This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Ujian Kehamilan Melalui Air Kencing


Semua ujian kehamilan mengukur aras hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (human Chorionic Gonadotrophin - hCG) dalam badan.

Ujian kehamilan di rumah ialah ujian air kencing. Kaedah ini mengesan aras hCG dalam air kencing, tetapi hanya positif apabila hormon itu mencapai satu aras tertentu.

Namun, ada sesetengah ujian kehamilan di rumah yang agak lebih sensitif. Ujian yang lebih sensitif mungkin dapat mengesan aras hCG yang rendah beberapa hari sebelum haid bermula.

Aras hCG

Sama ada anda menggunakan ujian kehamilan biasa di rumah atau yang lebih sensitif, jika mereka menggunakannya terlalu awal semasa peringkat kehamilan, aras hCG dalam air kencing mungkin belum cukup tinggi untuk mendapatkan keputusan yang positif.


Hampir kesemua ujian kehamilan air kencing akan memberi keputusan yang tepat jika seseorang wanita melakukannya sekitar masa biasa haid bermula, kira-kira 2 minggu selepas mereka berovulasi (bertelur) atau mencapai waktu subur.

Ujian kehamilan di rumah mengesan kehadiran hormon kehamilan, iaitu hCG dalam air kencing. Badan mereka mula menghasilkan hCG apabila telur yang telah disenyawakan menempel (implantasi) pada rahim.

Punca HCG

HCG dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk plasenta (uri). Keadaan ini boleh dikesan dalam air kencing daripada kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku.


Dalam masa beberapa hari selepas proses penempelan, aras hCG akan meningkat dengan cepat. Kebanyakan alat penguji kehamilan cukup sensitif untuk mengesan hCG dalam air kencing pada hari pertama haid sepatutnya datang.

Keputusan Negatif

Jika mendapati keputusan negatif pada kali pertama membuat ujian, ini mungkin kerana aras hCG belum mencecah tahap di mana ia boleh dikesan. Kadang-kadang tahapnya belum cukup tinggi untuk dikesan pada hari pertama haid sepatutnya datang.

Jika haid terlewat dan keputusan yang diperolehi negatif, mereka perlu menunggu beberapa hari lagi, kemudian boleh mengujinya semula.


Sensitiviti Alat Penguji

Seseorang wanita akan mendapati sesetengah alat penguji kehamilan lebih sensitif daripada yang lain. Alat penguji yang paling sensitif boleh menunjukkan hamil walaupun terdapat sedikit sahaja hCG dalam badan mereka.

Mereka boleh mengetahui berapa sensitif alat penguji kehamilan itu dengan membaca maklumat yang ada pada kotak alat penguji tersebut. Mereka akan dapati bahawa konsentrasi hCG diukur dalam unit mili-Internasional (mIU) per mililiter. Alat penguji dengan sensitiviti (kepekaan) 20 mIU/ml adalah lebih sensitif daripada yang berkesensitifan 50 mIU/ml.

Masa Uji Kehamilan

Kebanyakan alat penguji boleh menunjukkan sama ada seseorang wanita hamil atau tidak pada hari pertama haid mereka lewat datang.

Alat penguji yang lebih sensitif mungkin boleh mengesan hCG pada tahap yang rendah beberapa hari sebelum haid dijadualkan tiba tetapi ujian seawal ini mungkin tidak memberikan keputusan yang tepat.

Cuba jangan minum terlalu banyak sebelum membuat ujian kerana ini boleh mencairkan hCG dalam air kencing.


Sesetengah alat penguji mencadangkan wanita melakukan ujian pada waktu pagi, apabila mereka pergi ke tandas untuk kali pertama pada hari itu. Ini terutamanya jika mereka menguji pada hari-hari yang awal. Keadaan ini disebabkan aras hCG menjadi lebih pekat dalam air kencing semasa mereka tidur pada waktu malam. Oleh itu, lebih mudah dikesan dalam air kencing pertama.

Haid Tidak Teratur

Jika haid tidak teratur, mungkin sukar untuk mengenal pasti bilakah haid seseorang wanita sepatutnya tiba. Sebagai panduan, mereka boleh menggunakan kitaran yang paling panjang dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebelum membuat ujian.

Jika mereka baru berhenti mengambil pil perancang, mereka mungkin tidak tahu berapa panjangkah kitaran haid secara semula jadinya, dan mungkin membuat ujian sama ada terlalu awal atau terlalu lewat. Jika ujian negatif, mereka sepatutnya membuat ujian lagi dalam masa tiga hari.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Sendawa Berlebihan Mungkin GERD


oleh Mariatul Qatiah Zakaria

Sendawa merupakan satu bunyi kecil dan sekejap yang akan kedengaran apabila seseorang itu kekenyangan selepas makan.

Perkara ini merupakan rutin harian yang pastinya akan terjadi selepas menikmati apa juga hidangan dan ia bukanlah satu perbuatan yang aneh atau luar biasa.

Sendawa Tak Kira Masa

Bagaimanapun, terdapat juga individu yang mempunyai kelaziman sendawa yang kuat, panjang, dan berulang kali tanpa mengira masa, sama ada selepas makan atau sebaliknya sehingga kadang kala membuat rasa tidak selesa orang keliling.

Kelaziman itu tidak harus dipandang ringan kerana ia merupakan antara simptom yang menandakan seseorang itu mungkin berpenyakit.


Angin Dari Perut

Secara amnya sendawa membawa maksud mengeluarkan angin dari perut dan ia akan berlaku daripada semasa ke semasa dan ia merupakan satu perkara biasa.

Selain mengeluarkan angin yang berlebihan, sendawa juga terjadi untuk mengeluarkan gas yang terlalu banyak daripada dalam perut.

Begitupun, ada sesetengah individu sendawa lebih banyak daripada biasa dan walaupun perkara ini berlaku, kebanyakan mereka ini tidak mempunyai sebarang penyakit yang serius.


Makan Terlalu Cepat

Ada beberapa perkara yang menyebabkan ia menjadi kerap seperti makan terlalu cepat di mana semasa proses tersebut berlaku (makan) biasanya angin akan masuk ke dalam perut.

Hal ini juga akan terjadi kepada mereka yang suka mengambil minuman yang bergas, penghisap rokok (akan menyedut angin masuk ke dalam badan), individu yang gugup, dan mereka yang gemar mengunyah gula-gula getah.

Golongan individu ini didapati dengan tidak sengaja akan menelan angin lebih banyak daripada biasa akibat gaya hidup yang diamalkan seharian.

Penyakit Dalaman Serius

Bagaimanapun kadang kala gejala ini boleh menunjukkan ia satu penyakit yang lebih serius tetapi ia hanya berlaku dalam kalangan kumpulan minoriti.

Dalam hal ini, sekiranya individu mengalami sendawa yang berbeza daripada biasa dan diikuti dengan gejala seperti sakit perut, muntah, tiada selera makan, dan berat badan semakin menurun, ia mungkin tanda-tanda seseorang itu mengalami penyakit dalaman yang lebih serius.


Pedih Ulu Hati

Sekiranya kita melihat daripada segi penyakit, salah satu keadaan yang menyebabkan sendawa dikeluarkan lebih daripada biasa dikenali sebagai penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) atau pedih ulu hati.

Penyakit inilah yang kerap menyebabkan sendawa lebih kerap daripada biasa. Sebenarnya ramai orang yang menghidap penyakit ini, tetapi kebanyakan mereka ini tidak sampai ke tahap yang teruk dan boleh dikawal dengan pengambilan ubat dan mengubah gaya hidup masing-masing.

Apa Itu GERD

GERD berlaku apabila salah satu injap yang menghubungkan esofagus (saluran makan) ke perut menjadi longgar daripada normal.


Apabila hal ini berlaku, asid dan jus daripada perut akan mudah naik semula ke esofagus bersama-sama makanan yang dihadam.

Keadaan ini sering kali menyebabkan ketidakselesaan kepada mana-mana individu dan secara tidak langsung ia akan menyebabkan rasa seakan terbakar di dada atau tekak yang dipanggil pedih ulu hati atau senak.

Penyakit ini sebenarnya merupakan penyakit biasa yang dialami oleh ramai orang.

Walaupun pada umumnya ia tidak berbahaya, sedikit sebanyak akan mengganggu kualiti serta aktiviti kehidupan seharian.


Tidak Pulih 100%

Penyakit GERD dalam majoriti bukanlah penyakit serius yang boleh mendatangkan maut dan gejala utama penyakit ini termasuklah pedih ulu hati, kembung perut serta sendawa berlebihan dan ia memang penyakit kronik yang jarang sekali boleh menyebabkan komplikasi serius.

Tetapi sekiranya mereka menghidap penyakit ini, ia tidak boleh dipulihkan 100 peratus dan pesakit akan seumur hidup bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan sekurang-kurangnya dari masa ke semasa kalau tidak setiap masa.

Apa yang boleh pesakit lakukan hanyalah mengurangkan gejala sendawa tersebut dengan mengubah gaya hidup di samping mengawal pemakanan.

Rawatan

Pesakit hanya akan dirawat dengan menggunakan ubat untuk mengurangkan asid dalam perut, serta disarankan mengubah gaya hidup seperti makan dalam kuantiti yang sederhana pada masa yang tertentu dan jangan biarkan perut berlapar lalu mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekali gus.


Bagi rawatan cara tradisional iaitu berurut serta minum minuman halia yang dilihat mampu mengurangkan angin dalam badan, jika dilihat daripada kajian saintifik, kedua-duanya tidak mempunyai bukti yang kukuh tetapi pengambilan air halia tidak memberi kesan sampingan yang buruk.

Mengenai urutan, angin sebenarnya hanya terdapat di dalam perut dan bukan di dalam seluruh badan.

Seeloknya jika mengalami simptom ini (sendawa lebih daripada biasa), berunding dengan pakar kesihatan dan jika perlu rujuk pada pakar yang merawat penyakit-penyakit berkaitan perut dan usus. Jangan biarkan berlarutan hingga mengakibatkan ia menjadi lebih serius.






Jom bincang artikel di atas...



testing

20 Tip Diet di Bulan Ramadhan

Ambil peluang kuruskan badan di bulan Ramadhan! Ikuti 20 tip diet berikut :

Klik pada gambar untuk besarkan.




























Jom bincang artikel di atas...



testing

Rawat Kegatalan Bahagian Sulit


oleh Dhiya' Zulhilmi Daud

Kegatalan di bahagian sulit pastinya membuatkan seseorang perempuan itu berasa kurang selesa dan emosinya juga terganggu. Apatah lagi, bagi remaja perempuan bawah umur yang kurang pengetahuan mengenai penjagaan kebersihan alat kelamin.

Kebersihan kawasan V ini mungkin dianggap ringan oleh golongan remaja perempuan yang baharu sahaja mengalami akil baligh namun ia boleh menyebabkan kesan buruk seperti berbau busuk di bahagian tersebut sehingga menggangu orang lain yang berdekatan dengan anda.

Oleh itu, ayuh ikuti beberapa tip dibawah, mudah-mudahan ia dapat menghentikan kegatalan di bahagian sulit anda!


Gunting dan Cukur

Gunting atau cukur rerambut apabila anda mendapati ia telah menjadi panjang. Rerambut yang telah digunting atau dicukur pendek akan memudahkan kamu untuk menjaga bahagian sulit tersebut.

Untuk pengetahuan kamu, rerambut yang tidak dijaga dengan rapi dan dibiarkan panjang terdedah kepada pembiakan kuman. Sekali gus, ia akan menyebabkan bahagian sulit menjadi kemerahan, mengalami kegatalan dan menyebabkan berbau busuk.

Jangan Guna Sabun Mandi

Untuk pengetahuan anda, sabun mandian berfungsi untuk membunuh segala bakteria yang terdapat pada tubuh badan manusia termasuk bakteria baik yang terdapat pada bahagian sulit perempuan.

Hal ini akan menyebabkan kulat mudah membiak kerana kurangnya bakteria baik di bahagian sulit tersebut. Sebaik-baiknya gunakan pencuci khusus untuk mencuci bahagian sulit ataupun dengan air yang bersih.


Tukar Seluar Dalam

Seluar dalam yang dipakai berulang kali bukan sahaja menjadi kotor malah boleh mendatangkan kegatalan kepada pemakainya akibat pembiakan bakteria ke seluruh kulit di bahagian sulit.

Oleh itu, jadikan rutin menukar seluar dalam sekurang-kurangnya dua kali sehari utuk mengelak perkara ini berlaku.

Jangan Biarkan Lembab

Jangan terus memakai seluar dalam selepas bahagian sulit anda baharu sahaja dicuci. Hal ini akan menyebabkan seluar dalam kamu lembab lalu menyebabkan pembiakan bakteria, kuman dan kulat.

Langkah tepat ialah megelap dahulu dengan tuala atau tisu tandas sehingga kering cuma berhati-hati ketika mengelap bahagian tersebut kerana sekiranya terlalu kasar akan melukannya pula.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Kulit Lembap Nampak Lebih Muda


oleh Meran Abu Bakar

Kulit merupakan penghadang yang melindungi tubuh daripada radiasi serta trauma mekanikal dan kimia. Kulit juga berfungsi mengawal suhu badan, sebagai deria, melindungi daripada jangkitan kuman serta sebagai cara berkomunikasi sosioseksual.

Adalah penting untuk kita mempastikan kulit sentiasa lembap bagi mendapatkannya sihat dan nampak muda.

Pelembab Kulit

Untuk itu, gunakan pelembap kulit yang sesuai dan cepat meresap ke dalam kulit. Jangan gunakan pelembap yang sebarangan kerana terdapat pelembap kulit yang hanya akan menyebabkan kulit menjadi rosak dan bertambah kering.


Kulit orang dewasa mengandungi 60 peratus kelembapan sementara bayi sebanyak 80 peratus.

Jadi, semakin berusia seseorang itu kulitnya juga menjadi semakin kering. Oleh itu sentiasa gunakan pelembap kulit yang sesuai setiap hari bagi mengekalkan kelembapan.

Amalan Lain

Bersenam juga membantu mendapatkan kulit yang cantik kerana apabila seseorang itu bersenam akan meningkatkan pengaliran darah ke kulit dan mengurangkan tekanan.

Selain itu, tidur yang mencukupi juga penting kerana proses tidur membantu sel untuk bertenaga semula dan memberi kesan kepada kulit.


Pemakaian topi, payung atau penutup kepala dan baju berlengan panjang apabila keluar rumah juga sedikit sebanyak membantu mengekalkan kelembapan lebih lama. Kulit yang terdedah pada sinar matahari secara terus bukan saja nampak kering bahkan mudah berkedut dan kusam.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa merokok juga membuatkan kulit cepat menjadi kering dan nampak tua kerana perjalanan darah ke kulit tersekat.

Amalkan banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana kedua-duanya mengandungi air, vitamin dan mineral.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Faktor Lelaki Tidak Subur


Terdapat banyak faktor yang menjejaskan kesuburan lelaki. Antara punca utama adalah disebabkan testis yang tidak normal. Punca yang lain adalah seperti duktus yang tersumbat, masalah kelenjar aksesori yang menghasilkan cairan seminal, gangguan hormon, teknik hubungan seks yang kurang berkesan dan faktor psikologi.

Testis Tidak Normal

Masalah testis tidak normal berlaku apabila testis tidak turun ke skrotum (walaupun telah menjalani pembedahan) dan jangkitan beguk merupakan punca utama infertiliti.

Punca lain yang dikenal pasti adalah seperti proses inflamasi yang berlaku daripada jangkitan atau kecederaan pada testis. Pengembangan vena varikosel (varicose) dalam skrotum boleh mengurangkan bilangan dan motiliti sperma.


Sesetengah bahan kimia dan ubat-ubatan boleh mengakibatkan kegagalan fungsi testis. Keadaan ini biasanya terjadi selepas penggunaan ubat yang dipanggil sitotoksik (cytotoxics) untuk rawatan kanser, terutamanya kanser darah atau kanser kelenjar testis.

Terapi kesan radiasi atau X-ray ke atas testis juga boleh menyebabkan infertiliti dengan merosakkan tubul seminiferous.

Saluran Duktus Tersumbat

Sperma tidak boleh dihasilkan apabila saluran duktus yang tersumbat. Hal ini terjadi akibat jangkitan gonorea, atau sesetengah lelaki memang dilahirkan dengan saluran duktus yang sempit.


Masalah Kalenjar

Kelenjar-kelenjar seperti seminal vesikel, prostat dan bulbouretra dipanggil kelenjar seks aksesori dan menyumbang ke arah pembentukan air mani. Sekiranya kelenjar-kelenjar ini turut dijangkiti, maka sperma tidak normal akan terhasil.

Selalunya, masalah kawalan hormon menyebabkan hormon perangsang folikel dan hormon peluteinan yang dihasilkan tidak mencukupi.

Mati Pucuk dan Psikologi

Hubungan seks yang tidak normal berlaku apabila penetrasi yang kurang berjaya, lelaki yang mati pucuk atau disfungsi ereksi dan bukaan zakar yang tidak berada di hujung.


Masalah kawalan otot pada bahagian bawah zakar menyebabkan air mani diejakulasi ke dalam pundi kencing atau dikenal juga sebagai retrograde ejaculation.

Masalah psikologi, masalah kesihatan atau stres juga mengganggu penghasilan air mani. Gangguan emosi boleh merencatkan penghasilan hormon dan pengaliran darah ke testis.

Bilangan Sperma

Secara purata, amaun air mani yang diejakulasi oleh seorang lelaki sebanyak 1 hingga 4 milimeter. Biasanya, lebih daripada 50 juta sperma yang terkandung setiap 1 milimeter yang diejakulasi. Sekiranya kepekatan sperma kurang daripada 20 juta per milimeter, peluang untuk hamil berkurangan.


Selain itu, bilangan sperma yang mampu untuk bergerak juga sangat penting. Bagi lelaki yang subur, terdapat sekurang-kurangnya 50% sperma yang mampu bergerak aktif. Semasa analisis air mani dijalankan, sperma yang bergerak dalam garisan lurus diperhatikan. Sekurang-kurangnya, 25% sperma yang bergerak secara progresif.

Bentuk Sperma

Aspek lain yang dilihat ialah rupa bentuk atau morfologi sperma. Apabila dilihat di bawah mikroskop, sperma manusia yang normal mempunyai kepala yang bujur dan ekor. Ada juga sperma mempunyai kepala, saiz dan ekor yang abnormal. Akan tetapi, sperma yang normal hendaklah merangkumi sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan sperma. Jika peratusan sperma yang abnormal melebihi 75%, kualiti kesuburan akan merosot.


Pengiraan bilangan sperma dilakukan di makmal dengan menggunakan mikroskop. Amaun air mani yang diejakulasi diukur dan kepekatan sperma ditentukan dalam satu juta per milimeter. Spesimen sperma diproses di atas slaid mikroskop, diletakkan bahan kimia khas dan dibiarkan kering. Proses ini membolehkan bentuk sperma dikaji dengan lebih teliti.






Jom bincang artikel di atas...



testing

Berus Gigi Dengan Betul


oleh Kapten Dr. Faiz Khaleed

Memberus gigi adalah sesuatu yang dipelajari sejak kecil lagi. Mempelajari bagaimana untuk memberus gigi dengan betul adalah langkah pertama untuk mencapai gigi dan gusi yang sihat. Cara yang betul memberus gigi hanya memerlukan hanya dua minit menggunakan teknik memberus yang betul meskipun ramai yang memberus kurang dari dua minit.

Kebanyakan dewasa memberus kurang dari seminit, satu tempoh yang tidak cukup untuk membersihkan gigi. Memandangkan kebanyakan berus gigi manual tidak mempunyai pemasa dua minit terbina dalam, anda mungkin mahu melihat kepada jam untuk memastikan anda memberus mengikut tempoh yang ditetapkan. Jika difikirkan, menghabiskan 30 saat untuk setiap kuadran mulut (atas kanan, atas kiri, bawah kanan dan bawah kiri) setiap pagi dan malam adalah memadai, bukan?


Umpama Mengilat Kereta

Terdapat pelbagai kaedah memberus gigi menggunakan berus manual. Sekiranya anda tidak pasti atau keliru, tanyalah pakar pergigian untuk mendapatkan nasihat. Sebagai permulaan, gunakan ubat gigi berfluorida dengan berus gigi yang lembut.

Semasa memberus, anda perlu mengelak menggunakan tekanan tetapi gunakan gerakan pendek yang lembut. Tumpukan kepada kawasan yang sukar dicapai (makanan/kotoran mendap) adalah penting. Jangan lupakan permukaan menggigit, di samping gusi atas dan bawah. Sekiranya anda menumpukan kepada semua kawasan mulut, anda akan akan membersih dengan sempurna dengan berus gigi seperti mengilat semua sisi kereta anda.


Ubat dan Berus Gigi

Di samping teknik memberus gigi yang betul, anda juga perlu menggunakan ubat gigi yang betul. Terdapat pebagai jenis ubat gigi di pasaran yang direka untuk membantu anda dalam pelbagai keadaan. Terdapat ubat gigi anti pereputan (berfluorida), ubat gigi untuk gigi sensitif, ubat gigi anti-plak, ubat gigi kawalan tartar (anti-culculus) dan ubat gigi memutih. Ubat gigi adalah cara terbaik untuk melindungi gigi, jadi anda harus sentiasa merujuk kepada pakar pergigian untuk mengetahui ubat gigi yang sesuai dengan anda.

Untuk mendapatkan yang terbaik daripada proses memberus gigi, anda perlu memiliki berus gigi yang baik. Terdapat pelbagai model untuk dipilih, menjadikan sukar untuk memilih yang terbaik untuk anda. Apabila anda membuat keputusan, anda perlu melihat kepada berus yang lembut. Berus yang lembut adalah baik untuk gusi anda dan akan menanggalkan plak dan kotoran dengan lebih berkesan. Kepala berus yang kecil juga lebih berfaedah kerana ia dapat mencapai tempat yang sukar dicapai.

Anda juga perlu ingat untuk menukar berus beberapa bulan sekali kerana berus mampu menyimpan kuman dan sesetengah kuman adalah kuat dan mampu menjadikan anda sakit. Ia adalah satu langkah pencegahan yang baik. Berus gigi yang menunjukkan kesan lusuh harus diganti kerana ia akan merosakkan gusi. Sekiranya berus mulai lusuh, ia tidak lagi berkesan untuk menanggalkan plak jadi mengapa simpan?


Posisi Berus Gigi

Bagaimana anda memegang berus gigi bergantung kepada bahagian gigi yang hendak diberus.

Langkah 1 : Mulakan dengan permukaan luar dan dalam dan berus pada sudut 45 darjah dengan gerakan yang pendek bertentangan dengan gusi. Pastikan anda memberus sehingga ke belakang gigi.

Langkah 2 : Berus pada permukaan mengunyah. Pegang berus anda rata dan berus sepanjang permukaan.

Langkah 3 : Apabila anda memberus bahagian dalam gigi hadapan, pusing berus secara menegak dan gunakan gerakan lembut ke atas dan bawah dengan hujung berus.

Langkah 4 : Pastikan anda memberus dengan lembut sepanjang garisan gusi.

Langkah 5 : Berus lidah dengan gerakan ke depan dan belakang untuk menanggalkan cebisan makanan dan menanggalkan bakteria yang menyebabkan bau mulut busuk.


Risiko Penyakit Gusi

Memberus gigi dapat membantu menjadikannya sihat, mengelakkan pembentukan plak dan tartar. Perlu diingat bahawa memberus gigi dapat membantu menyihatkan gigi namun anda masih perlu menjalani pemeriksaan rutin dengan pakar pergigian. Sekiranya anda menjaga gigi anda dan memberus dengan kerap, anda akan mengelak daripada jangkitan dan kaviti. Malah, ia dapat mengurangkan risiko penyakit gusi yang menjadi punca kerosakan gigi.

Kini anda telah mengetahui cara yang betul untuk memberus, pastikan anda mengamalkannya setiap hari untuk membiasakan diri dengannya. Ia adalah satu cara mudah untuk memastikan kesihatan gigi dan gusi anda.






Jom bincang artikel di atas...



testing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Info Semasa di FB SihatSelalu