This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Virus Punca Sakit Tekak


Sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai 'pharyngitis' jika ia membabitkan bahagian farinks dan 'tonsillitis' jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Apabila membabitkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai 'pharyngotonsillitis'.

Farinks adalah sebahagian tekak yang terletak di antara mulut dan peti larinks atau suara. Ia selalunya dikaitkan dengan selesema biasa atau influenza. Biasanya, ia sembuh tanpa komplikasi tetapi di dalam sesetengah kes, ia berkembang menjadi penyakit serius.



Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak.

Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutama di kalangan kanak-kanak.

Biasanya, sakit lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan berkurang keesokannya. Sakit tekak yang tidak rumit biasanya berlanjutan sehingga 3 hari manakala yang teruk berlaku lebih lama, mungkin membabitkan gejala lebih serius seperti tonsilitis atau laryngitis (radang di bahagian larinks atau peti suara).

Penyebab

Biasanya disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.


Punca

Jangkitan bakteria - disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang. Bakteria lain yang boleh menyebabkan sakit tekak adalah gonorea, iaitu sejenis jangkitan kelamin.

Jangkitan virus - kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari, bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.

Tonsilitis - ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.


Punca-punca Lain

Penyakit campak (measles) juga boleh menyebabkan sakit tekak pada sesetengah keadaan. Bernafas melalui mulut boleh menyebabkan tekak kering dan menyakitkan. Dalam beberapa kes, sakit tekak mungkin tanda kanser kerongkong (biasanya di kalangan perokok).

Alahan selalunya tidak menyebabkan sakit tekak secara tiba-tiba. Bagaimanapun, boleh menyebabkan kerengsaan tekak kronik yang ringan.

Pembedahan seperti pembuangan tonsil (tonsillectomy) boleh membawa kepada sakit tekak dan penggunaan tiub ketika anastesia untuk pembedahan juga boleh menyebabkan sakit tekak selepas pembedahan.

Tanda Lain

Sakit di tekak adakalanya merebak ke telinga.

Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).


Jika sakit tekak disebabkan jangkitan streptococcal, tonsil sering membengkak dan bersalut putih. Demam, sakit kepala dan muntah serta kesukaran membuka mulut selain suara menjadi serak.

Rawatan

Antara rawatan yang boleh dicuba di rumah sebelum berjumpa doktor ialah banyak minum air suam, berkumur dengan air garam dan menghisap ubatan lozenges, di samping pengambilan ubat demam atau tahan sakit (painkiller. Bagaimanapun, jika sakit tekak berterusan, segera berjumpa doktor untuk rawatan.

Doktor akan memeriksa sama ada antibiotik diperlukan untuk rawatan atau tidak dan ubatan sampingan juga akan dibekalkan.

Begitu pun, sakit tekak yang berkait dengan demam kuat dan kesukaran menelan mungkin memerlukan kemasukan ke wad untuk antibiotik intravena.


Lagi info tentang TEKAK di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Kepentingan Kolagen Untuk Awet Muda


Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen juga terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfa.

Semakin Berkurangan

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik, pelembab kulit dan anti-penuaan.

Secara umumnya, kesan kekurangan kolagen adalan kesan-kesan penuaan seperti kulit kusam, berkedut dan kendur, pigmentasi kulit, cepat letih dan lesu, sakit badan dan sendi, mudah lupa, kurang penglihatan dan rambut semakin lemah dan kurang.


Menegangkan Kulit

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia, menyebabkan kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit.

Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

Sumber Kolagen

Kolagen boleh diperolehi daripada banyak sumber, antaranya ialah :

* lembu (bovine) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
* babi (porcine origin)
* haiwan laut – contohnya ikan, gamat, sirip jerung
* tumbuhan – contohnya kacang soya, buahan citrus
* yak – produk dari China
* manusia – plasenta, janin yang digugurkan


Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan sumber kolagen adalah daripada sumber yang halal. Antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen bersumber ikan laut dalam, kerana mempunyai nilai protein yang tinggi dan jauh daripada pencemaran.

Kepentingan Kolagen

Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

Memulihkan masalah kulit - apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

Mencantik dan menyuburkan rambut - nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.


Menegangkan payudara - kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

Menguatkan tulang - penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Melambatkan proses penuaan kulit - seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.


Dapatkan Kolagen Ephyra
kolagen ikan laut dalam di

Kedai Online SihatSelalu!!





Lagi info tentang KOLAGEN di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Remaja Murung Aktif Facebook, Twitter


Julai 2012

Canberra: Gadis remaja yang aktif menggunakan media sosial lebih berkemungkinan berdepan masalah kemurungan dan rendah diri, menurut kajian baru.

Data baru mendedahkan remaja perempuan yang memperuntukkan masa panjang di laman web seperti Facebook, Twitter atau MySpace lebih tidak menyenangi bentuk badan dan berat mereka. Penyelidikan di universiti, yang meninjau pendapat 1,096 gadis berusia antara 12 dan 16 tahun, mendapati 40 peratus tidak berpuas hati dengan bentuk tubuh dan separuh daripada mereka bimbang dengan kenaikan berat badan.

Ia juga mendapati ramai gadis menggunakan internet dan media sosial lebih berkemungkinan mengalah dengan perasaan itu.

Saintis Sekolah Psikologi di Universiti Flinders, Australia, Dr Amy Slater dan Profesor Tiggemann, berkata hasil kajian menunjukkan kaitan membimbangkan.

Imej Diri

"Kami menyiasat peranan media dalam menentukan imej diri gadis remaja. Kami tertarik mendapati bagaimana remaja perempuan memperuntukkan masa lapang dan bagaimana aktiviti berbeza berkaitan dengan apa mereka rasa mengenai diri dan tubuh mereka. Kajian kami menunjukkan kaitan membimbangkan antara penggunaan media keterlaluan, terutama media sosial dan internet, dan rendah diri, tidak puas hati dengan bentuk tubuh dan semangat jati diri dan kemurungan," kata mereka.


Kajian juga mendedahkan daripada 96% gadis yang mempunyai capaian internet di rumah, 72% memuat naik gambar sendiri dan 12% memuat naik video.

Daripada gadis ini, yang purata masa menggunakan internet sehingga 3 jam setengah setiap hari, cuma 35% daripada ibu bapa mereka menetapkan bila dan apa yang boleh dilihat anak perempuan mereka di internet.

Iklan Kecantikan

Dr Slater berkata, penyelidikan lanjut yang menganalisis kandungan lebih 600 iklan mendapati 14 daripada laman web paling popular yang mensasarkan gadis remaja memaparkan kosmetik dan produk kecantikan.

Beliau juga menyatakan, model yang digunakan dalam iklan, kerap mempromosikan keluaran seperti produk menghilang berat dan laman web temujanji yang disifatkan tidak sesuai dengan golongan yang melayarinya – secara umumnya adalah wanita, muda, kurus dan menarik. - Agensi

Sumber : Berita Harian


Lagi info tentang INTERNET di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Facebook, Twitter Punca Remaja Biadap


Julai 2012

LONDON: Laman web sosial seperti Facebook dan Twitter mengubah cara remaja perempuan bercakap, menjadikan mereka lebih biadab dan agresif, menurut kajian. Pakar percaya, bahasa yang digunakan wanita muda semakin pendek, tajam dan lebih berterus-terang, dengan kurang masa digunakan untuk mempertimbangkan secara berhati-hati berhubung perkataan yang digunakan mereka.

Perubahan itu menyebabkan remaja perempuan bertindak kurang sopan, berterus-terang malah lebih agresif apabila bercakap dengan sesama sendiri dan dengan golongan dewasa.

Bahasa yang digunakan dipercayai hasil komunikasi lebih cepat di Facebook, Twitter dan emel. Ia lebih ketara di kalangan perempuan berbanding lelaki kerana mereka lebih kerap berkomunikasi.

Jurucakap Plain English Campaign, Marie Clair, memberitahu akhbar Daily Mail, penampilan kurang sopan bukan disengajakan tetapi menyatakan penggunaan internet bermakna golongan muda tidak mempunyai cukup masa untuk memilih perkataan dengan berhati-hati.


"Bahasa golongan muda menjadi lebih berterus-terang berbanding kemungkinan ibu bapa mereka dan komuniti perniagaan kerana saluran komunikasi yang lebih biasa dengan mereka. Mungkin itu punca mereka semakin agresif. Ia bukan disengajakan. Kurang sopan cenderung sesuatu yang pendek, tajam dan berterus-terang. Namun ada garis antara menjadi kurang sopan atau agresif dan berterus-terang," katanya.

Awal tahun ini, penulis Terry Pratchett, mencadangkan penggunaan Twitter dan mesej teks mengehadkan pemikiran dan perbendaharaan kata golongan muda menyebabkan mereka kecewa.

"Kanak-kanak kini kelihatan malas. Media sosial tidak membantu, begitu juga mesej teks. Anda perlu berinteraksi dengan orang lain. Jika ada perkataan menunjukkan apa yang sebenarnya dimaksudkan, anda boleh sampaikan mesej. Saya yakin ini ada kaitan tindak kasar," katanya.

Pelakon Ralph Fiennes sebelum ini mendakwa bahasa moden terhakis, menyalahkan 'dunia ayat dipendekkan dan Twitter.' - Agensi

Sumber : Berita Harian


Lagi info tentang INTERNET di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Lymphoma : Kanser Darah Sistem Limfa


oleh Suzan Ahmad

Rasa demam, letih, lesu, kurang selera makan dan hilang berat badan secara mendadak mungkin dianggap tanda penyakit biasa. Namun, berjaga-jaga kerana ia mungkin gejala awal kepada penyakit lebih serius seperti kanser darah yang dikenali sebagai Lymphoma. Lymphoma adalah sejenis kanser darah yang bermula dari sel sistem imun dipanggil lymphocytes (limfosit). Seperti kanser lain, lymphoma berlaku apabila limfosit berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda.

Limfosit adalah sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir yang dikenali sebagai limfa. Ia diedar oleh rangkaian saluran yang membentuk sistem limfa iaitu sebahagian daripada sistem imun. Sistem limfatik (berfungsi melawan jangkitan atau anasir yang membahayakan tubuh) juga merangkumi nodus limfa yang wujud di seluruh tubuh bagi menyaring limfa yang mengalir melaluinya.

Nodus limfa bengkak dan menjadi lembut apabila sejumlah besar organisma mikrobial terperangkap di dalamnya. Ini menunjukkan wujudnya jangkitan. Limfosit tidak normal terkumpul di dalam satu atau lebih nodus limfa atau tisu limfa seperti limpa atau tonsil dan lama-kelamaan membentuk kelompok sel yang dipanggil tumor. Tumor tumbuh dan merebak di kawasan sekitar tisu dan organ, seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien. Jika limfosit tidak normal bergerak dari satu nodus limfa atau pada organ lain, kanser akan merebak.


Beza Dengan Leukimia

Dalam kes pesakit lymphoma yang beralih kepada leukemia, pesakit perlu faham bahawa leukemia bermula dari darah dan lymphoma pula dari nodus limfa. Tetapi ada juga lymphoma yang bermula dari darah dan ia dikenali sebagai lymphoma leukemia tetapi keadaan ini masih tidak begitu jelas. Leukemia atau lymphoma tidak akan menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Bagaimanapun, lama kelamaan apabila ia semakin merebak, leukemia dan lymphoma boleh menghasilkan gejala yang seakan sama.

Simptom

Pesakit akan merasa lesu, berpeluh waktu malam, sakit atau bengkak di bawah rusuk, terutama bahagian kiri, sesak nafas, ruam atau gatal pada kulit.

Individu terbabit juga mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan, perut dan groin, demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, perut atau tulang yang tidak dapat dijelaskan serta berat badan turun mendadak.

Beliau berkata, sehingga kini, banyak kes lymphoma masih tidak dapat dijelaskan puncanya.


Faktor Risiko

Bagaimanapun, keadaan dan karakter tertentu mampu mempertingkatkan risiko penyakit ini. Antaranya keadaan yang melemahkan sistem imun termasuk rheumatoid arthritis, psoriasis dan HIV atau AIDS. Selain itu, kecelaruan imun yang diwarisi seperti hypogammaglobulinemia atau sindrom Wiskott-Aldrich, jangkitan lalu seperti virus Epstein-Barr serta pemindahan organ yang membabitkan pengambilan dadah yang melemahkan sistem imun, usia, bangsa dan jantina.

Ini termasuk individu yang memiliki sejarah keluarga penghidap lymphoma dan pernah menjalani rawatan untuk kanser jenis lain di masa lalu.

Bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami salah satu faktor risiko ini akan mendapat lymphoma dan tidak semua penghidap lymphoma akan mengalami faktor risiko yang dinyatakan.

Jenis Lymphoma

Secara amnya, ada dua jenis lymphoma iaitu Hodgkin lymphoma (HL) dan Non-Hodgkin lymphoma (NHL).

Hodgkin lymphoma adalah sejenis lymphoma tertentu dengan potensi sembuh yang tinggi manakala Non-Hodgkin lymphoma, yang lebih biasa berlaku apabila sistem limfatik menghasilkan limfatik yang tidak normal. Berikutan ada lebih 30 sub jenis lymphoma, rawatan dan prognosis berbeza berdasarkan sub jenis kanser darah ini.

Menurut statistik, di Amerika Syarikat (AS) setiap tahun dianggarkan 54,000 orang didiagnosa dengan NHL dan 7,000 kes HL. Ia adalah kanser darah paling lazim di AS sebaliknya Kesatuan Eropah (EU) menyaksikan lebih 50,000 kes NHL setiap tahun.

Rawatan

Dari segi rawatan, pakar perubatan akan menjalankan semua pemeriksaan dan ujian sebelum menentukan tahap penyakit dan jenis rawatan sesuai. Antara rawatan yang disediakan adalah terapi biologik atau imunoterapi, kemoterapi, terapi sasaran, terapi steroid, terapi radiasi, pemindahan sel stem dan pembedahan.

Menariknya, sesetengah pesakit leukemia dan lymphoma tidak memerlukan rawatan. Ada juga sesetengah pesakit yang tidak memerlukan rawatan segera tetapi perlu menjalani terapi selepas beberapa tahun serta ada juga yang memerlukan rawatan segera. Semua rawatan yang diberi bergantung penuh kepada kriteria pesakit, tahap penyakit, jenis lymphoma dan tahap kesihatan pesakit ketika itu.


Lagi info tentang KANSER DARAH di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu