This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Memujuk Orang Bunuh Diri


Keinginan membunuh diri adalah suatu kecemasan. Ia timbul apabila seseorang berputus asa dan beranggapan kehidupan tidak lagi berguna. Bagi mereka kematian adalah satu-satunya jalan penyelesaian.

Ada pelbagai sebab seseorang mempunyai keinginan membunuh diri. Sebab yang paling utama adalah masalah perhubungan seperti putus cinta atau pertelingkahan keluarga.

Hampir separuh daripada mereka mengalami masalah kemurungan. Ada yang disebabkan penyakit mental lain seperti ketagihan dadah, judi, bipolar dan skizofrenia.

Wanita Lebih Berisiko

Risiko bunuh diri lebih tinggi kalangan mangsa yang berumur bawah 35 tahun.


Kajian menunjukkan wanita 3 kali lebih berpotensi untuk cuba membunuh diri tetapi lelaki biasanya lebih ramai melakukannya.

Kes bunuh diri di kalangan warga emas pula biasanya disebabkan ketidakupayaan akibat kesakitan berpanjangan, kesunyian dan kemurungan.

Apa Perlu Dilakukan?

Jika anda berhadapan dengan situasi di atas, janganlah teragak-agak untuk bertanya adakah rakan anda benar-benar serius memikirkan rancangannya untuk membunuh diri.

Berikan perhatian terhadap jawapannya. Jika jawapannya "ya", dapatkan bantuan dengan segera.


Lihat di sekeliling sekiranya terdapat cara mudah untuk mangsa membunuh diri. Alihkan pandangan tersebut. Ia mungkin senjata tajam, racun atau tempat tinggi yang membolehkan mangsa terjun. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan dan cuba pujuk untuk dibawa ke hospital.

Jika gagal, cuba dapatkan perhatian orang sekeliling untuk tolong menghubungi polis.

Periksa sekiranya mangsa berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

Jika anda merasakan mangsa telah pun mengambil sesuatu yang berbahaya, tanya apakah jenis racun tersebut serta kuantitinya. Maklumat ini mungkin membantu rawatan di hospital.

Banyakkan bercakap agar mangsa dapat meluahkan perasaan. Beritahu mangsa yang kehadiran anda di situ adalah untuk menolong. Yakinkan mangsa yang masalah itu akan dapat diatasi. Jangan sekali-kali berjanji yang anda akan menyembunyikan perbuatan tersebut daripada keluarganya.


Mangsa Bukan Bodoh

Berhati-hati semasa berbicara. Ada beberapa perkara yang tidak seharusnya disebut kerana mangsa mungkin menukar makna ayat dan meneruskan cubaan bunuh diri.

Anda pastinya tidak mahu menyaksikan adegan tersebut di depan mata. Ini kerana pada waktu itu, mangsa tidak lagi mampu berfikir seperti orang yang waras. Sebagai contoh, jangan beritahu ada ramai lagi orang yang bernasib lebih malang di dunia ini. Ingatlah yang mangsa bukannya bodoh.

Mangsa hanya berada dalam keadaan kemurungan yang teruk. Mangsa pastinya tahu ada ramai manusia yang kebuluran di Afrika dan askar yang terkorban semasa berperang di Afghanistan.

Ini hanya akan membuatkannya berfikir betapa tidak adilnya dunia dan mangsa akan menjadi lebih murung.


Lupa Agama

Begitu juga dengan berkata "bunuh diri berdosa besar dan mangsa gerenti akan masuk neraka".

Perlu diingat sekiranya mangsa seorang yang jahil, adakah dia akan percayakan kata-kata anda? Tetapi sekiranya mangsa seorang yang beragama, pasti penderitaannya begitu hebat sekali sehingga sanggup mempertimbangkan pilihan membunuh diri.

Percayalah dalam keadaan waras tidak ada seorang pun yang mahu membunuh diri. Kemurungan akan menghilangkan kewarasan seseorang.

Orang seperti ini sukar dijangka dan mampu melakukan apa yang tidak ingin dibuat oleh manusia biasa. Berdoalah agar kita tidak termasuk di dalam golongan ini.


Lagi info tentang BUNUH DIRI di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Psoriasis Penyakit Kulit Bersisik


oleh Nadia Hamid

Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan.

Laporan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Psoriasis menyebut, penyakit kronik berkaitan imuniti ini biasanya muncul pada peringkat umur antara 15 hingga 25 tahun. Namun, ia boleh bermula pada sebarang peringkat umur.

Kesan Sosial

Mengikut laporan Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), kira-kira 3% rakyat Malaysia menderita akibat psoriasis – penyakit kulit kronik yang dikaitkan dengan berbagai beban fizikal dan emosi. Pesakit psoriasis di seluruh dunia pula dianggarkan mencecah 125 juta orang.

Daripada jumlah itu, dianggarkan hampir 1/4 daripada mereka menghidap psoriasis peringkat sederhana hingga serius serta perlu diberi perhatian. Secara psikologi, derita akibat psoriasis menyebabkan pesakit kurang yakin dengan imej sendiri, rendah diri, kemurungan, hilang identiti serta berdepan konflik pemencilan sosial.


Berdasarkan kajian Persatuan Pesakit Psoriasis Persekutuan Eropah terhadap 18,000 pesakit psoriasis, 77% daripada mereka mengakui psoriasis membawa impak besar serta mengganggu kehidupan harian.

Dapat Dikawal

Pesakit perlu sedar psoriasis bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh sembuh. Namun, ia dapat dikawal melalui rawatan jangka panjang.

Walaupun simptom psoriasis hanya ada pada kulit badan, namun ia bukan penyakit di luar badan sahaja. Sebaliknya, ia berpotensi tinggi menyebabkan penyakit kardiovaskular dan arthritis psoriatik (gejala sakit atau bengkak pada sendi).

Kulit kepala, lutut dan siku termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dihidapi dan penumbuhan plak pada tangan dan kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti.


Jenis Psoriasis

Psoriasis terbahagi kepada beberapa jenis iaitu psoriasis bertompok (paling lazim) dan guttate psoriasis (biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak).

Ada juga psoriasis tahap kronik sehingga memerlukan rawatan di hospital antaranya erythrodermic psoriasis, lampin psoriasis, pustular psoriasis (teruk hingga menimbulkan kesakitan), guttate psoriasis dan plaque psoriasis (bertompok dan timbul).

Rawatan

Sehubungan itu, masyarakat dinasihat mendapatkan pemeriksaan perubatan menyeluruh dari pakar kulit atau mencuba kaedah rawatan inovatif biologik dan berkualiti tinggi.

Salah satu pilihan yang ada ialah inovasi terbaru syarikat farmaseutikal, Janssen. Ubat baru ini dikenali sebagai Ustekinumab (atau dulu dikenali sebagai Stelara) iaitu sejenis ubat preskripsi untuk merawat plak psoriasis sederhana hingga serius.


Ustekinumab atau Stelara dikatakan menyediakan pilihan rawatan yang selamat dan berkesan untuk kulit yang lebih licin dan kelegaan daripada simptom seperti ketebalan plak, kulit bersisik dan kemerahan. Stelara adalah rawatan biologi bagi psoriasis yang boleh diterima dalam dos suku tahunan (setiap 12 minggu) iaitu sebanyak 4 suntikan setahun selepas dua dos permulaan.

Simptom

* Keguguran sisik pada kulit
* Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
* Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Tip Penjagaan

Pelembap. Penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Gunakan pengganti sabun seperti krim akueus atau salap pelembap.

Gunakan sarung tangan. Potong pendek kuku jari tangan dan kaki bagi mengelakkan menggaru dan kulit tidak rosak.

Ubatan dan krim. Saranan doktor antaranya - krim berasaskan coal tar (arang), kortison atau jenis pelembap; methotrexate, neotigason, cyclosporine and calcipatriol; cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA.


Kunjungi klinik berdekatan dan berjumpa doktor bagi menilai keadaan anda. Mulakan rawatan bersesuaian dan jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada tahap kronik penyakit anda.

Perlu diingati! Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ia tidak boleh sembuh namun, dapat dikawal menerusi rawatan jangka panjang.


Lagi info tentang PSORIASIS di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu