Mabuk Darah, Tersadai Atas Pokok Kelapa


Febuari 2013

MACHANG - Seorang penuntut institusi kemahiran 'tersadai' hampir 30 minit di atas pokok kelapa apabila gagal turun akibat mabuk darah, di sini.

Sinar Harian difahamkan, penuntut terbabit memanjat pokok itu bagi mendapatkan kelapa muda selepas program gotong-royong yang dianjurkan pusat pengajiannya.

Pemangku Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nordin Yahya berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian jam 9.35 pagi sebelum tiba di tempat kejadian seminit kemudian. Katanya, mangsa berjaya diselamatkan lima minit kemudian menggunakan tangga disediakan anggotanya.

"Mangsa dipercayai cekap memanjat pokok kelapa, namun apabila kakinya terkena parang ketika cuba membelah buah kelapa di atas pokok, dia mabuk darah dan pening kepala lantas tidak mampu turun sendiri. Bagi membantu mangsa, seorang rakan memanjat pokok tersebut, namun masih tidak berjaya turun sehinggalah kejadian itu dimaklumkan kepada pasukan kami," katanya.

Nordin berkata, sepasukan 5 anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan pada jam 9.35 pagi.

Katanya, mangsa dirawat sebagai pesakit luar dan tiada sebarang kecederaan lain. - Sinar Harian


Lagi info tentang MABUK DARAH di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu