibu perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stres yang akan mengganggu penghasilan susu ibu.

Ibu boleh tidur dan berehat apabila bayi tidur. Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan menenangkan fikiran.

Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan lebih perhatian kepada menguruskan bayi.


Jaga Pemakanan

Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu.

Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan makan vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.

Pelawat

Anda perlu mengehadkan pelawat. Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar.

Namun begitu ibu masih perlu memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi ketika menyusukan bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba, ambil masa privasi anda kerana ia penting untuk memastikan kelangsungan produksi susu ibu.


Lagi info tentang ANAK KEMBAR di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Fobia Naik Kapalterbang (Aerofobia)


Terdapat sebilangan manusia yang tidak berpeluang menikmati keseronokan perjalanan udara kerana bagi mereka ia suatu pengalaman yang amat menakutkan dan mengerikan.

Dari sudut perubatan, perasaan takut naik pesawat dipanggil aerofobia, pteromerhanofobia atau pun aviatofobia.

Ia tidak harus dipandang ringan kerana ia akan mengehadkan perkembangan kerjaya atau peluang perniagaan seseorang.

Ini menyebabkan seseorang tidak dapat menjimatkan masa untuk menghadiri aktiviti melibatkan kerjaya, acara keluarga seperti perkahwinan, kematian, menziarahi saudara mara sakit dan acara keagamaan seperti menunaikan haji atau umrah.


Simptom

Seseorang yang mengalami aerofobia biasanya mengalami perasaan takut, fobia atau kerisauan yang mendalam sehingga mereka berasa amat tertekan sekiranya terpaksa menaiki pengangkutan udara.

Pelbagai variasi tanda-tanda daripada perasaan kecut perut dan berdebar-debar ketika menunggu di balai berlepas sehinggalah mendapat serangan panik dan muntah ketika di dalam pesawat.

Pelbagai tingkah-laku menarik boleh dilihat dalam kalangan mereka yang mengalami aerofobia bergantung kepada apa yang dibayangkan di dalam fikiran mereka.


* Ada penumpang lebih selesa duduk berdekatan tingkap kerana beranggapan akan dapat melihat perubahan cuaca di luar sana.

* Ada yang duduk berdekatan dengan pintu kecemasan dengan harapan akan menjadi orang pertama menyelamatkan diri jika berlaku malapetaka.

* Ada pula yang cuma duduk diam di tempat duduk walaupun terpaksa menahan diri daripada pergi ke tandas kerana takut jika berjalan akan menyebabkan ketidakseimbangan kepada pesawat yang sedang terbang.

* Mereka juga mengelak untuk makan dan minum di dalam pesawat.

Aerofobia juga boleh berlaku dalam kalangan petugas udara seperti juruterbang dan anak kapal terutama apabila mereka terbang sebagai penumpang.


Penyebab Aerofobia

Pengalaman silam tidak menyenangkan semasa menaiki pesawat dalam cuaca buruk mungkin menjadi penyebab utama kepada aerofobia.

Ada antara penumpang yang pertama kali menaiki pesawat menyalahkan media kerana memperbesar-besarkan isu nahas udara.

Peningkatan jadual penerbangan di seluruh dunia setiap hari pasti akan meningkatkan risiko kebarangkalian berlaku nahas udara tetapi perlu diingat bahawa aspek keselamatan pengangkutan udara juga meningkat.

Kajian menunjukkan perjalanan melalui pesawat udara lebih selamat berbanding pengangkutan darat yang lain per kilometer jarak perjalanan.

Gabungan

Aerofobia adalah gabungan daripada beberapa jenis fobia yang lain. Ada antara mereka sebenarnya takutkan ketinggian (acrophobia) atau takut berada di tempat terkurung (agoraphobia) kerana peluang menyelamatkan diri tipis sekiranya berlaku bencana.


Ada yang takut berada bersama orang yang tidak dikenali di dalam pesawat, bimbang jika berlakunya kejadian rampasan pesawat seperti tragedi 9/11, takut turbulence dan pelbagai kebimbangan lain.

Walau apa pun punca ketakutan mereka, kajian menunjukkan punca utama ketakutan adalah terlibat dalam nahas udara yang menyebabkan pesawat terhempas.

Redakan Ketakutan

Pesawat biasanya dipandu oleh juruterbang yang tidak dikenali dan mustahil juruterbang beramah mesra dengan penumpang. Justeru peranan anak kapal adalah penting dalam meredakan kebimbangan penumpang.

Penerangan berkenaan prosedur keselamatan pesawat perlu dibuat dengan jelas dan layanan yang diberi kepada penumpang perlu mesra untuk meredakan ketakutan.


Lagi info tentang AEROFOBIA di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Masalah Kawalan Kencing Kerana Otot Pelvis


oleh Bintu Rasyada A. Rahman

Kawasan yang boleh dianggap sebagai 'mahkota wanita' sebenarnya mudah terdedah kepada masalah yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal namun turut menggugat keharmonian rumah tangga.

Contohnya, otot lantai pelvis menjadi lemah disebabkan beberapa perkara iaitu pertambahan usia, kelahiran bayi dan juga obesiti. Sesetengah prosedur yang dilakukan ketika proses kelahiran seperti forsep turut menyumbang kepada masalah di bahagian itu dalam tempoh yang panjang.

Otot dasar pelvis yang lemah menjadi punca kepada kurang kenikmatan seksual dan juga kekenduran organ-organ pelvis seperti pundi kencing dan rahim.

Apabila ini berlaku, wanita akan mengalami masalah kawalan air kencing sehingga menyebabkan mereka terkucil ketika batuk, ketawa atau sebarang aktiviti menggunakan tenaga secara tidak sengaja.


Masalah itu boleh dikurangkan dengan mengurangkan pengambilan minuman berkafein, menghentikan tabiat merokok dan juga mengawal obesiti. Wanita juga perlu mengurangkan aktiviti yang melibatkan kekuatan fizikal kerana ia turut menyumbang kepada kelonggaran otot-otot pada lantai pelvis.

Tahap Masalah Kawalan Kencing

Gred 1 - Terkucil disebabkan tekanan secara tiba-tiba di kawasan abdomen, namun tidak berlaku ketika malam.

Gred 2 - Berlaku ketika pesakit berjalan, bangun dari posisi duduk, duduk pada katil atau berlaku dengan kerap ketika malam

Gred 3 - Berlaku walaupun tiada kaitan dengan aktiviti fizikal atau posisi.


Rawatan

Terdapat beberapa cara rawatan bagi merawat masalah otot lantai pelvis lemah. Antaranya melalui pembedahan, namun ia dikhuatiri tidak mampu menjadi penyelesaian jangka panjang selain berlaku risiko komplikasi.

Rawatan melalui pengambilan ubat juga boleh dilakukan namun ia tidak begitu berkesan seperti pembedahan. Ia juga mempunyai risiko komplikasi dan hanya berkesan ketika ubat diambil.

Sebagai alternatif, wanita boleh memilih melakukan senaman otot lantai pelvis atau lebih dikenali sebagai senaman Kegel.

Senaman Kegel

Senaman Kegel yang diperkenalkan oleh Dr. Arnold Kegel pada tahun 1940-an, telah terbukti mampu menguatkan dan mengentalkan otot lantai pelvis yang lemah akibat gejala penuaan, melahirkan anak dan prosedur-prosedur pembedahan seperti histerektomi.


Kajian yang dilakukan menunjukkan wanita mengandung yang melakukan senaman otot lantai pelvis kurang mengalami masalah kawalan kencing. Wanita yang mengamalkan senaman otot lantai pelvis selama 4 tahun juga dilaporkan kurang mengalami masalah kawalan kencing berbanding mereka yang tidak.

Senaman otot lantai pelvis boleh dilakukan dengan cara berbaring sambil menekan otot lantai pelvis sekuat mampu selama beberapa saat (maksimum 10 saat). Ulang gerakan yang sama selepas berehat sekitar 10 saat.

Senaman itu elok dilakukan 3 kali sehari dengan anggaran 10 hingga 15 kemutan setiap kali. Ia juga elok dilakukan pada 3 posisi yang berlainan.


Lagi info tentang SENAMAN KEGEL di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)


by Dr. Milton Lum

Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) comprises behavioural symptoms of inattentiveness, impulsiveness and hyperactivity. People with ADHD have a short attention span, are easily restless, get distracted easily and fidget incessantly.

Whether ADHD is an extreme form of normal behaviour, or part of a separate range of behaviour, is not well understood.

It is estimated ADHD affects about 3-9% of schoolgoing children and young people, and about 2% of adults. It is the most common behavioural disorder in many countries.

ADHD starts at an early age and becomes obvious when the child's situation changes, e.g. starting school. It is more common in males. Whether ADHD can occur in adults without it occurring in childhood has not been elucidated.


It is estimated that at age 25, about 15% of childhood ADHD patients still have a full range of symptoms, and 65% have symptoms affecting their daily lives.

What Causes ADHD?

The causes of ADHD are not well understood. It is believed to be due to a combination of genetic and environmental factors.

ADHD occurs in families. Both parents and siblings of a child with ADHD are 4 to 5 times more likely to have ADHD.

Brain function in ADHD is different from people without the condition. It is believed that there is impaired function of the brain chemicals that transmit messages. Activities in the sections of the brain that control attention and activity appear to be less.


There are also findings that indicate impaired function of the frontal lobes that control decision-making, and altered levels of chemicals like dopamine and noradrenaline.

Pregnant smokers and alcohol and drug abusers have an increased risk of giving birth to a child with ADHD.

Males are more likely to be diagnosed with ADHD. This may be because loud and disruptive behaviour are more noticeable in males. It may also be that the diagnosis is missed in females because they are more likely to have attention deficit disorder (ADD), which is a type of ADHD.

Although there is insufficient evidence linking television to ADHD, it is believed that watching tv for several hours a day by children below 3 years of age could be a contributing factor to attention problems and ADHD later.


There are suggestions of associations between ADHD and common food allergens like milk and wheat. Other suggested causes are premature birth (before 37 weeks of pregnancy), low birth weight, brain damage in utero or in the first few years of life.

Symptoms of the Disease

The features of ADHD can be classified into 2 : inattentiveness, and impulsiveness and hyperactivity.

There are 3 types of ADHD, ie mainly inattentive, mainly hyperactive-impulsive, and combined.

The combined type is the most common. The mainly inattentive is also known as ADD. As females are more likely to have ADD, it is possible that the condition is more common than thought because of underdiagnosis.

The features of inattentiveness are a short attention span; easy distraction; forgetfulness; carelessness; inability to concentrate, carry out instructions and carry out time-consuming tasks; and constant changing of activity.


The features of impulsiveness are acting without thinking; interrupting conversations; inability to wait for a turn; breaking of rules; and inability to appreciate danger.

The features of hyperactivity are inability to stay still; continuous fidgeting; excessive movement and talking; and inability to carry out tasks.

ADHD Association

ADHD is associated with other conditions like epilepsy, involuntary movements and sounds, sleep disorders, learning difficulties, anxiety disorders, depression, and conduct disorders, which is usually associated with antisocial behaviour.

However, there is no effect of ADHD on intelligence.


The features of ADHD in adults are more subtle. They include carelessness, forgetfulness, restlessness, inability to focus or prioritise, irritability, mood swings, risk taking and poor organisational skills. There may be problems in respect of relationships, drugs, employment and crime.

ADHD is associated with obsessive compulsive, bipolar and personality disorders.

Diagnostic

There is no single diagnostic test for ADHD. If the condition is suspected, an appointment with the doctor is advisable.

The doctor will ask about the symptoms and its impact on the child's quality of life, any changes in social circumstances, family history of ADHD, other health problems and any functional effects, e.g. inability to make or keep friends or to wash or eat, underachievement in school, and disciplinary problems.

A referral to a specialist may be made for a detailed assessment which includes a physical examination; tests for short-term memory, concentration and problem-solving skills; and a series of interviews or reports from parents, teachers and/or partners.


There are diagnostic criteria in children. They must :

* show symptoms continuously for at least 6 months beginning before the age of 7 (in some cases, a diagnosis can still be made if symptoms do not start until after);

* having symptoms in at least 2 different settings, e.g. at home and at school; and

* show symptoms that make social, academic or occupational lives more difficult, which are not just part of a developmental disorder or difficult phase, and are not accounted for by another condition.

There are no diagnostic criteria for adults. Currently, a diagnosis of adult ADHD cannot be made unless symptoms have been present since childhood. The symptoms cause impairment of daily activities, eg keeping friends and relationships, underachievement at work or in education, and dangerous driving.

ADHD Treatment

There is no cure for ADHD. However, treatment reduces its severity and makes life less problematic. A combination of medicines and therapy is the best approach. Treatment is usually prescribed by a psychiatrist and can be monitored by the general practitioner.


The medicines include central nervous system stimulants, e.g. methylphenidate and dexamfetamine, and a selective noradrenaline uptake inhibitor, i.e. atomoxetine. The medicines provide a short period after each dose for the ADHD person to be calmer, less impulsive, concentrate better, and learn and practise new skills.

All the medicines used in treating ADHD are prescription items. The dosages will be small initially, and may then be increased gradually.

The factors considered by the doctor before prescribing include the presence of any other health conditions, its side effects, its contraindications, and whether the dosage prescribed interferes with school or work.

All 3 medicines cannot be prescribed for pregnant or lactating females. Methyphenidate cannot be prescribed for patients with glaucoma or severe depression. Dexamfetamine cannot be prescribed in patients with car-diovascular disease, eg high blood pressure or overactive thyroid (hyperthyroidism). Atomoxetine cannot be prescribed for those with glaucoma.

As is the case with most medicines, all 3 have side effects.


Regular check-ups by the doctor are necessary to assess the effectiveness of the medicine. If there is improvement, the doctor may advise a break from medicine for a short period to assess how the patient manages without the medicine.

Therapy

There are different modalities of therapy.

Psychotherapy involves the patient discussing the condition and its effects. This can help the patient to cope and live with the condition.

Behaviour therapy involves managing behaviour with a system of rewards and penalties. This also provides support for parents, teachers and carers. Appropriate behaviour is rewarded with praise and encouragement, while there is a small penalty for inappropriate behaviour.


Cognitive behavioural therapy (CBT) involves the therapist trying to change how the ADHD patient feels about a circumstance, which would in turn lead to a change in behaviour. This would help increase self-esteem, reduce negative thoughts, and improve problem-solving skills.

Social skills training involve the child participating in role-play. Its objective is to teach the child how to behave socially by learning how their behaviour affects others.

Parents and caregivers can also learn management skills, eg specific ways of talking to the child and working with them to improve attention and behaviour. This also increases the parents' confidence in their ability to care for their children and their relationship with their child.

As with everyone in the population, regular exercise is beneficial for a person with ADHD.


Other treatment modalities used include omitting the consumption of certain foods and the taking of supplements. However, there is no scientific evidence that they work.

Needless to say, it would be prudent to seek medical advice prior to embarking on these modalities as they are potentially harmful if carried out in the long term.

Although there is no cure for ADHD, it can be managed with a combination of medicines and psychological, social and education therapies. Continual compliance with treatment will make life more manageable for patients, parents, carers and teachers.


More info on ADHD here.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Pemindahan Lemak Tiada Risiko Penolakan


oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin

Selepas perkataan 'bermadu', perkara lain yang paling ditakuti oleh golongan wanita ialah 'lemak'. Lemak yang selama ini digeruni wanita membawa pelbagai masalah kerana menjadi punca utama kepada faktor kegemukan dan obesiti.

Bagaimanapun kaedah terkini yang dipanggil pemindahan lemak (fat transfer)telah mengubah persepsi mengerikan terhadap pepejal yang selama ini dianggap langsung tidak berguna kepada manusia.

Kaedah ini menjadi rutin rawatan kecantikan yang paling terkini, popular dan dipercayai ramai.


Apa Itu Pemindahan Lemak?

Secara umumnya pemindahan lemak ialah satu prosedur yang dilakukan bagi memindahkan lemak di sesuatu bahagian badan, kepada satu bahagian badan yang lain.

Sebagai contoh, lemak di bahagian paha atau punggung diambil, diproses dan kemudian disuntik ke bahagian muka. Prosedur ini hanya mengambil masa antara 20 ke 30 minit kerana ia tidak terlalu rumit untuk dijalankan.

Sebelum ini, prosedur pemindahan lemak hanya digunakan bagi tujuan pembedahan kosmetik. Hari ini, ia juga digunakan bagi tujuan kesihatan termasuklah pembinaan semula payudara bagi wanita yang berhadapan dengan kanser payudara.

Bagaimanapun, tidak semua lemak dalam badan boleh dipindahkan kerana kualitinya yang berbeza-beza. Kebiasaannya, lemak di bahagian perut kurang sesuai untuk diaplikasi sementara yang terbaik pula berada pada bahagian peha dan punggung.


Lemak Buat Wanita Cantik

Fungsi lemak amat penting dalam membentuk kecantikan serta keanjalan kulit di bahagian tertentu pada badan manusia.

Misalnya, pada usia 16 hingga 27 tahun, taburan lemak dalam badan wanita masih berada di tempat yang sepatutnya. Lemak ini berada di lokasi strategik dan kelihatan cantik, justeru dalam usia berkenaan ia dianggap sebagai zaman keemasan bagi seorang wanita.

Lemak-lemak inilah yang mencantikkan payudara, punggung dan juga tempat-tempat tertentu seperti pipi dan dagu. Maka dengan itu, dalam usia lingkungan 16 sehingga 27 tahun, setiap wanita memiliki struktur badan paling indah, selain kulit yang halus mulus, licin dan segar bermaya.


Peranan Teknologi

Bagaimanapun memasuki usia 29 tahun keadaan mula berubah. Proses kematangan usia, graviti, tekanan mental dan fizikal akibat bersalin dan kerja seharian, menjadikan keindahan itu merosot sedikit demi sedikit.

Otot-otot manusia menjadi semakin aktif, manakala lemak di tempat seperti dagu, pipi, punggung akan terhapus hari demi hari. Proses semulajadi ini seterusnya mengakibatkan kulit mulai kendur, timbul lekuk-lekuk pada permukaan wajah selain pigmentasi yang semakin jelas bertompok.

Di sinilah teknologi mengambil bahagian. Melalui prosedur pemindahan lemak ini, ia mampu mengembalikan semula kecantikan seseorang wanita apabila tempat kosong dan terjejas itu diisikan semula.

Lemak yang berada di tempat yang tidak sepatutnya, akan dipindahkan ke tempat yang sepatutnya ia berada.


Kaedah Selamat

Jika bercakap dari sudut kaedah rawatan kecantikan, apakah yang membezakan antara kaedah ini dengan botox mahupun filler yang telah sekian lama digunapakai?

Bezanya ialah, kaedah pemindahan lemak ini dianggap lebih selamat. Ia juga tidak akan menjejaskan ujian kanser kerana hanya menggunakan produk daripada badan individu itu sendiri. Ini bermakna, risiko penolakan jarang berlaku.

Berbanding penggunaan kaedah lain, pemindahan lemak ini lebih selamat kerana ia serasi dari segi biologikal.

Selain itu sel lemak juga tidak pernah menjadi kanser yang berbisa dalam badan dan ia boleh dipindahkan pada mana-mana bahagian terutamanya di muka, bibir dan payudara bagi proses pemuliharaan.


Lebih Efektif

Pemindahan lemak menjadi pilihan terkini juga sudah tentu kerana kos yang efektif. Prosedur ini tidak membuatkan pelanggan berasa membazir dibandingkan dengan perkhidmatan kecantikan yang lain.

Apa yang penting, prosedur ini tidak mengubah bentuk wajah asal seseorang. Jika botox menegangkan dan filler boleh membuatkan dagu atau hidung berubah bentuk menjadi lebih mancung, prosedur ini sebaliknya memberikan kesan keaslian kepada pemiliknya.

Prosedur ini hanya memberi semula sel baru (sel stem) yang telah hilang. Apabila sel baru diaplikasi, wajah kelihatan jauh lebih muda berbanding sebelumnya. Ini yang berlaku apabila lemak-lemak yang telah hilang diisi semula ke bahagian yang sepatutnya ia berada.


Lagi info tentang PEMINDAHAN LEMAK di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

PCOS Punca Wanita Mandul


oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah

Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome - PCOS) merupakan gangguan hormon paling tinggi di kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

Masalah Lazim

PCOS yang juga dikenal juga sebagai Sindrom Stein-Leventhal merupakan masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak banyak yang diperkatakan tentang hal ini.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20% wanita yang berusia lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40% wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.


Gejala

Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang pengidap dengan pengidap yang lain.

Antara yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).

Sindrom ini juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat penyakit diabetes, peningkatan aras kolesterol darah dan juga hipertensi.

Akhirnya, masalah ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung atau dikenal juga sebagai penyakit kardiovaskular.

Klasifikasi

Terdapat beberapa klasifikasi bagi mendiagnosis sindrom ini. Pada 2003, pakar-pakar dari Amerika dan Eropah bersepakat menyatakan bahawa PCOS perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 daripada 3 ciri berikut iaitu :

(i) Masalah pengovulan, iaitu tempoh kitaran haid yang lama (contohnya kedatangan haid yang tidak tetap, setiap 2 - 3 bulan), tempoh perdarahan yang lama dan perdarahan yang sedikit.


(ii) Bukti terdapat kadar hormon lelaki (androgen) yang tinggi (sama ada secara kadar biokimia atau secara manifestasi klinikal), iaitu hirsutisme (terdapat bulu tumbuh pada kawasan yang khusus untuk lelaki seperti misai dan janggut), jerawat, kulit yang lebih gelap pada bahagian lipatan (bahagian leher, celah ketiak dan celah paha) dan juga botak di bahagian depan kepala.

(iii) Pemeriksaan imbasan ultrabunyi melalui faraj menunjukkan terdapat banyak folikel yang kecil dan tidak membesar secukupnya untuk mengeluarkan ovum dalam proses pengovulan.

Klasifikasi yang disebutkan ini juga dikenal sebagai klasifikasi Rotterdam.

Metabolisme Rendah

Kebanyakan wanita yang menghidap PCOS mempunyai metabolisme yang rendah sehingga menyebabkan masalah berlebihan berat badan (obesiti), terutamanya di kawasan pinggul. Sebenarnya, PCOS merupakan keadaan yang akan dihadapi sepanjang hidup melibatkan semua peringkat umur, bukan sahaja dalam tempoh masa kesuburan.

Kesuburan

Lebih kurang 80 peratus daripada penghidap PCOS mengalami masalah ketidaksuburan atau dikenal juga sebagai mandul (infertiliti).

Masalah ketidaksuburan memberikan impak fizikal dan sosial kepada pasangan yang mengalaminya, khususnya pihak isteri. Keadaan itu boleh menyebabkan tekanan perasaan, tidak dapat menerima hakikat kekurangan diri, berasa rendah diri, mudah berasa diri dipinggirkan dan suka bersendirian atau memencilkan diri.


Rawatan

Rawatan PCOS ini juga bergantung pada usia wanita dan keinginannya untuk hamil.

Rawatan adalah penting untuk mengurangkan risiko kanser rahim, terutamanya jika kitar haidnya terlalu lama dan mengalami perdarahan yang terlalu banyak. Selain itu, penghidap PCOS juga memerlukan rawatan jangka panjang dan motivasi yang tinggi dalam dirinya sendiri.

Ubat-ubatan sahaja tidak akan membantu penghidap PCOS, malah setiap orang juga perlu berusaha untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.

Pada masa ini, terdapat pelbagai kaedah rawatan ketidaksuburan bagi pesakit yang menghidap penyakit ini. Terdapat beberapa faktor mempengaruhi pilihan rawatan yang akan digunakan. Kaedah rawatan yang dipilih biasanya di atas persetujuan pesakit.

Ubat-ubatan

Penggunaan ubatan juga merupakan kaedah untuk merawat masalah ketidaksuburan. Terdapat pelbagai jenis ubatan antaranya metformin, yang tergolong dalam kumpulan ubat perangsang insulin.

Ubat ini bertindak dengan mengembalikan kadar insulin daripada aras yang tinggi kepada normal. Namun terdapat kesan sampingan, terutamanya pada peringkat awal pengambilan ubat ini. Antaranya termasuklah loya, cirit-birit dan perut kembung.

Walaupun tiada lagi laporan tentang kesan sampingan ubat ini terhadap kandungan, namun pengambilan ubat hendaklah dihentikan apabila seseorang wanita itu disahkan hamil.


Clomiphene citrate juga merupakan ubat untuk merawat infertiliti. Kajian menunjukkan bahawa gabungan metformin dan clomiphene telah menunjukkan kejayaan pengovulan pada 90% penghidap PCOS. Pengambilan clomiphene sahaja mencatat kadar pengovulan 70 hingga 80% dan kadar kandungan yang berjaya hamil sebanyak lebih kurang 40%.

Ubat ini tidak boleh diberikan lebih daripada 12 kitar haid bagi individu yang tidak pernah hamil kerana risiko mendapat kanser ovari meningkat untuk jangka masa panjang.

Terdapat juga sebilangan pesakit yang masih tidak berjaya mencapai pengovulan walaupun diberikan clomiphene sehingga dos maksimum. Keadaan itu dikenali sebagai kerintangan clomiphene (clomiphene resistance).

Terdapat ubat lain seperti suntikan hormon gonadotrofin untuk membantu dalam perkembangan ovum. Kaedah ini berkesan tetapi mahal, memakan masa dan memerlukan kepakaran.

Bagi kaedah suntikan ini, biasanya penghidap PCOS akan menjalani rawatan secara permanian beradas (intrauterine insemination). Peluang untuk hamil bagi setiap pusingan adalah lebih kurang sebanyak 5 hingga 10% sahaja.

Cara ini disarankan sebanyak 3 hingga 4 kali sahaja dan jika masih gagal untuk hamil, maka kaedah seterusnya adalah secara bayi tabung uji atau persenyawaan in-vitro (in-vitro fertilization, IVF) yang mempunyai kadar peratus kejayaan hamil dalam 30%.


Impak Sosial

Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sering melihat kebolehan melahirkan anak sebagai salah satu kewajipan selepas berkahwin.

Selepas beberapa tahun berkahwin dan pasangan tersebut masih tidak mempunyai anak boleh menyebabkan masyarakat sekeliling memandang serong dan membuat pelbagai tanggapan negatif

Pesakit yang mengalami masalah ketidaksuburan akan berasa tertekan dan tidak dapat bergaul dengan masyarakat dan boleh membawa kepada pelbagai masalah lain.

Oleh itu, sokongan keluarga dan masyarakat sekeliling amat penting bagi penghidap PCOS dan pesakit lain yang mengalami masalah ini. Mentaliti masyarakat perlulah diubah supaya tidak sewenang-wenangnya mengadili orang lain dan menyebarkan pelbagai cerita.

Di samping itu, pesakit PCOS juga perlu mengetahui masalah yang dihadapinya supaya dapat diberi rawatan sewajarnya.






Jom bincang artikel di atas...



testing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu