This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Angelina Jolie Buang Payudara


oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah

Tidak dinafikan ramai yang mengagumi kecantikan tubuh badan aktres antarabangsa, Angelina Jolie. Pengakuan Jolie melalui artikel bertajuk My Medical Choice yang diterbitkan oleh New York Times, telah mengejutkan dunia apabila memberitahu bahawa beliau menjalani kaedah mastektomi membuang kedua-dua payudaranya untuk mengelak diserang kanser payudara.

Jolie berkata, dia menjalani pembedahan itu selepas mengetahui dirinya membawa gen yang boleh menyebabkannya menghidap kanser payudara. Bagaimanapun, Jolie menyembunyikan pembedahan itu daripada pengetahuan orang ramai sehingga dia mendedahkan berita itu.

Kepentingan Anak

Bintang filem berusia 37 tahun itu menyatakan bahawa antara awal Februari hingga akhir April 2012, dia menjalani pembedahan ke atas kedua-dua payudaranya. Menurutnya, dia menjalani pembedahan itu adalah kerana memikirkan kepentingan anak-anaknya selepas melihat ibunya, Marcheline Bertrand meninggal dunia kerana menghidap kanser yang sama ketika berusia 56 tahun.


"Ibu saya berjuang menentang kanser selama hampir sedekad dan meninggal dunia semasa berumur 56 tahun. Risiko saya mendapat kanser payudara telah menurun daripada 87% kepada 5% sahaja," katanya.

Ujian Genetik

Menurutnya, selepas menjalani ujian genetik, dia didapati membawa gen BRCA1 dan mempunyai 87% untuk menghidap kanser payudara.

Proses pembuangan payudaranya itu bermula pada 2 Februari 2012. Menurutnya, 2 minggu kemudian, dia membuang tisu payudaranya. Jolie berkata, 9 bulan kemudian, dia menjalani pembedahan ketiga untuk membentuk semula payudara dan memasukkan implan.

"Saya tidak berasa sebarang kekurangan sifat kewanitaan. Ia (pembedahan itu) merupakan pilihan yang paling tepat," katanya.

Buang Rahim

Walaupun telah menjalani mastektomi, aktres tersohor itu bagaimanapun masih mempunyai peluang 5% diserang kanser payudara. Jolie juga kini dilaporkan tidak akan teragak-agak membuang rahimnya untuk mengelak diserang kanser rahim pula.


Lagi info tentang KANSER PAYUDARA di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Botak Ada Risiko Penyakit Jantung


Paris : Lelaki botak dikatakan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung koronari.

Tetapi, satu kajian terbaru menyatakan risiko itu dihadapi oleh mereka yang botak di bahagian tengah kepala. Lelaki yang mengalami botak depan dikatakan tidak memiliki risiko tambahan bagi penyakit arteri tersumbat yang juga boleh menyebabkan serangan jantung, menurut laporan jurnal BMJ Open.

Penyelidikan Botak

Ia berdasarkan penemuan penyelidik dari Bahagian Penyakit Metabolik dan Diabetes Universiti Tokyo.

Mereka menganalisis 6 kajian mengenai perbezaan botak di kalangan lelaki dan penyakit koronari jantung yang dijalankan antara 1993 dan 2008 membabitkan hampir 40,000 responden di Amerika Syarikat dan Eropah.

Analisis berkenaan menunjukkan bahawa lelaki yang kehilangan banyak rambut berkemungkinan lebih satu pertiga untuk mendapat penyakit arteri koronari berbanding mereka yang berambut lebat.


Lebih teruk keadaan botak akan mempengaruhi peringkat risiko tetapi sekali lagi ia hanya membabitkan mereka yang botak di bahagian tengah kepala.

Botak Tengah

"Hasil kajian ini menunjukkan bahawa botak di bahagian tengah adalah lebih dikaitkan dengan systemic atherosclerosis (penyakit jantung koronari) berbanding mereka yang botak bahagian depan.

Faktor risiko kardiovaskular berkenaan perlu dikaji dengan lebih teliti di kalangan lelaki yang botak tengah kepala terutama golongan lelaki muda dan mereka yang mungkin digalakkan untuk melihat risiko profil kardivaskular masing-masing," menurut kajian berkenaan.

Pun begitu, kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan keputusan ini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Makan Ikan Boleh Panjang Umur


Washington : Mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas serta mengamalkan makan ikan mampu memanjangkan usia sekurang-kurangnya 2 tahun.

Ini berbanding mereka yang tidak mengambil asid lemak omega-3 yang biasanya didapati dalam makanan laut, kata satu kajian Amerika Syarikat.

Mereka yang memiliki tahap asid lemak omega-3 lebih tinggi juga secara keseluruhan mengurangkan sebanyak 27% risiko kematian lebih awal. Ia juga mengurangkan sehingga 35% risiko mati akibat sakit jantung berbanding rakan mereka yang mempunyai tahap darah lebih rendah.

Penyelidikan diketuai saintis di Sekolah Kesihatan Harvard dan disiarkan Annals of Internal Medicine.


Ketika kaji selidik lain menunjukkan kaitan antara asid lemak omega-3 dan merendahkan risiko penyakit jantung, kajian terbaru memeriksa rekod orang lebih tua untuk menentukan sebarang kaitan antara makan ikan dan risiko kematian.

Penyelidik melakukan imbasan terhadap data 16 tahun membabitkan 2,700 orang dewasa berusia 65 tahun dan lebih tua.

Responden kajian tidak mengambil makanan tambahan minyak ikan, bagi mengelak kekeliruan pengambilan makanan tambahan dan perbezaan diet.


Lagi info tentang OMEGA 3 di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Kemunting Cina, Misai Kucing Rawat Kanser


KUALA LUMPUR: Penghidap kanser kini tidak perlu lagi bimbang dengan kos rawatan penyakit yang tinggi selepas kajian mendapati tumbuhan misai kucing dan kemunting Cina mampu merawat penyakit berkenaan.

Kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2007 mendapati ekstrak dua tumbuhan berkenaan mampu menghalang sel kanser daripada terus merebak, seterusnya menyembuhkan penyakit berkenaan.

Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP, Prof Madya Mahamad Noor Jaafar, kajian lanjut mengenainya termasuk keberkesanan ekstrak itu terhadap tahap penyakit kanser sedang giat dijalankan.


"Seramai 10 penyelidik USM terbabit dalam penyelidikan yang menelan kos RM1 juta ini pada peringkat makmal serta menghasilkan produk akhir, sementara UniMAP membekalkan sumber misai kucing dan kamunting Cina membabitkan proses penanaman, pengeringan dan pengekstrakan. Produk hasil kajian termasuk dalam bentuk kapsul, teh dan minuman dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat dan kita juga akan mendapatkan kelulusan piawaian daripada badan berkaitan," katanya kepada Berita Minggu.

Mahamad Noor berkata, pihaknya akan terus menjalankan kajian mengenai keberkesanan tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit termasuk tumbuhan yang jarang diteroka khasiatnya.

"Tumbuhan seperti misai kucing, kacip fatimah dan tongkat ali sememangnya dikenali mempunyai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit, namun kamunting Cina tidak begitu popular di negara ini. Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan," katanya.


Lagi info tentang KANSER di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Isteri Gaji Besar, Suami Mati Pucuk


COPENHAGEN : Lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil Viagra dan ubat lain kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian.

Penyelidik kurang pasti mengapa perkara itu berlaku tetapi rasa hilang harga diri selain marah dan kecewa mungkin memainkan peranan.

Kajian dilakukan di Denmark, lokasi penggambaran drama politik popular, Borgen, yang memaparkan bagaimana Perdana Menteri wanita bergelut dengan kesukaran mentadbir negara manakala suaminya mengu-ruskan rumah tangga dan anak-anak.

Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji pada data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan Viagra dan ubat bagi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi.

Perbezaan Gaji

Kesan malah dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma sedikit lebih tinggi daripada suami. Perbezaan gaji sebanyak 10,000 (RM 47,095) yang memihak kepada wanita, menggandakan penggunaan Viagra.

Malah perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar penggunaan ubat mati pucuk apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah tangga berbanding lelaki.

Menariknya, fenomena itu tidak dilihat pada pasangan yang selalunya memiliki pendapatan lebih tinggi. Sebaliknya, ia terhad kepada perkahwinan yang isteri mengambil alih kedudukan itu daripada suami.


Hilang Harga Diri

Ia menunjukkan rasa hilang harga diri menjadi punca keadaan itu.

Menulis dalam Buletin Personality and Social Psychology, penyelidik berkata, peningkatan aliran bagi wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi.

Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial, berpotensi menyebabkan lelaki berdepan masalah penurunan kehendak seksual atau tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas.

Kemarahan dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati pucuk, kata penyelidik. - Agensi


Lagi info tentang SEKS di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Bahagian Jahat Dalam Otak Manusia


Febuari 2013

BERLIN - Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat.

Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

"Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah," katanya.

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama.

Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66% generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi. - MailOnline


Lagi info tentang OTAK di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Menonton TV Jejas Kualiti Sperma


Febuari 2013

London: Pemuda yang menonton televisyen lebih 3 jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma sehingga separuh.

Kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas kerana kurangnya seseorang itu melakukan aktiviti fizikal.

Lelaki yang suka lepak pasti kalah kepada orang sederhana aktif, menurut kajian Universiti Harvard yang diterbitkan dalam Journal of Sports Medicine di sini.

Pakar berkata, kesannya boleh disebabkan kurang bersenam atau kepanasan melampau buah zakar disebabkan duduk lama.


Lelaki yang mahu memiliki anak kini digalakkan tidak memakai seluar ketat untuk menjaga kualiti sperma. Pemandu dan penunggang basikal juga berisiko berdepan masalah kesuburan.

Dalam kajian terbaru Sekolah Kesihatan Umum Harvard (HSPH), lelaki yang menonton televisyen lebih 20 jam setiap minggu memiliki kadar sperma 44% lebih rendah berbanding mereka yang hampir tidak menonton televisyen langsung.

Lelaki yang bersenam 15 jam atau lebih seminggu pada kadar sederhana dan kuat memiliki bilangan sperma 73% lebih tinggi berbanding mereka yang bersenam tidak sampai 5 jam seminggu. Senaman ringan tidak menjejaskan kualiti sperma.


Lagi info tentang SPERMA di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Gula-gula Getah Tingkat Kecerdasan


Febuari 2013

London : Satu kajian terbaru menemui bukti saintifik yang menyokong slogan iklan mendakwa bahawa gula-gula getah mampu mempercepatkan tindak balas dan meningkatkan kecerdasan.

Penyelidik dari Institut Kebangsaan Radiologi Sains di Jepun dan beberapa pusat lain mendapati bahawa masa tindak balas meningkat 10 kali lebih cepat ketika mengunyah gula-gula getah manakala sekurang-kurangnya 8 kawasan berlainan di dalam otak akan terbabit aktif, lapor The Independent.

Satu teori mendapati bahawa mengunyah akan meningkatkan rangsangan dan membawa kepada peningkatan sementara aliran darah ke otak, yang membantu menerangkan mengapa ia digunakan secara meluas di kalangan pengurus pasukan bola sepak yang berjaya antaranya termasuk pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson.


Sukarelawan di dalam uji kaji terbabit diuji ketika mereka mengunyah dan tidak mengunyah gula-gula getah. Gula-gula getah yang digunakan tidak berperisa untuk mengelak daripada gangguan.

Otak lelaki dan wanita turut diimbas dengan Pengimejan Resonans Magnetik fungsi (fMRI) untuk melihat kawasan mana yang paling aktif.

Dalam ujian 30 minit membabitkan sukarelawan menekan satu butang pada ibu jari kanan atau kiri mereka berdasarkan arah satu anak panah pada skrin di hadapan mereka. Satu ujian lebih sukar berbanding yang lain. Ketika kedua-dua ujian, kadar kecerdasan dan masa tindak balas diukur.


Lagi info tentang OTAK di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Mabuk Darah, Tersadai Atas Pokok Kelapa


Febuari 2013

MACHANG - Seorang penuntut institusi kemahiran 'tersadai' hampir 30 minit di atas pokok kelapa apabila gagal turun akibat mabuk darah, di sini.

Sinar Harian difahamkan, penuntut terbabit memanjat pokok itu bagi mendapatkan kelapa muda selepas program gotong-royong yang dianjurkan pusat pengajiannya.

Pemangku Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nordin Yahya berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian jam 9.35 pagi sebelum tiba di tempat kejadian seminit kemudian. Katanya, mangsa berjaya diselamatkan lima minit kemudian menggunakan tangga disediakan anggotanya.

"Mangsa dipercayai cekap memanjat pokok kelapa, namun apabila kakinya terkena parang ketika cuba membelah buah kelapa di atas pokok, dia mabuk darah dan pening kepala lantas tidak mampu turun sendiri. Bagi membantu mangsa, seorang rakan memanjat pokok tersebut, namun masih tidak berjaya turun sehinggalah kejadian itu dimaklumkan kepada pasukan kami," katanya.

Nordin berkata, sepasukan 5 anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan pada jam 9.35 pagi.

Katanya, mangsa dirawat sebagai pesakit luar dan tiada sebarang kecederaan lain. - Sinar Harian


Lagi info tentang MABUK DARAH di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Baju Merah Meningkatkan Keyakinan Wanita


Januari 2013

London : Dua daripada setiap lima wanita percaya memakai pakaian atau sesuatu berwarna merah akan meningkatkan keyakinan profesional. Selain itu, sebanyak 29% pula mahu memakainya lebih kerap, lapor satu tinjauan Yayasan Jantung British.

Keputusan tinjauan membabitkan 1,000 wanita itu, mendapat sokongan pakar psikologi, Gayle Brewer dari Universiti Central Lancashire.

"Pakaian yang dipakai dan warnanya memang memberi impak besar kepada perasaan kita. Warna merah dikaitkan dengan keyakinan dan kuasa. Wanita nampaknya mahu memastikan bahawa mereka mengenakan pakaian merah terbaik bagi memastikan kehadiran di pejabat mendapat perhatian orang lain," kata Dr Brewer yang dipetik akhbar Daily Telegraph.


Seorang daripada setiap 10 responden wanita di dalam tinjauan itu berkata, mereka akan memakai pakaian merah untuk mewujudkan rasa kagum rakan sepejabat. Pada masa sama, 26% lagi menyatakan, sedikit sentuhan gincu berwarna merah di bibir, mampu meningkatkan keyakinan.

Keadaan ini juga berlaku di kalangan selebriti apabila beberapa aktres termasuk Zooey Deschanel, Naomi Watts dan Jennifer Garner memakai gaun merah ketika menghadiri majlis anugerah Golden Globes di Beverly Hills, 13 Januari lalu. - Berita Harian


Lagi info tentang PSIKOLOGI di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Orang Gemuk Panjang Umur


6 Januari 2013

London : Individu gemuk tetapi tidak semestinya obes dikatakan mampu untuk hidup lebih lama berbanding rakan mereka yang lebih kurus.

Lelaki atau wanita yang lebih gemuk dikatakan hidup lebih lama berbanding seseorang yang mempunyai berat badan normal, lapor Daily Mail.

Ia memetik kajian membabitkan 3 juta penduduk, yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Kebiasaannya, kita biasanya memikirkan bahawa berat badan normal adalah petanda kepada kesihatan yang baik.

Pakar obesiti, bagaimanapun, memberi amaran bahawa penyelidikan terbabit tidak sepatutnya menunjukkan bahawa tiada kesan kesihatan negatif dalam kes membabitkan seseorang yang ada berat badan berlebihan.

91 Kertas Penyelidikan

Dalam kajian terbaru itu, penyelidik Kerajaan Amerika Syarikat membaca 91 kertas penyelidikan terdahulu mengenai topik berkenaan dari seluruh dunia yang membabitkan berjuta-juta wanita dan lelaki.


Mereka menganalisis mengenai persoalan indeks jisim badan (BMI) pada permulaan penyelidikan dan bagaimana seseorang itu menemui ajal.

Seseorang dikelaskan sebagai mempunyai berat badan normal jika memiliki BMI antara 18.5 hingga 24.9 dan mengalami lebihan berat badan jika bacaannya adalah antara 25 hingga 29.9.

BMI yang lebih tinggi daripada kelas yang dinyatakan disifatkan sebagai obes dan lebih besar bacaannya maka lebih besar risiko kesihatan seseorang itu.

6% Kurang Untuk Mati

Keputusan menunjukkan mereka yang dinilai sebagai mempunyai lebihan berat badan adalah 6% kurang untuk mati ketika penghujung tempoh kajian berbanding mereka yang memiliki berat badan normal.

Memiliki BMI antara 30 hingga 34.9 yang dikatakan obes juga dilihat tidak begitu menjejaskan kesihatan.

Bagaimanapun, mereka yang memiliki BMI lebih besar berbanding apa yang dinyatakan adalah 29% kurang berkemungkinan untuk dilihat hidup di akhir tempoh kajian berbanding mereka yang memiliki berat badan normal. - AGENSI


Lagi info tentang GEMUK di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Tomato Ubati Kesedihan dan Kemurungan


Januari 2013

Beijing: Amalan memakan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari boleh membantu mengubati kesedihan dan mengurangkan kemurungan sehingga 52%, lapor satu kajian.

Penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin Dr Kaijun Niu, berkata, kajian yang dijalankan mendapati tomato memberikan kesan yang hebat untuk mengatasi kemurungan.

Sayuran ini dipenuhi lycopene yang mampu mengurangkan ketegangan dan memberi perlindungan kepada beberapa penyakit kronik seperti serangan jantung dan barah kepada mereka yang mengamalkannya.


Ramai orang mengamalkan makan salad dan menyangka sayuran ini banyak khasiat tetapi tomato mempunyai kandungan bahan yang jauh lebih hebat untuk membantu mengekalkan kesihatan, katanya.

Kaijun berkata walaupun sebab sebenar tidak dapat dijelaskan, penyelidikan kesihatan mental ke atas 1,000 responden berusia 70 tahun di Jepun mendapati, mereka yang makan sekurang-kurangnya 2 biji tomato seminggu hidup lebih gembira berbanding kelompok yang tidak mengamalkannya - Agensi.


Lagi info tentang TOMATO di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Minuman Dalam Botol Lebih Mudah Tercemar


1 Januari 2013

London : Minuman dalam botol mungkin lebih mudah tercemar dan menjadi sumber pencemaran berbanding air paip, dakwa satu kajian baru.

Walaupun kos bagi minuman botol lebih tinggi berbanding air paip, namun ia lebih tercemar dan menjadi sumber jangkitan, lapor akhbar Daily Mail yang memetik kajian oleh penyelidik pasaran Mintel.

Secara purata, penduduk Britain minum 33 liter minuman botol setiap tahun, tidak kira sama ada ia air mineral, minuman bergas atau air paip disulingkan.

Jalani Ujian Bulanan

Hampir satu perempat daripada penduduk yang minum air botol di rumah berkata, mereka melakukannya kerana percaya ia adalah lebih baik berbanding air paip.

Tetapi, apa yang pengguna tidak sedari adalah air paip diperiksa setiap hari di bawah pemeriksaan ketat. Ia juga mengandungi klorin yang menghalang sebarang penyebaran pencemaran bahaya seperti jangkitan bakteria.


Ini berbeza sekali dengan air botol kerana pengeluarnya hanya dikehendaki menjalani ujian bulanan terhadap sumber produk itu.

Sebaik saja ia diisi dan diketatkan, minuman botol terbabit akan berada di dalam tempat simpanan selama beberapa bulan sebelum ia dijual.

Tiada Bahan Tambahan

Air botol tidak mengandungi bahan tambahan pembasmi kuman seperti klorin. Selepas air botol dibuka, ia tidak lagi mengekalkan mutunya dan perlu diminum dalam masa beberapa hari.

Pernah beberapa bungkusan air botol terpaksa ditarik balik dari pasar raya Britain disebabkan kebimbangan mengenai pencemaran. - AGENSI


Lagi info tentang AIR BOTOL di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu