Angelina Jolie Buang Payudara


oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah

Tidak dinafikan ramai yang mengagumi kecantikan tubuh badan aktres antarabangsa, Angelina Jolie. Pengakuan Jolie melalui artikel bertajuk My Medical Choice yang diterbitkan oleh New York Times, telah mengejutkan dunia apabila memberitahu bahawa beliau menjalani kaedah mastektomi membuang kedua-dua payudaranya untuk mengelak diserang kanser payudara.

Jolie berkata, dia menjalani pembedahan itu selepas mengetahui dirinya membawa gen yang boleh menyebabkannya menghidap kanser payudara. Bagaimanapun, Jolie menyembunyikan pembedahan itu daripada pengetahuan orang ramai sehingga dia mendedahkan berita itu.

Kepentingan Anak

Bintang filem berusia 37 tahun itu menyatakan bahawa antara awal Februari hingga akhir April 2012, dia menjalani pembedahan ke atas kedua-dua payudaranya. Menurutnya, dia menjalani pembedahan itu adalah kerana memikirkan kepentingan anak-anaknya selepas melihat ibunya, Marcheline Bertrand meninggal dunia kerana menghidap kanser yang sama ketika berusia 56 tahun.


"Ibu saya berjuang menentang kanser selama hampir sedekad dan meninggal dunia semasa berumur 56 tahun. Risiko saya mendapat kanser payudara telah menurun daripada 87% kepada 5% sahaja," katanya.

Ujian Genetik

Menurutnya, selepas menjalani ujian genetik, dia didapati membawa gen BRCA1 dan mempunyai 87% untuk menghidap kanser payudara.

Proses pembuangan payudaranya itu bermula pada 2 Februari 2012. Menurutnya, 2 minggu kemudian, dia membuang tisu payudaranya. Jolie berkata, 9 bulan kemudian, dia menjalani pembedahan ketiga untuk membentuk semula payudara dan memasukkan implan.

"Saya tidak berasa sebarang kekurangan sifat kewanitaan. Ia (pembedahan itu) merupakan pilihan yang paling tepat," katanya.

Buang Rahim

Walaupun telah menjalani mastektomi, aktres tersohor itu bagaimanapun masih mempunyai peluang 5% diserang kanser payudara. Jolie juga kini dilaporkan tidak akan teragak-agak membuang rahimnya untuk mengelak diserang kanser rahim pula.


Lagi info tentang KANSER PAYUDARA di sini.






Jom bincang artikel di atas...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu