This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Ujian Rabun Warna


Tau tak, kalau rabun warna, tak boleh ambil lesen memandu, jadi jurutera, doktor, askar dan macam2? Ambil test ni utk cek rabun warna - http://bit.ly/ujian-rabun-warna






Jom bincang artikel di atas...



testing

Buku Panduan Diet Bahasa Melayu


Percuma! Dapatkan 2 buku PANDUAN DIET berilustrasi warna dalam BAHASA MELAYU - http://bit.ly/panduan-diet

1. Pemakanan Sihat Lebih Mudah Dengan Panduan Diet Malaysia
2. Makan Sihat, Nikmati Kehidupan






Jom bincang artikel di atas...



testing

Buku Panduan Menyusu Bahasa Melayu


Percuma! Dapatkan 2 buku PANDUAN MENYUSU berilustrasi warna dalam BAHASA MELAYU - http://bit.ly/panduan-menyusu

1. Menyusu Dengan Yakin - Tip-tip Praktikal Untuk Ibu Moden
2. Penyusuan Susu Ibu Secara Mudah - Panduan Praktikal Untuk Ibu Moden






Jom bincang artikel di atas...



testing

Tongkat Ali Tingkatkan Testosteron


oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

"Kebanyakan lelaki atau suami tidak bersetuju jika isteri mempertikaikan kehebatannya. Lelaki seboleh mungkin menyalahkan sebab lain termasuk penat bekerja atau isteri semakin kurang menarik, jika gagal beraksi.

Kegagalan atau 'hilang selera' ini sebetulnya petanda awal masalah kesihatan lain kerana tumpuan terhadap hubungan intim bergantung sepenuhnya kepada kesihatan, pemikiran serta fokus".

Kata-kata itu dilontarkan Perunding Klinikal Andrologi, Dr Mohd Ismail Tambi, yang menyifatkan keegoan lelaki itu boleh memudaratkan hubungan antara suami dan isteri.

Beliau berkata, kesihatan seksual lelaki, sebetulnya dapat ditentukan oleh isteri yang lebih arif serta tulus, mengenai coraknya, berbanding suami yang selalunya gemar menafikan sesuatu hakikat.


Andropaus

Katanya, sekiranya sekali dua suami hilang selera mungkin boleh dikaitkan dengan penat disebabkan tugasan harian, tetapi sekiranya berlarutan, suami perlu mendapatkan penawarnya dengan berjumpa pakar sakit tuan untuk mencari punca sebenar keadaan itu berlaku, termasuk kemungkinan petanda awal andropaus.

Tidak seperti wanita berhadapan menopaus, yang menunjukkan tanda jelas iaitu haid tidak lagi berkunjung, andropaus tidak menunjukkan 'rupa' nyata dan sering dikaitkan dengan proses penuaan yang berlaku secara semula jadi.

Andropaus disebabkan kejatuhan hormon lelaki dikenali testosteron. Walaupun ia dikaitkan dengan dengan lelaki berusia 40 tahun ke atas, tetapi ada juga kes ia membabitkan lelaki pada usia lebih muda atau ketika usia seharusnya sedang produktif.

Ramai memikirkan penurunan paras testosteron hanya membabitkan aspek seksual semata-mata, hakikatnya ia turut mempengaruhi badan untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat dan otot yang kuat, membentuk sel darah merah dan mengekalkan keseimbangan mental. Ia turut membantu memperkukuhkan memori serta aspek tumpuan.


Paras Testosteron

Memetik kajian, paras testosteron jatuh kira-kira 10%, selepas mencecah usia 30, sedekad setiap dan selepas 50, purata paras testosteron jatuh sebanyak satu peratus setahun.

Sekiranya wanita menopaus memerlukan terapi penggantian hormon untuk mengembalikan kecergasan, untuk andropaus ada terapi penggantian testosteron (TRT) yang berfungsi mempertingkatkan lagi tubuh termasuk penumpuan yang seterusnya membantu suami untuk kembali bertenaga bersama isteri.

Tongkat Ali

Dalam usaha memperbaiki, Dr Ismail berkata, pengambilan herba tongkat ali atau eurycoma longifolia jack diyakini dapat membantu meningkatkan testosteron seterusnya tenaga lelaki melalui kehidupannya.

Pengambilan herba ini dilakukan sejak ratusan tahun lalu dan diambil namanya sempena sahabat Nabi, Saidina Ali yang gagah perkasa. Ketika itu orang dulu mungkin mengambilnya menerusi rebusan akarnya.

Kajian ilmiah terhadap kehebatan herba itu hanya bermula pada tahun 90-an. Sejak itu ia semakin berkembang dan diterima ramai dan digunakan dalam pelbagai jenis produk. Menariknya, herba itu boleh digunakan lelaki dan wanita untuk mempertingkatkan tenaga.

Pohon Tongkat Ali dikenali sebagai penawar kerana ia amat pahit tetapi mujarab untuk pelbagai masalah kesihatan dan penyakit. Ia juga dikenali sebagai Pasak Bumi kerana akar umbinya yang menjalar lurus ke dalam bumi dan kukuh amat sukar untuk dicabut. Terdapat beberapa spesies Tongkat Ali, tapi spesies yang mengandungi banyak ramuan perubatan ialah dari spesies longifolia dan apiculata.

Senarai Kajian

Mengikut kajian Prof Arif Adimoleja dari Universiti Surabaya, Indonesia, spesies Tongkat Ali dari Semenanjung Malaysia mengandungi lebih banyak ramuan kesihatan, terutama sekali ramuan yang membantu tenaga batin lelaki jika dibandingkan dengan spesies yang ada di Indonesia atau negara Asia lain.

Kajian Pusat Perubatan di Kuala Lumpur mendapati ada peningkatan hormon testosteron dan hormon DHEA sekali gus dengan penurunan Ikatan Protein Globulin (dengan molekul testosteron) dan peningkatan hormon testosteron yang bebas (testosteron bebas ikatan yang boleh digunakan badan) dengan pengambilan 200mg ekstrak berkenaan.


Kajian pada tikus

Kajian awal kepada tikus menunjukkan ekstrak larutan air tongkat Ali yang mengandungi elemen glycoprotein dapat meningkatkan hormon testosteron sebanyak 4 kali ganda. Kajian kepada tikus tua dengan ekstrak tongkat ali larutan air membuatkan tikus tua aktif dan agresif.

Tiada kesan toksik

Ekstrak Tongkat Ali, tidak meninggalkan kesan toksik kepada hati dan buah pinggang. Malah kajian klinikal kepada manusia dijalankan pada penghujung 1999 di beberapa Pusat Pengkajian Perubatan tempatan dan antarabangsa. Hasil kajian itu, ekstrak tongkat ali larutan air yang menjalani pelbagai proses piawaian kini mendapat pengiktirafan dan dipatenkan pada 2004.

Kesan kepada atlit

Mengulas lanjut, katanya kajian dilakukan di Fakulti Perubatan Bahagian Sains Sukan dengan sekumpulan atlit yang mengambil 200mg ekstrak yang sama juga menunjukkan yang atlit dapat membina kekuatan tenaga otot dan penurunan lemak badan yang mana kedua-duanya ada kaitkan dengan kesan androgen.

Kajian susulan yang dilakukan di Amerika Syarikat oleh Prof Talbott kepada atlit penunggang basikal mendapati ekstrak berkenaan dapat menambahkan testosteron sebanyak 16.5% dalam masa 24 jam dan mengurangkan tahap hormon tekanan iaitu kortisol sebanyak 33% dalam masa 24 jam.


Kajian ini jelas menunjukkan kemujaraban ekstrak premium ini meningkatkan testosteron dan mengurangkan tekanan badan.

Kajian yang sama yang dijalankan oleh Professor Ruxiang Wang diLioning, China kepada beberapa atlit berusia yang mengambil 200mg ekstrak, mendapati mereka merasakan rasa diri mereka lebih aktif dan agresif dengan peningkatan tahap hormon tumbesaran dan testosteron serta mereka dapati proses pemulihan lenguh otot selepas senaman berkayuh itu cepat.

Meningkatkan kualiti sperma

Kajian dilakukan kepada lelaki yang mengalami masalah sperma dengan pengambilan ekstrak premium itu mendapati peningkatan kepada bilangan dan keaktifan sperma dengan sekali gus peningkatan kualiti sperma yang dapat menghasilkan kehamilan spontan sebanyak 17%.

Banyak lagi kajian klinikal dan biomedikal sedang dijalankan kepada ekstrak tongkat ali premium ini untuk meningkatkan lagi keyakinan diri pengamalnya yang sudah sedia maklum yang tongkat ali ini bukan sekadar memantapkan fungsi syahwat lelaki yang biasa diwar-warkan tukang ubat tradisional, tapi ia lebih daripada itu - ia memantapkan kesihatan, mengurangkan tekanan, mempunyai kebaikan untuk kesuburan lelaki serta memantapkan kesejahteraan lelaki. Ia benar-benar suatu mukjizat untuk lelaki.


Tanda Kurang Testosteron

* Sakit sendi dan sakit otot
* Berpeluh berlebihan
* Masalah tidur seperti tidak cukup tidur atau tidur berlebihan
* Mudah meradang
* Cepat penat
* Kurang bertenaga melakukan hubungan seksual, selalunya sebelah pagi tidak lagi berlaku ereksi

Fakta Tongkat Ali

* Nama saintifik Eurycoma longifolia. Nama lain pasak bumi, setunjang bumi daun halus
* Tenaga batin, memulihkan otot, malaria (air rebusan akar dikeringkan dan diminum)
* Luka kecil (pupurkan daun di kawasan bermasalah)
* Selepas bersalin (air rebusan akar dan daun dikeringkan dan diminum)
* Kenan, gatal (air rebusan akar dan daun yang dikeringkan digunakan untuk membasuh dan menggosok tempat bermasalah)
* Patukan ular (akar diasah pekat dan disapu pada tempat patukan untuk menawarkan bisanya)




Dapatkan TONGKAT ALI PHYTO PLUS
untuk kesihatan lelaki di

Kedai Online SihatSelalu!!




Lagi info tentang TONGKAT ALI di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Bulimia : Sengaja Muntahkan Makanan


oleh Hidayatul Akmal Ahmad

Memiliki bentuk badan cantik dan langsing seperti Victoria Beckham, Jennifer Aniston, Kate Moss dan Paris Hilton sering menjadi idaman wanita di seluruh dunia. Tidak hairan kaum Hawa sanggup melakukan apa saja bagi memastikan impian mereka tercapai.

Ada yang sanggup membelanjakan banyak wang semata-mata mahu mendapat bentuk badan idaman, tidak kurang juga ada yang tidak kisah diri mereka 'sakit' asal cita-cita tercapai.

Tabiat pemakanan tidak sihat seperti makan terlalu banyak pada satu-satu waktu dan diikuti dengan usaha membuangkan apa dimakan, sama ada memuntahkan semula atau menggunakan ubat bagi membuang makanan dengan kadar cepat, sering dilakukan pesakit yang terlalu obses terhadap bentuk badan. Keadaan ini dipanggil bulimia.

Makan dan Muntah

Bulimia adalah gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan yang baru dimakan. Ia berasal daripada perkataan Latin (Bous Limos Nervosa) iaitu lapar dan juga gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan.


Meskipun bulimia dialami lelaki dan wanita, ia lebih cenderung kepada kaum Hawa. Bulimia berlaku seawal usia 13 tahun, bahkan golongan ini dikenal pasti mempunyai kecenderungan tinggi mengambil dadah, alkohol dan merokok.

Pesakit bulimia masih boleh diselamatkan berbanding pesakit aneroxia yang sememangnya membawa maut.

Pesakit bulimia tidak mengehadkan jumlah makanan diambil, bahkan mereka makan tanpa berhenti tetapi memuntahkan semula selepas beberapa ketika, berbeza dengan aneroxia yang langsung tidak makan dan memudaratkan diri hingga membawa maut.

Anggap Gemuk

Mereka juga sering menganggap diri gemuk dan mempunyai bentuk badan kurang menarik. Penghidap bulimia turut menghadapi masalah psikologi kerana fikiran mereka hanya tertumpu kepada persoalan mengenai penampilan kurus, berat badan dan makanan.


Penghidap bulimia biasanya makan dengan banyak tetapi akan cepat pula ‘memuntahkan’ kembali apa yang mereka makan dengan kaedah menjolok anak tekak.

Namun, ada juga yang sanggup menggunakan ubat laksatif atau diuretik supaya cepat membuang air besar, berpuasa panjang untuk mengurangkan berat badan dan senaman keterlaluan.

Golongan ini juga sering dikaitkan dengan suka berbelanja (boros) dan paling mengejutkan, turut memiliki masalah seksual selain disebabkan faktor keturunan.

Simptom dan Gejala

Simptom yang biasa dilihat pada penghidap bulimia ialah kegagalan mengawal nafsu pemakanan, malah makan dalam kuantiti banyak sebelum berhenti apabila perut terasa tidak selesa.

Selain itu, pesakit bulimia kerap dilihat melakukan senaman dengan kadar berlebihan dalam tempoh singkat yang mampu menyebabkan degupan jantung tidak terkawal, malah ia juga dikesan penyebab penyakit gastrik refluks paling kronik.


Ramai tidak tahu, bulimia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan penyakit lain. Pesakit turut berisiko mendapat trauma mulut (oral trauma). Ia berlaku apabila pesakit menjolok makanan menggunakan jari berkuku panjang dan menyebabkan kecederaan dalam tekak.

Gejala penyakit bulimia pula meliputi :

* Makan terlampau mengikut nafsu dan tidak henti-henti
* Tabiat makan yang tidak dapat dikawal
* Usaha dilakukan bagi mengurangkan berat badan, sama ada secara memuntahkan apa yang dimakan, menggunakan ubat julap, berlapar, berpuasa atau bersenam secara keterlaluan selepas makan secara melampau
* Memberi tumpuan tidak sihat kepada isu berkaitan bentuk dan berat badan
* Kekeringan badan atau dehidrasi
* Letih, lesu dan tidak bermaya
* Sembelit
* Gigi dan gusi rosak disebabkan kesan asid perut yang keluar bersama bahan muntah
* Pipi bengkak akibat sering muntah

Risiko Kesihatan

Mengakibatkan kerosakan gigi dan gusi akibat kesan asid perut dalam bahan yang dimuntahkan. Dehidrasi badan dan penurunan paras kalium akibat kerap muntah boleh menyebabkan gangguan degupan jantung, selain badan menjadi tidak bermaya.
Pembuangan bahan daripada usus secara kerap menyebabkan keradangan pada dinding saluran pemakanan dan sembelit.

Pencegahan

Memaparkan bentuk dan susuk badan wanita secara realistik pada media massa sangat penting kerana ia mempunyai pengaruh kuat terhadap remaja dan dewasa muda. Memiliki susuk badan terlalu kurus tidak harus digalakkan untuk paparan di media. Keyakinan dan harga diri yang baik serta hubungan kekeluargaan yang positif dapat membendung masalah kecelaruan gaya pemakanan tidak sihat.


Ciri-ciri Penghidap Bulimia

* Bermula dengan berdiet dan bersenam secara berlebihan
* Makan banyak tetapi memuntahkan semula semua makanan
* Mudah rasa bersalah selepas makan
* Mengambil ubat laksatif atau diuretik serta pil lain
* Pipi kembung akibat pembesaran kelenjar liur kerana selalu muntah dan kerosakan enamel gigi sebelah dalam

Kesan Buruk Bulimia

* Berat badan sentiasa turun naik atau lebih sedikit daripada berat normal
* Boleh menyebabkan kematian akibat penghasilan asid gastrik berlebihan
* Muntah berulang kali
* Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan
* Kerosakan lapisan perut
* Degupan jantung tidak seragam
* Kerosakan buah pinggang
* Enamel gigi rosak kerana selalu muntah
* Kerongkong berdarah
* Kerap terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol
* Gangguan fikiran, resah dan murung

Rawatan Bulimia

* Menentukan jenis makanan yang ditakuti pesakit
* Pendedahan dan maklumat tabiat pemakanan dan makanan yang betul
* Pengambilan makanan 1,500 kalori sehari
* Pengambilan makanan berlemak dapat melambatkan penghasilan asid gastrik dan menimbulkan rasa lebih kenyang


Lagi info tentang BULIMIA di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Gula Punca Gigi Reput


Pereputan gigi berlaku apabila asid memusnahkan lapisan keras gigi dipanggil enamel. Asid ini terhasil daripada plak. Plak mempunyai kuman yang hidup dengan makanan bergula. Proses menghadam gula menjadikan asid bertindak balas terhadap permukaan gigi.

Lama-kelamaan, pereputan gigi boleh menyebabkan lubang pada permukaan gigi. Sekiranya dibiarkan, kaviti akan menjadi besar dan akan memusnahkan gigi. Sekiranya anda mempunyai kaviti, berjumpalah doktor gigi. Doktor gigi akan menampal gigi anda untuk mengelak kaviti menjadi lebih besar.

Asid mulut sentiasa menyerang permukaan gigi anda. Akan tetapi, pereputan gigi tidak berlaku secara serentak. Ini kerana terdapat elemen lain di dalam mulut yang memperkuatkan dan menghalang pereputan gigi. Satu daripada elemen itu ialah air liur.


Air liur mempunyai mineral yang membantu memperkuatkan gigi. Florida, mineral semulajadi yang terdapat dalam air dan ubat gigi, juga membantu memperkuatkan gigi.

Berikut adalah beberapa tip untuk menghalang pereputan gigi:

* Elakkan daripada sering makan makanan bergula. Kurangkan kudapan selepas waktu makan. Ini akan menghalang plak daripada menghasilkan asid. Ia juga akan mengurangkan tempoh gigi anda terdedah kepada asid

* Minum banyak air terutamanya jika anda mengambil ubat tertentu. Sesetengah ubat mengurangkan air liur di dalam mulut. Ini boleh meningkatkan risiko pereputan gigi


* Gunakan ubat gigi dan cecair pembersih dengan florida. Florida membantu menguatkan permukaan gigi

* Kunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Mereka akan membersihkan gigi dan memeriksa sekiranya terdapat kaviti


Lagi info tentang GIGI di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Punca Melatah Faktor Psikologi dan Genetik


oleh Rosmah Dain

Melatah didefinisikan sebagai satu fenomena tingkah laku dikaitkan dengan kaum tertentu di Asia Tenggara khususnya kaum Melayu.

Berlaku kebanyakannya di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Singapura dan Indonesia, tingkah laku melatah ini dikatakan tidak ketara (mungkin ada) di negara-negara Eropah kerana tidak 'digalakkan' oleh masyarakatnya.

Ini kerana bagi mereka fenomena tersebut dianggap pelik atau seperti satu jenis penyakit.

Bukan Dibuat-buat

Tingkah laku melatah bukan satu perbuatan yang dibuat-buat, sebaliknya, ia berlaku spontan kerana sudah tertanam dalam diri individu berkenaan. Namun sekiranya pada permulaan seseorang itu melakukannya secara berulang kali, lama-lama ia akan menjadi satu kebiasaan iaitu tingkah laku yang akan dilakukan berulangan.

Ini bermakna ia satu situasi yang sukar untuk ditinggalkan apabila tingkah laku baru (perkara yang menjadi kebiasaan) mengambil tingkah laku lama dan perkara itu akan dilakukan berulangan.


Tumpuan Hiburan

Suatu waktu dahulu (kira-kira 20 hingga 30 tahun sebelum ini) khususnya di negara ini, individu yang melatah akan menjadi tumpuan hiburan terutama di majlis-majlis keramaian.

Individu yang melatah suatu waktu dahulu boleh dijadikan sebagai 'kerjaya' kerana mereka diundang ke majlis-majlis untuk memeriahkan suasana keraian. Mereka diundang atas fungsi tertentu dan ada peranan dalam masyarakat sebagai penghibur, khususnya di kawasan luar bandar.

Psikologi

Dari segi statistik, fenomena melatah ini melibatkan 80 hingga 90% daripadanya adalah golongan wanita yang telah agak berumur.

Dari segi aspek psikologi, orang melatah ini sebenarnya ada ciri personaliti tertentu iaitu neurotik.

Biasanya dari aspek peribadi, individu yang suka mendapat perhatian dan menonjolkan diri seperti terlibat dalam bidang seni adalah antara mereka yang suka melatah.


Selain itu mereka yang tergolong dalam perlakuan ini dianggap mempunyai personaliti yang celaru, resah atau darah gemuruh, cepat terkejut dan lemah semangat (easily hyperstartle response) termasuk apabila melihat berita yang menggerunkan serta mudah mendapat serangan panik (panic attack).

Faktor Genetik

Melatah juga dikaitkan dengan faktor genetik turun-temurun dalam keluarga kerana ia ada unsur berjangkit.

Mungkin bukan daripada ibu atau bapa yang melatah tetapi pakcik atau makcik yang melatah juga dapat dijangkiti oleh anak saudara mahupun cucu mereka.

Ahli keluarga akan terdedah kepada tingkah laku melatah sekiranya mereka berdepan dengan masalah psikologi. Ia juga boleh dikaitkan dengan aspek keturunan dan persekitaran yang mendorong kepada berlakunya keresahan, kesedihan dan kecenderungan mewarisi personaliti cepat gemuruh.

Tidak Digalakkan

Perilaku melatah sepatutnya tidak lagi digalakkan dalam masyarakat sekarang kerana ia boleh menjejaskan harga diri si pelatah. Seharusnya ketika situasi latah sedang berlaku, orang di sekeliling hendaklah meredakan si pelatah dengan menenangkan dirinya.


Caranya ialah dengan menampar bahu si pelatah lalu mengajarnya mengucap dan beristighfar beberapa kali sehingga fikirannya kembali tenang dan tenteram.

Orang melatah ini sebenarnya tidak suka dijadikan bahan ketawa dan ia boleh menyebabkan mereka rasa tertekan. Orang melatah akan memberi hiburan kepada orang lain tetapi pada dirinya ia rasa tidak elok, selain mengundang panik di kalangan awam dan menyebabkan kejatuhan harga diri.

Dari aspek pengurusan, jangan galakkan ahli keluarga mengusik individu yang ada ciri-ciri melatah jika mereka tahu seseorang itu berpotensi untuk melatah. Juga jangan tambah usikan berkenaan sekiranya si pelatah sedang melatah sehingga menyebabkan proses berkenaan berlarutan.

Tiada Ubat

Tiada sebarang ubat untuk merawat latah, namun ia boleh dikawal menerusi sesi kaunseling psikoterapi perkara-perkara yang boleh menjadi pencetus kepada latah yang berhubung dari aspek kognitif dan tingkah laku.

Ketika melatah, individu ini seolah-olah terpisah dari alam sekeliling, tidak sedar apa yang berlaku yang membentuk keadaan di bawah sedar (trance state). Pada ketika ini tahap kesedarannya amat rendah bagaikan bermimpi, ralit atau seolah-olah dipukau seperti yang berlaku pada pengangkat kavadi ketika Thaipusam, pemain wayang kulit, penari kuda kepang dan sebagainya.


Hipnosis

Individu yang melatah boleh menggunakan cara hipnosis untuk menyelami keadaan di bawah sedarnya yang menyebabkan punca-punca berlakunya latah.

Minda manusia terdiri daripada pemikiran sedar (12%) dan pemikiran di bawah sedar (88%). Justeru kaedah hipnosis ini akan mencungkil kisah lalu pengalaman di bawah sedarnya yang mempengaruhi tabiat melatahnya.

Ini kerana emosi seseorang dipengaruhi dengan apa yang berlaku kepada individu tersebut lama dahulu, ia seolah-olah data yang tersimpan dalam pemikiran minda tidak sedar.

Individu yang melatah ini juga perlu belajar teknik pernafasan yang betul seperti senaman yoga atau berzikir untuk menangani masalah ini.

Semakin Berkurangan

Fenomena melatah ini semakin berkurangan di negara ini khususnya di majlis-majlis keraian kerana persekitaran yang masyarakat tidak lagi menggalakkan perlakuan berkenaan.

Ramai masyarakat sekarang sudah tidak 'menggalakkan' perlakuan melatah ini. Sekiranya mereka tahu individu berkenaan melatah, mereka tidak akan cuba mengusiknya. Bahkan generasi muda mungkin ramai yang tidak tahu apa itu melatah kerana sudah jarang terlihat dalam masyarakat sekarang.


Lagi info tentang MELATAH di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Punca Suara Serak


Suara serak mungkin disebabkan 2 keadaan yang berlaku pada korda vokal (peti suara - vocal cord), iaitu ada nodul dan polip.

Apakah nodul korda vokal?

Nodul korda vokal adalah sejenis ketumbuhan benign di kedua-dua pita suara disebabkan oleh penyalahgunaan suara (voice abuse) yang boleh berlaku di kalangan golongan yang menggunakan suara berlebihan ketika bekerja, menjerit berlebihan atau menyanyi dalam nada tinggi yang berlebihan.

Ia juga dipanggil sebagai 'singer, teacher, preacher nodul'. Jika keadaan berterusan, penyalahgunaan suara akan menyebabkan tisu pita suara membonjol dan membengkak di satu kawasan spesifik pada setiap korda vokal (biasanya bahagian depan atau anterior satu pertiga korda vokal).


Kawasan yang membengkak ini lama-kelamaan akan berkembang menjadi keras dan dipanggil nodul. Nodul boleh bertambah saiz jika penyalahgunaan suara berterusan dan pendarahan boleh berlaku dalam nodul berkenaan.

Apakah polip korda vokal?

Polip boleh terjadi dalam beberapa keadaan. Ia juga boleh terbentuk disebabkan oleh penyalahgunaan suara. Polip muncul pada satu atau kedua-dua pita suara tetapi biasanya adalah unilateral (sebelah saja).

Polip boleh terbentuk sebagai bengkak atau benjolan yang mengandungi cecair di dalamnya, ketumbuhan seperti tangkai atau luka seperti lepuh. Kebanyakan polip lebih besar daripada nodul dan ada kala dipanggil dengan nama lain, seperti degenerasi polypoid atau edema Reinke.


Apakah tanda dan gejala nodul korda polip atau vokal?

Nodul dan polip menyebabkan gejala yang sama :

* suara serak
* suara termengah-mengah
* suara menjadi kasar
* kesakitan yang menjalar atau merebak ke telinga
* sensasi 'gumpalan di kerongkong' — terasa seperti bendasing di kerongkong kesakitan di tengkuk atau leher

Bagaimanakah nodul dan polip dikenal pasti atau didiagnosis?

Jika mengalami suara serak lebih daripada 2 hingga 3 minggu, anda harus berjumpa doktor.

Penilaian suara yang menyeluruh membabitkan pemeriksaan doktor, sebaik-baiknya pakar telinga, hidung, tekak dan penilaian suara oleh seorang pakar patologi pertuturan (speech and language pathologist) jika perlu. Mereka akan menilai kualiti suara, kenyaringan dan keupayaan mengekalkan suara dan ciri-ciri lain.


Pemeriksaan boleh membabitkan penggunaan endoskop ke dalam mulut atau hidung untuk melihat pita suara dan larinks secara umum. Kaedah menggunakan stroboskop boleh diguna untuk menonton atau mengkaji korda vokal dan pergerakan mereka secara lebih teliti.

Rawatan apa yang boleh didapati untuk nodul dan polip?

Nodul dan polip boleh dirawat dengan perubatan, pembedahan dan perubahan tingkah laku.

Pembedahan membabitkan mengeluarkan nodul atau polip daripada korda vokal. Pendekatan ini hanya berlaku apabila nodul atau polip yang sangat besar atau wujud untuk masa lama dan rawatan secara konservatif tidak berjaya. Bagaimanapun, pembedahan jarang berlaku untuk kanak-kanak. Pembedahan yang dijalankan menggunakan endoskop atau teleskop dan ketumbuhan itu boleh dibuang dengan menggunakan alatan biasa atau laser.

Rawatan secara perubatan pula membabitkan penggunaan suara yang minimum (berehat daripada bercakap) adalah cara terbaik. Selain itu, masalah kesihatan lain boleh dirawat untuk mengurangkan impak mereka pada korda vokal.


Ini termasuk rawatan bagi penyakit refluks gastroesophageal (GERD) atau laryngopharyngoreflux (LPR), alahan, dan masalah tiroid.

Campur tangan perubatan untuk berhenti merokok dan mengawal tekanan adalah diperlukan. Terapi suara daripada Pegawai Patologi Pertuturan (SLP) adalah sangat digalakkan dalam rawatan nodul dan polip berkenaan.

Terapi suara membabitkan mengajar kebersihan suara yang baik, mengurangkan atau menghentikan tingkah laku yang kasar terhadap suara dan rawatan suara langsung untuk mengubah pitch, kenyaringan atau sokongan nafas yang baik.

Teknik pengurangan tekanan dan latihan relaksasi sering diajar juga SLP untuk membantu pesakit sebelum dan selepas pembedahan.


Lagi info tentang SERAK di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Sawan Akibat Demam Panas


'Tiba-tiba badan dia kejang, mata memandang ke atas manakala tangan dan kaki mula menggeletar. Saya juga dapati bibirnya mula biru. Apabila dipanggil, dia tidak sedar. Saya ingat anak saya akan mati'. Ini biasanya cerita diperoleh daripada ibu bapa yang pernah melihat anak mereka diserang sawan atau kejang.

Sawan berlaku dalam beberapa keadaan. Paling kerap ditemui ialah sawan demam apabila kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun mengalami kejang ketika demam panas.

Ciri-ciri Sawan Demam

* Berlaku pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun
* Berlaku ketika demam panas
* Biasanya membabitkan kedua-dua kaki dan tangan
* Sawan tidak melebihi 15 minit
* Tiada kesan sampingan seperti lemah sebahagian badan (kecuali kes sawan demam kompleks)


Tindakan

Pastikan anak berada di kawasan selamat, jauh daripada perabot. Ini bagi mengelakkan kecederaan jika tangan atau kaki terkena perabot.

Palingkan mukanya ke kiri atau kanan supaya saluran pernafasan tidak tersumbat akibat lidah yang jatuh ke belakang atau air liur.

Jika anak sedang makan, keluarkan makanan daripada mulut.

Jangan masukkan sudu, jari atau apa-apa benda ke mulutnya. Ini tidak membantu mengelaknya tergigit lidah, sebaliknya boleh menyebabkan kecederaan dalam mulut.

Jika demam, basahkan badan anak dengan air paip untuk menurunkan suhu. Elak menggunakan ais kerana ini menyebabkan suhu naik semula selepas kesan ais hilang.


Bawa ke hospital atau klinik terdekat jika :

* Kali pertama anak mengalami sawan
* Sawan tidak membabitkan kedua-dua tangan dan kaki
* Sawan berterusan lebih 15 minit
* Anak tidak sedar sepenuhnya selepas sawan berhenti
* Anggota badan anak kelihatan lemah selepas sawan
* Jika ubun masih terbuka, ia menjadi keras atau bengkak
* Sawan berlaku tanpa demam
* Sawan berlaku selepas jatuh atau terhantuk
* Anak tidak suka melihat cahaya atau menangis tanpa henti
* Anak mempunyai kelewatan perkembangan serta tanda pada kulit

Rawatan

Biasanya doktor akan memberi oksigen serta ubat untuk menghentikan sawan. Doktor juga memberi ubat demam dan membasahkan badan anak untuk mengurangkan demam.


Rawatan sawan demam tidak membabitkan pengambilan ubat berpanjangan,
sebaliknya ibu bapa dinasihati memberi ubat demam setiap 6 jam dan membasahkan badan supaya suhu badan tidak naik terlalu tinggi.

Dalam kes tertentu, ibu bapa juga mungkin diberi ubat untuk memberhentikan sawan jika ia masih berlaku.

Oleh kerana masalah sawan demam biasanya faktor keturunan, kemungkinan mendapat anak yang mengalami sawan demam bertambah jika ibu bapa atau adik beradik pernah mengalami masalah sama.


Lagi info tentang SAWAN di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Senaman Tali Skip


Bila kali terakhir anda bersenam dengan menggunakan tali skip? Jangan sesekali pandang remeh pada tali skip. Walaupun murah, ia mampu membakar lebih banyak kalori daripada yang anda fikirkan.

Tahukah anda, melompat menggunakan tali skip merupakan antara senaman yang dapat mengurangkan berat badan dengan efektif.

Sebanyak 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi menggunakan tali skip selama 10 minit manakala 1,000 kalori terbakar jika melakukannya selama sejam.

Senaman tali skip membantu memperbaiki sistem kardiovaskular, memberikan stamina, fleksibiliti dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran secara serentak.

Ia juga cara senaman berkesan bagi menguatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporosis.


Berikut tip ketika melakukan senaman menggunakan tali skip :

* Lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan sebelum memulakan senaman

* Pegang kedua-dua hujung tali di antara ketiak dan siku lalu pijak ia bagi memastikan ukuran yang sesuai. Sekiranya berlebihan, simpul tali mengikut kesesuaian

* Digalakkan melompat hingga ketinggian tidak melebihi 30 sentimeter

* Sertakan muzik

* Bagi menguatkan otot kaki, selalu melompat dengan menjengketkan kedua-dua belah kaki dan melompat setempat

* Tukar cara melompat daripada sebelah kaki, kedua-dua belah kaki, skip, berlari-lari anak atau mengangkat lutut setiap 30 saat bagi mengelakkan penat atau bosan

* Jika penat, perlahankan pusingan tali dan pastikan tumit kaki diletakkan ke lantai sebelum melompat semula

* Lakukan aktiviti regangan menyejukkan badan bagi memastikan tiada kecederaan berlaku


Lagi info tentang SENAMAN di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Petua Henti Berdengkur


Apabila sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Namun, bolehkah tidur lena kalau pasangan kita atau rakan serumah berdengkur?

Ada kala kita juga tidak tahu, mungkin selama ini bunyi dengkur diri sendiri yang macam enjin 'turbo' itu mengganggu tidur orang lain.

Punca

Punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.

Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.


Cara Atasi

Daripada terus mengganggu tidur orang lain, apa kata kita cuba kurangkan masalah itu. Tidaklah segan sangat nanti apabila terpaksa menumpang dekat rumah orang. Jangan pula disebabkan dengkuran berkuasa 'turbo', tuan rumah yang tak boleh tidur.

Antara cara mengatasi masalah berdengkur adalah seperti berikut :

Ubah posisi tidur

Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur.

Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal kerana ia adalah sunnah Nabi.

Turunkan berat badan

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Jadi, langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.


Hindari ubat penenang atau sedatif

Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur dan apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

Hidu wap air sebelum tidur

Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.

Habuk

Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.


Lagi info tentang DENGKUR di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu