This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Pedih Ulu Hati Simptom GERD


oleh Nurul Anuar Kari

Adakah anda sering merasa pedih ulu hati (heartburn) atau tidak selesa di bahagian dada hingga menular ke kerongkong? Atau pernahkah anda mengalami kembung perut atau sendawa yang kerap, walaupun belum menikmati makanan.

Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala ini selain sering rasa masam atau pahit di dalam mulut, sukar menelan makanan, sakit kerongkong dan batuk berterusan seterusnya mengalami gangguan tidur akibat simptom-simptom tersebut, anda mungkin menghidap GERD.

GERD (gastroesophageal reflux disease) merupakan penyakit biasa di Barat dan kini semakin banyak dikesan pada penduduk Asia, terutamanya golongan muda di bawah umur 40 tahun.

GERD adalah keadaan yang timbul akibat refluks atau regurgitasi kandungan perut ke salur pemakanan (esofagus) menyebabkan komplikasi atau simptom yang menyukarkan kehidupan harian pesakit.


Kenali GERD

Pada kebiasaannya, asid dalam perut hanya memasuki salur pemakanan dalam jumlah kecil sahaja dan akan segera dineutralkan kembali. Bagaimanapun dalam kes GERD, jumlah asid yang banyak disalurkan ke esofagus apabila injap terbuka dan dalam jangka masa panjang mungkin menyebabkan lapisan tisu saluran itu terhakis.

Bagi pesakit GERD, hakisan berulang sehingga ke sel-sel saraf akan menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan di bahagian dada.

Kesakitan ini berpunca daripada kumpulan saraf berhampiran jantung yang dikongsi bersama salur esofagus. Kumpulan saraf ini dikongsi memandangkan esofagus melalui belakang jantung sebelum bercantum ke perut.

Disebabkan kedudukan struktur seperti ini, pesakit tidak akan sakit pada perut tetapi akan merasa sakit pada tengah dada (sternum) dan kerap pedih ulu hati. Pesakit juga akan kerap merasa masam (asid) atau pahit di dalam mulut akibat masalah refluks asid ini.


Merana Dalam Diam

Ramai pesakit GERD yang 'merana dalam diam' akibat tidak mengetahui mereka menghadapi masalah refluks asid ini.

Dianggarkan 15-20% daripada populasi penduduk di Malaysia menghidap GERD dan jumlah ini mungkin lebih tinggi di bandar-bandar utama dalam kelas umur yang masih bekerja. Kajian terkini juga menunjukkan lebih 50% pesakit asma yang susah untuk dikawal menghidap GERD.

Selain itu, penyakit ini juga tinggi di kalangan pesakit laringitis kronik yang memberi kesan kepada pita suara mereka. Masalah tidur yang dihadapi pesakit GERD juga meningkat dengan jumlah kejadian pedih ulu hati yang berlaku dalam seminggu.


Punca GERD

Punca sebenar refluks masih belum diketahui tetapi berkemungkinan melibatkan fungsi sphincter atau cerutan yang memisahkan esofagus dan perut yang semakin lemah, menyebabkan asid memasuki esofagus.

Faktor lain yang dilihat meningkatkan risiko menghidap GERD termasuklah :

* Obesiti (kegemukan)

* Jantina (lelaki lebih mudah mendapat GERD)

* Usia (risiko meningkat dengan usia)

* Bangsa (kaum India lebih mudah menghidapi GERD) dan

* Gaya hidup (pengambilan alkohol dan rokok)


Rawatan

Rawatan melalui pembedahan mengetatkan cerutan struktur ini juga tidak menunjukkan kejayaan memberangsangkan kerana kebanyakan pesakit tetap perlu mengambil ubat.

Ubat Proton Pump Inhibitor (PPI) menjadi pilihan pakar sistem salur pemakanan untuk mengawal penghasilan asid oleh sel-sel di dalam perut, seterusnya mengawal masalah refluks asid pesakit GERD.

Ubat PPI digunakan untuk rawatan segera simptom utama GERD yang menyukarkan kehidupan harian pesakit dan juga untuk kawalan jangka panjang penyakit tersebut.

Esomeprazole merupakan antara contoh PPI terbaik dan dianggarkan 20% lebih berkesan dalam mengawal penghasilan asid perut. Ubat untuk rawatan GERD seperti PPI juga hanya boleh diperoleh melalui preskripsi doktor bertauliah.

Mereka yang mempunyai gejala atau simptom GERD digalakkan menemui doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan.

Ujian endoskopi juga boleh dilakukan untuk memastikan jika terdapat hakisan asid pada esofagus pesakit tetapi ujian ini tidak menjadi kewajipan untuk rawatan GERD.


Lagi info tentang GERD di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Video/Gambar Potong Kaki Kerana Kencing Manis


(Video ada pada bahagian bawah)

Pada setiap 30 saat, seseorang akan kehilangan kakinya disebabkan kencing manis, atau diabetis. Ini disebabkan kencing manis dan kecederaan adalah kombinasi yang amat membahayakan.

Jika anda mengidap kencing manis, tiada istilah 'kecederaan kecil' pada kaki. Luka paling kecil seperti calar pun, jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kepada pemotongan kaki.



Pesakit kencing manis mempunyai risiko yang tinggi daripada kecederaan pada kaki disebabkan oleh komplikasi kencing manis itu sendiri. Pesakit kencing manis mempunyai kadar pengaliran darah yang agak perlahan, menyebabkan kadar penyembuhan adalah lebih lambat berbanding mereka yang sihat.

Selain itu, faktor yang turut menyumbang ialah kerosakan saraf atau neuropati (neuropathy) yang dialami oleh pesakit kencing manis. Sebarang kecederaan tidak dapat dirasai, sehinggalah kecederaan itu sudah menjadi agak teruk.



Oleh kerana itu, bagi pesakit kencing manis, penjagaan kaki adalah amat penting. Jika terdapat sebarang kecederaan pada kaki, walau sekecil mana pun, sila pastikan luka itu dicuci dengan segera. Perhatikan perkembangan luka tersebut. Jika tiada perubahan positif dalam 24 jam, sila berjumpa doktor dengan kadar segera.

Pada anak-anak, janganlah bertangguh membawa ibubapa anda berjumpa doktor. Jika mereka nanti kehilangan kaki, mereka mungkin akan 'hilang semangat' untuk terus hidup dan merasakan mereka hanya menyusahkan anak-anak.


Jangan pandang ringan nasihat di atas. Atau anda sanggup kehilangan kaki anda? Anda mungkin sanggup kehilangan satu tangan, tapi anda pasti tidak sanggup kehilangan satu kaki!

Ikuti video penuh prosedur pemotongan kaki di bawah.





Dapatkan Kacip Emas
penawar diabetes mujarab di

Kedai Online SihatSelalu!!





Lagi info tentang KENCING MANIS di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Jadual dan Keputusan Piala Thomas 2012


Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2012 berlangsung dari 20 hingga 27 Mei 2012 di China. Memandangkan Malaysia hanya ada wakil dalam Piala Thomas, jadi kita tumpukan pada Piala Thomas sahaja.

Pada peringkat kelayakan, pasukan-pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bermain secara round robin. Malaysia diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama Denmark dan Afrika Selatan.

Jadual dan keputusan terkini Piala Thomas akan dikemaskini pada semasa ke semasa. Sila bookmark laman web ini di browser anda.


Jadual Separuh Akhir 25 Mei 2012

Denmark lwn Korea
China lwn Jepun

Keputusan 23 Mei 2012, Suku Akhir

Malaysia 0 - 3 China

Liew Daren Wei klk Lin Dan 19-21, 21-9, 21-5
Koo/Tan klh Cai Yun/Fu Haifeng 17-21, 18-21
Muhammad Hafiz klh Chen Long 21-10, 21-11

Jepun 3 - 2 Indonesia
Denmark 3 - 0 Rusia
Korea 3 - 0 Jerman

Keputusan 22 Mei 2012, Kumpulan C

Malaysia 2 - 3 Denmark

Lee Chong Wei klk Peter-Gade Christensen (tarik diri, cedera)
Boon Heong/Thien How klk Mathias/Carsten 21-17, 23-21, 21-11
Liew Daren klh Jorgensen 21-15, 21-13
Kien Keat/Goh Shem klk Rasmussen/Joachim 18-21, 15-21
Muhammad Hafiz klh Hans-Kristian 21-17, 17-21, 21-19



Keputusan 21 Mei 2012, Kumpulan C

Malaysia 5 - 0 Afrika Selatan

Lee Chong Wei klh Jacob Malieka 21-13, 21-10
Liew Daren klh Willem Viljoen 21-11, 21-9
Muhammad Hafiz klh Prakash Vijayanath 21-10, 21-8
Koo/Tan klh Dorian/Willem 21-8, 21-12
Goh/Lim klh Prakash/Jacob 21-11, 21-14



Kedudukan Kumpulan C



Kedudukan Kumpulan A



Kedudukan Kumpulan B



Kedudukan Kumpulan D






Jom bincang artikel di atas...



testing

Kesan Pendarahan Haid Berlebihan


Suatu tinjauan global mendapati setiap seorang daripada 3 orang wanita mengalami aliran haid berlebihan daripada kadar purata.

Walaupun kajian mendapati 80% daripada mereka yang mengalami gejala ini menjejaskan aktiviti harian, tetapi hanya 35% sahaja yang mendapatkan bantuan perubatan.

Tinjauan sama turut mendedahkan 3 daripada 4 wanita yang didapati mengalami pendarahan haid yang berlebihan menyatakan ia menjejaskan kehidupan dan aktiviti harian.

Sebanyak 82% pula mengakui ia menjejaskan hubungan dengan pasangan dan 83% mengatakan mengganggu aktiviti sosial.


Melebihi 80 ml

Pendarahan berlebihan dari aspek perubatan bermaksud kehilangan darah haid melebihi 80 mililiter (ml) pada setiap kitaran haid.

Pendarahan haid berlebihan ini akan memberi tekanan kepada kehidupan wanita kerana ia menjadikan diri mereka sentiasa dalam kebimbangan. Ia turut mengganggu aktiviti harian, pekerjaan dan mengurangkan keyakinan diri.

Namun, ramai yang menanggung masalah itu secara senyap sebab tidak mengetahui perbezaan antara aliran haid biasa dan kehilangan darah haid berlebihan.


Cara Mengesan

Cara untuk mengesan adalah dengan mengenal pasti keadaan bila mereka perlu menggunakan satu atau lebih tuala wanita setiap jam. Tidur mereka juga terganggu sebab perlu menukar tuala perlindungan pada waktu malam.

Pendarahan haid yang berlebihan adalah punca utama menyebabkan kesihatan wanita terganggu dan menjejaskan kira-kira 9 hingga 30% reproduktif wanita.


Lagi info tentang HAID di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Sembelit Kronik Akibat Kanser Usus


oleh Siti Nor Afzan Kasiman

Pernahkah anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.

Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

Kurang 3 Kali Seminggu

Sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40% najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75% najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.


Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.

Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.

Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda.

Menahan Air Besar

Wanita sering memilih untuk menahan air besar daripada membuangnya terutama jika berada di kawasan awam seperti kompleks beli-belah yang mempunyai tandas kotor.


Ini disebabkan mereka berasa geli untuk membuang air besar di tandas awam. Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor dan berbau. Tetapi apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas.

Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut kembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas. Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekaligus menyebabkan usus tersumbat.

Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengah ke tandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ke tandas.

Keadaan ini lama-kelamaan boleh mendatangkan masalah seperti perut kembung, muntah dan rasa sangat tidak selesa.


Sembelit Yang Tidak Bahaya

Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia juga boleh menjadi sebaliknya.

Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.

Sembelit jenis ini juga boleh terjadi kerana pertukaran cara pemakanan yang kurang serat. Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.

Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga kulit dubur merekah, pedih dan berdarah.


Sembelit Bukan Buasir

Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai isu ringan apatah lagi jika mengalami sembelit secara berterusan untuk tempoh 2 hingga 3 minggu.

Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus.

Sembelit Akibat Kanser Usus

Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus dan saluran najis yang tersumbat.


Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.

Ramai wanita malu untuk tampil berjumpa doktor kerana pemeriksaan sembelit melibatkan anggota sulit mereka. Sungguhpun begitu, malu bukan alasan untuk mereka tidak menjalani pemeriksaan.

Sekiranya simptom sembelit dan najis berdarah itu hanya buasir biasa, tidak mengapa. Tetapi jika ditakdirkan itu adalah tanda-tanda kanser usus, tidak mustahil ia boleh mengancam nyawa jika lambat dikesan.


Lagi info tentang SEMBELIT di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Mamogram 3 Dimensi (3D) Tomosintesis


oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah

Jika anda pernah menjalani ujian mamogram, ia mungkin satu pengalaman yang agak menyakitkan. Ini kerana payudara perlu dihimpit untuk mendapatkan imej yang diperlukan.

Kini proses mamogram tidak lagi menyakitkan dengan adanya Mamogram 3 Dimensi (3D) Tomosintesis. Mesin ini sangat berbeza dan tidak menyakitkan.

Gambar Jelas

Dengan Mamogram 3 Dimensi (3D) Tomosintesis, pakar radiologi dan doktor sudah boleh mengesahkan kehadiran kanser atau tidak.


Dengan mesin ini, jarang berlaku pemeriksaan susulan. Gambar yang terhasil adalah lebih baik dan jelas berbanding dahulu. Ia juga tidak menyakitkan payudara wanita.

Ia mampu menghasilkan imej 3D payudara daripada pelbagai sudut dan yang paling penting, ia mampu memberi imej tisu payudara dengan lebih jelas.

Senipis Satu Milimeter

Antara kelebihan mesin ini ialah ia menggunakan teknologi Digital Breast Tomosynthesis (DBT) yang membolehkan imej 2D dilihat daripada pelbagai sudut. Dengan DBT, imej payudara dipotong dengan ketebalan senipis satu milimeter.

Ia membolehkan pakar radiologi meneliti setiap lapisan imej yang diingini. Imej juga boleh diimbas daripada pelbagai sudut berbanding dengan mesin 2D lama yang hanya boleh mengimbas secara atas ke bawah atau kiri ke kanan.

Dengan sekali tekanan, sebanyak 15 imej boleh dihasilkan berbanding mesin konvensional mamogram iaitu terhad kepada 2 imej untuk setiap 2 tekanan.

Tak Perlu Pemeriksaan Susulan

Berbanding dengan mamagrom 2D, pesakit memerlukan pemeriksaan susulan seperti melakukan mamogram pada arah yang lain atau pemeriksaan ultrabunyi bagi memastikan kehadiran kanser payu dara adalah positif. Proses ini bukan sahaja lambat tetapi menyebabkan masa dan wang terbuang.

Ini kerana, imej imbasan yang diterima dengan menggunakan mesin mamogram 2D adalah leper, manakala imej terhasil sering menimbulkan kekeliruan dengan imej mimik kanser dan kelenjar susu.

Dengan sekali imbasan oleh mesin 3D Mamogram Tomosintesis, tiada lagi pemeriksaan susulan bagi mengesahkan kehadiran sel kanser sekaligus meningkatkan pengesanan awal kanser.


Tidak Sakit

Ia tidaklah menghilangkan kesakitan 100% tetapi ia boleh memberi keselesaan kepada wanita. Tekanan pada payu dara dikurangkan dan boleh dikatakan tidak menyakitkan. Justeru, semua wanita perlu ada kesedaran untuk melakukan pemeriksaan tanpa rasa takut.

Bagi wanita yang berumur 35 hingga 40 tahun, disarankan pemeriksaan dilakukan sekali dalam tempoh itu. Manakala wanita 40-an, perlu membuat pemeriksaan satu kali dalam tempoh satu tahun.

Pertama di Malaysia

Mesin ini merupakan yang pertama digunakan di Malaysia dan kelima di dunia. Ia boleh didapati di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) - cancer.org.my/our-services-2

Bayaran yang dikenakan amat murah iaitu antara RM250 hingga RM300 untuk membuat pemeriksaan kanser payu dara.


Lagi info tentang KANSER PAYUDARA di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu