This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Kemunting Cina, Misai Kucing Rawat Kanser


KUALA LUMPUR: Penghidap kanser kini tidak perlu lagi bimbang dengan kos rawatan penyakit yang tinggi selepas kajian mendapati tumbuhan misai kucing dan kemunting Cina mampu merawat penyakit berkenaan.

Kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2007 mendapati ekstrak dua tumbuhan berkenaan mampu menghalang sel kanser daripada terus merebak, seterusnya menyembuhkan penyakit berkenaan.

Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP, Prof Madya Mahamad Noor Jaafar, kajian lanjut mengenainya termasuk keberkesanan ekstrak itu terhadap tahap penyakit kanser sedang giat dijalankan.


"Seramai 10 penyelidik USM terbabit dalam penyelidikan yang menelan kos RM1 juta ini pada peringkat makmal serta menghasilkan produk akhir, sementara UniMAP membekalkan sumber misai kucing dan kamunting Cina membabitkan proses penanaman, pengeringan dan pengekstrakan. Produk hasil kajian termasuk dalam bentuk kapsul, teh dan minuman dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat dan kita juga akan mendapatkan kelulusan piawaian daripada badan berkaitan," katanya kepada Berita Minggu.

Mahamad Noor berkata, pihaknya akan terus menjalankan kajian mengenai keberkesanan tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit termasuk tumbuhan yang jarang diteroka khasiatnya.

"Tumbuhan seperti misai kucing, kacip fatimah dan tongkat ali sememangnya dikenali mempunyai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit, namun kamunting Cina tidak begitu popular di negara ini. Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan," katanya.


Lagi info tentang KANSER di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Isteri Gaji Besar, Suami Mati Pucuk


COPENHAGEN : Lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil Viagra dan ubat lain kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian.

Penyelidik kurang pasti mengapa perkara itu berlaku tetapi rasa hilang harga diri selain marah dan kecewa mungkin memainkan peranan.

Kajian dilakukan di Denmark, lokasi penggambaran drama politik popular, Borgen, yang memaparkan bagaimana Perdana Menteri wanita bergelut dengan kesukaran mentadbir negara manakala suaminya mengu-ruskan rumah tangga dan anak-anak.

Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji pada data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan Viagra dan ubat bagi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi.

Perbezaan Gaji

Kesan malah dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma sedikit lebih tinggi daripada suami. Perbezaan gaji sebanyak 10,000 (RM 47,095) yang memihak kepada wanita, menggandakan penggunaan Viagra.

Malah perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar penggunaan ubat mati pucuk apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah tangga berbanding lelaki.

Menariknya, fenomena itu tidak dilihat pada pasangan yang selalunya memiliki pendapatan lebih tinggi. Sebaliknya, ia terhad kepada perkahwinan yang isteri mengambil alih kedudukan itu daripada suami.


Hilang Harga Diri

Ia menunjukkan rasa hilang harga diri menjadi punca keadaan itu.

Menulis dalam Buletin Personality and Social Psychology, penyelidik berkata, peningkatan aliran bagi wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi.

Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial, berpotensi menyebabkan lelaki berdepan masalah penurunan kehendak seksual atau tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas.

Kemarahan dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati pucuk, kata penyelidik. - Agensi


Lagi info tentang SEKS di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Bahagian Jahat Dalam Otak Manusia


Febuari 2013

BERLIN - Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat.

Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

"Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah," katanya.

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama.

Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66% generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi. - MailOnline


Lagi info tentang OTAK di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Menonton TV Jejas Kualiti Sperma


Febuari 2013

London: Pemuda yang menonton televisyen lebih 3 jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma sehingga separuh.

Kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas kerana kurangnya seseorang itu melakukan aktiviti fizikal.

Lelaki yang suka lepak pasti kalah kepada orang sederhana aktif, menurut kajian Universiti Harvard yang diterbitkan dalam Journal of Sports Medicine di sini.

Pakar berkata, kesannya boleh disebabkan kurang bersenam atau kepanasan melampau buah zakar disebabkan duduk lama.


Lelaki yang mahu memiliki anak kini digalakkan tidak memakai seluar ketat untuk menjaga kualiti sperma. Pemandu dan penunggang basikal juga berisiko berdepan masalah kesuburan.

Dalam kajian terbaru Sekolah Kesihatan Umum Harvard (HSPH), lelaki yang menonton televisyen lebih 20 jam setiap minggu memiliki kadar sperma 44% lebih rendah berbanding mereka yang hampir tidak menonton televisyen langsung.

Lelaki yang bersenam 15 jam atau lebih seminggu pada kadar sederhana dan kuat memiliki bilangan sperma 73% lebih tinggi berbanding mereka yang bersenam tidak sampai 5 jam seminggu. Senaman ringan tidak menjejaskan kualiti sperma.


Lagi info tentang SPERMA di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Gula-gula Getah Tingkat Kecerdasan


Febuari 2013

London : Satu kajian terbaru menemui bukti saintifik yang menyokong slogan iklan mendakwa bahawa gula-gula getah mampu mempercepatkan tindak balas dan meningkatkan kecerdasan.

Penyelidik dari Institut Kebangsaan Radiologi Sains di Jepun dan beberapa pusat lain mendapati bahawa masa tindak balas meningkat 10 kali lebih cepat ketika mengunyah gula-gula getah manakala sekurang-kurangnya 8 kawasan berlainan di dalam otak akan terbabit aktif, lapor The Independent.

Satu teori mendapati bahawa mengunyah akan meningkatkan rangsangan dan membawa kepada peningkatan sementara aliran darah ke otak, yang membantu menerangkan mengapa ia digunakan secara meluas di kalangan pengurus pasukan bola sepak yang berjaya antaranya termasuk pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson.


Sukarelawan di dalam uji kaji terbabit diuji ketika mereka mengunyah dan tidak mengunyah gula-gula getah. Gula-gula getah yang digunakan tidak berperisa untuk mengelak daripada gangguan.

Otak lelaki dan wanita turut diimbas dengan Pengimejan Resonans Magnetik fungsi (fMRI) untuk melihat kawasan mana yang paling aktif.

Dalam ujian 30 minit membabitkan sukarelawan menekan satu butang pada ibu jari kanan atau kiri mereka berdasarkan arah satu anak panah pada skrin di hadapan mereka. Satu ujian lebih sukar berbanding yang lain. Ketika kedua-dua ujian, kadar kecerdasan dan masa tindak balas diukur.


Lagi info tentang OTAK di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Mabuk Darah, Tersadai Atas Pokok Kelapa


Febuari 2013

MACHANG - Seorang penuntut institusi kemahiran 'tersadai' hampir 30 minit di atas pokok kelapa apabila gagal turun akibat mabuk darah, di sini.

Sinar Harian difahamkan, penuntut terbabit memanjat pokok itu bagi mendapatkan kelapa muda selepas program gotong-royong yang dianjurkan pusat pengajiannya.

Pemangku Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nordin Yahya berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian jam 9.35 pagi sebelum tiba di tempat kejadian seminit kemudian. Katanya, mangsa berjaya diselamatkan lima minit kemudian menggunakan tangga disediakan anggotanya.

"Mangsa dipercayai cekap memanjat pokok kelapa, namun apabila kakinya terkena parang ketika cuba membelah buah kelapa di atas pokok, dia mabuk darah dan pening kepala lantas tidak mampu turun sendiri. Bagi membantu mangsa, seorang rakan memanjat pokok tersebut, namun masih tidak berjaya turun sehinggalah kejadian itu dimaklumkan kepada pasukan kami," katanya.

Nordin berkata, sepasukan 5 anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan pada jam 9.35 pagi.

Katanya, mangsa dirawat sebagai pesakit luar dan tiada sebarang kecederaan lain. - Sinar Harian


Lagi info tentang MABUK DARAH di sini.






Jom bincang artikel di atas...



testing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu